Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Saturday 31 December 2011

2012

Apapun yang akan berlaku pada tahun hadapan,
Insyallah i'll be well prepared for it!
Terima je lah apa yang berlaku.
Terima sebarang perubahan.
Jangan asyik melekat dengan benda lama. .
Tak kesah lah dapat kelas mana.
Tak guna dok merungut.
Takut nak menghadapi perubahan?
Succes is no-go....

Friday 30 December 2011

Video Cendekia

This is Video about Cendekian's guys yang aku baru je buat.. untuk Girls aku ade hajat jugak nak buat tapi,aku takde gambar korang, lagipun, takut tersalah letak gambar tu nanti.bahaya. so,aku buat je lah yang lelaki punya.. Selamat..haha. Enjoice!


Monday 26 December 2011

Shoutmix

Assalamualaikum dan hai semua..

aku tak bercadang nak update story-story menarik lagi.. belum ada idea bagaimana mahu tulis.huhu.. okay tapi di sini,aku nak cakap, kepada blogger-blogger yang guna shoutmix chat widget yang free version, tahun depan dah tak free lagi tau, jadi,korang kena guna yang "paid version". Sebab mulai tahun depan, free version will be unavailable. Nak tahu lagi? klik link kat bawah ( Trusted Link )

http://www.shoutmix.com/v3/openletter.php

Sunday 25 December 2011

Suka Duka 1 Cendekia 2009 :)

Assalamualaikum semua!..
Just nak rewind balik masa-masa aku dengan Cens dulu.

Back in 2009, hari pendaftaran pelajar tingkatan satu. pagi tuh, aku datang dengan ayah aku..malam tuh,aku tak dapat tidur sangat sebab excited dan cuak..bile masuk sekolah baru,aku kena berkenalan dengan ramai kawan baru,cikgu-cikgu baru dan persekitaran sekolah yang baharu..tapi aku still sayang sekolah rendah aku.huhu.

Apepun, pagi tuh aku bertolak pukul 7.30 or lebih kurang time tu lah. Sampai kat sekolah, memang banyak sangat kereta kat luar dan dalam kawasan sekolah. Aku pon bergerak menuju ke foyer A bersama ayah aku..pakai baju putih seluar hijau. excitednyer.haha. bile check dekat senarai nama kelas yang ada dekat situ, nama aku ada dekat kelas "1 Cendekia" dan aku berfikir sebentar.

"Ape ke pelik benor name kelas nih?"

Berpandukan singboard kelas yang ditampal kat dinding bangunan sekolah, aku dah ayahku pon make our step to tingkat 4. sepanjang naek tangga blog seri putra tuh,rasa macam nerves gilerr..my heart was beating Bom bom bim bam bim bum bum bum..

Bila sampai dekat pintu kelas 1 Cendekia, aku nampak macam semua student perempuan. Betul ke nih? lepastu ayah aku suroh aku masuk cari tempat duduk sebab dia tengah que nak bayar yuran. Bile masuk,macma beaselah, semua pandang. aku pon controll laa..haha.jalan se-confident mungkin ke tempat kosong..aku pun menuju lah ke tempat paling belakang nombor 4 dari kiri kelas. Bila makin dekat,aku kenal lah budak sebelah aku.haha. Ashraf budak Seksyen 7. aku kenal dia setahun sebelum tuh. masa pertandingan tilawah. dia dapt Johan. aku dapat Naib Johan.

Dia tak perasan tu aku. bile aku duduk,aku hulur tangan, aku cakap
"assalamualaikum..Ashraf eh?'

bersambung........sila klik "read more" untuk baca.

Friday 2 December 2011

Back to the time..

Assalamualaikum..
Post ni aku tujukan kepada Nenek ( Ramlah bt Yusuf ) yang menetap di Nilampuri, Kelantan.

Cerita ni berlaku mase aku kecik lagi. umur mase  tuh lebih kurang 6-7 tahun. Masa tu aku dok kat rumah nenek aku. mak dengan ayah takde kat rumah. aku tak ingat diorang pergi mana. Masa tuh, aku cerewet giler bab-bab makan. mase tu dah tengah hari, aku tak makan lagi sebab takde lauk yang aku suka. mak dengan ayah aku tak balik lagi mase tuh. Nenek aku dah risau. takut aku sakit. dia tanya aku.dalam loghat kelantan lah. tapi aku dah translate,
"along nak makan apa?"
" Steak."
" ape tuh? "
" erm..daging bakar "

menyedari makanan tu dia pun tak tahu ape bende, nenek aku cakap ;

" oh. makan lah ape yang ada kat atas meja tu dulu. ada ikan goreng, sup perut. "
" tak pe lah" ringkas je aku jawab. pastu aku kuar gi main dengan sepupu.

lepas main tuh. masuk rumah, aku cari nenek aku, takde. aku cari-cari lah..aku pergi belakang rumah. aku nampak nenek aku. aku tengok betul-betul, rupanya dia dok bakar daging.. nenek aku bakar guna kayu api wo..bukan dapur gas. aku tak leh bayangkan dia sanggup susah payah nak nyalakan api,nak bakar daging tuh.
semata- mata untuk aku.

lepastuh, nenek aku hidangkan kat aku..aku makan je lah sebagai menghargai walaupun rasa dia langsung tak sama. Nenek aku tanya :

"daging ni orang makan dengan apa?"
xkan aku nak jawab BBQ sos plak kan..aku jawab la :
"makan je dengan apa-apa"

lepastuh nenek aku bagi budu dengan ulam.. masa tu aku tak  makan budu. aku makan je lah daging bakar kunyit tuh dengan nasi.

Bila dah berumur 15 nih, baru aku terfikir balik, teruknya aku dulu..haha. anyway, Thanks nenek. :)

Wednesday 30 November 2011

Tuesday 29 November 2011

Hujan

Mengapa Hujan Boleh Membuatkan Kita Demam?

Sekarang sudah masuk musim hujan dan ramai juga yang mudah terkena demam jika terkena air hujan. Ketika masih kanak-kanak, emak selalu berpesan " jangan main hujan nanti demam!" jerit si emak sehingga kedengaran sampai kehujung rumah jiran sebelah.

Kenapa ya, kalau terkena hujan kita akan demam? sebenarnya apa yang membuatkan kita demam adalah kerana perbezaan suhu pada tubuh kita. Apabila terkena hujan, biasanya bahagian kepala akan kebasahan akan menjadi lebih dingin daripada bahagian tubuh yang lain. Sebab itu kadangkala kita akan rasa pening apabila terkena hujan.

Namun, jika seluruh badan kita yang terkena hujan, tidak mengapa pula, kita tidak akan demam.

Ini kerana tubuh kita mempunyai suhu yang sama. Tambahan pula jika kita bermain dalam hujan, tubuh kita akan menjadi panas. Dengan itu badan kita yang panas boleh menahan suhu sejuk yang disebabkan air hujan.

Jika terkena air hujan, maka kita harus mandi, lebih bagus jika dapat mandi dengan air panas. agar suhu badan kita kembali stabil. Tekanan udara yang rendah seperti hujan, mendung dan kelembapan tinggi adalah punca yang menyebabkan kanak-kanak mudah terkena demam.

Credit to someone :)
Copied and pasted from someone :)


People Are Awesome

Assalamualaikum..
aku nak share something nih.. dulu, aku selalu nak menembak.. Dapat menembak kat dalam game pun jadi lah. Alhamdulillah, tahun lepas, harapan aku telah menjadi kenyataan. Bila dah reti menembak tu, rase lagi hebat sikit daripada kawan-kawan yang lain.haha. tapi, aku sedar, ramai lagi orang yang lebih hebat daripada aku kat luar sana. Dan, untuk menjadi hebat, kenalah mempunyai semangat kental, usaha dan latihan yang berterusan serta disiplin. Hasilnya, memang cukup Awesome.. dulu, bila aku gagal buat something, aku tengok video nih. Whoah!!.. memang aksinya cukup gempak. Tapi sebelum diorang jadi gempak, diorang pun pernah gagal macam aku. Diorang bukannya dilahirkan terus dapat buat aksi-aksi gempak macam ni. Tapi diorang tak pernah putus asa untuk terus mencuba hinggalah diorang berjaya. Badan manusia yang allah ciptakan sememangnya mempunyai keupayaan dan potensi di luar jangkaan. :)


Saturday 26 November 2011

Post ke-100

Assalamualaikum..
aku update kali ni sebab someone.. dia selalu mintak aku update blog sebab dia bosaan.. sabar yea. nanti ade mase, aku update dengan cerita yg boOmBaStiC...muahaha. Ok, untuk post ni, aku nak bagi dia music yg aku selalu dengar bila nak tidur..bia takleh tidur,dengar la tau.



Tuesday 8 November 2011

my feelings..

aku suka layan musik ikut mood. pada ketika ni, music ni menggambarkan perasaan aku.. dengarlah dan tafsirkan perasaan aku. siapa yang faham, jiwa dia ada persamaan dengan aku kot...




it give me a peaceful feeling...

Hari Raya Aidiladha

بسم الله الرحمن الرحىم

sempena hari raya aidiladha tahun ni, aku dan keluarga berkesempatan untuk pulang beraya dikampung. Tapi tak boleh lama sangat sebab adik aku yang form 1 tu ade exam hari ni ( selasa ). 
Jumaat tu, skola aku da cuti tapi ayah aku still kerja, so kitorang terpaksa bertolak hari sabtu. 5.30 in the morning, kitorang bertolak dari rumah. Mula-mula masuk highway, jalan clear. sampailah dekat gombak, kereta dah makin banyak. dekat highway karak tu, banyak kereta dan lori tersadai kat tepi tuh. rosak la kot. sah, semalam jem giler ah. Jalan depan sikit, habis..highway lorong kanan dan kiri dua-dua kereta gerak slow-slow. dalam beberapa kilometer lepas tuh, baru jumpa punca jem. Ramai orang kat Petronas Bentong / Karak (x sure) rupanya.. stesen minyak tuh tepi highway, ramai gila yang stop kat sana, ade yang tido. yang nak isi minyak kena beratur panjang giler sampai masuk highway. 

Lepas je petronas tuh, jalan clear balik.. lepas tuh, masuk bandar bentong jem balik.. FAST FOWARD aku sampai kampung pukul 7 malam tuh. malas aku nak ceghite detail sangat. sebab banyak sangat jem. tak menarik langsung.

06/11
Bangun subuh, pastu nak mandi terus sebab taknak berebut dengan kasen2 yang laen, niat je lah.. last-last pukul 7.15 jugak mandinyer... sejuk dow !. Lepas tu iron baju melayu. Beasenya mak aku tolong iron kan tapi malam tuh, dia tidur kat rumah mak dia. aku pulak kat rumah mak ayah aku. So, kena la buat sendiri.

8.30, gi solat kat surau Silaturrahin Paksu Yajid kat sebelah rumah nenek belah mak. Pak Su Yajid tu nama arwah atuk aku. Dia dulu imam kat situ, Sekarang, pakcik dan sepupu aku imam kat situ. Lepas solat, gi rumah nenek belah mak, lepak kat sana jap. Tak lama selepas itu, balik ke rumah nenek belah ayah sebab nak gi tengok korban kembu. dekat rumah nenek belah ayah, 3 ekor lembu dikorbankan. Petang tu hujan, sejuknyer.. Bosan sungguh petang dan malam tu. Laptop pulak aku lupa nak bawak balik. memang bosan habis lah. Dok layan movie je lah. Bini-biniku gangster..haha. besz jugak cite tuh, Sape yang harapkan komedi, tengok lah, sape yang harapkan aksi macam file crow zero tuh, tak payah tengok lah. Gadoh dia tak menarik.

07/11
 Bangun pagi, packing barang-barang nak balik bangi.. Dalam pukul 12 lebih tu, kitorang bergerak ke rumah nenek belah mak. sebab hari ni, ade buat perjumpaan keluarga. Keluarga ayah kepada moyang perempuan aku. Lebih kurang macam tu lah. aku pon tak reti nak cerita. susur galur dia panjang sangat. Family tree dia banyak cabang.

Ni banner dia.

Birthday Atikah p/s: sori lambat.. hehe

Gambar masa jamuan birthday atikah dekat kelas.
* Kelas terakhir bersama Ustazah Wirda





Friday 4 November 2011

Perkhemahan Pengurusan Kelab & Persatuan

Assalamualaikum and Hello Guys!
inilah gambar Team HuLa ..
Ceritanya pernah di post suatu ketika dahulu.

Gambar Formal HuLa


Gambar Informal HuLa



HuLa : depan dari kiri : Shishin, Bat, Yana
belakang dari kiri: Fatihah, Dini



Dewan SMK Lembah Subang(tempat aktiviti )



Waktu menari
Dari depan : Adlina HipHop,Shishin, Yana


Video Cheers HuLa!!

Yang lain, tak berapa cantik lah.. dan juga agak private.

I Need You

And this is My Remarkable lines For you!! : )
This video is made by me!!

Friday 28 October 2011

Perkhemahan Pengurusan Kelab dan Persatuan Peringkat Negeri Selangor 2011

Jumaat,21/10/11
-hari ni,aku bangun awal,pukul 5, sebabnya, nak packing-packing barang untuk ke kem. aku sebenarnya taknak gi kem nih. Tapi disebabkan Pn Ruzlina sendiri yang jumpa aku dan hand in borang kat aku, jadi aku terima je lah. Bukan senang GPK koko nak pilih pelajar untuk wakil daerah melainkan dia yakin pelajar tu layak.

  Dalam, pukul 6.45, bertolak dari rumah naek kereta burok.takmau sebut.seganlah. haha, at least dia guna NGV,jimat lah daripada enjin 2.0 kereta lagi satu tuh. banyak beg aku bawak hari nih. Sebab tengah hari nanti aky terus bertolak ke ppd.

  Pukul 9, match bola semi-final setart. HAH, Cendekia vs Karisma. Agak sukar lawan dengan karisma. Reff pulak macam berat sebelah. Nampak macam menyokong kelas aku. Advantage lah. tapi aku mengharapkan fair play. Lepas habis match, gi surau. mandi ramai-ramai kat kolah..pastu jemur baju ..haha berderet baju. mcm dok asrama pulak.

  Tengah hari tuh, solat jumaat dekat surau al-kauthar. Lepas solat, balik sekolah, put on uniform. redi nak bertolak. Aku tunggu cikgu kat foyer. 15 minit menunggu, cikgu ruzlina pun sampai. sepanjang perjalanan,aku taktau nak cakap ape dengan dia. penolong kanan tuh.haha. tapi dia sporting. bawak kereta laju seyh! haha,tapi kalau aku bawak lagi laju lah kot.

Thursday 27 October 2011

Masalah

Assalamualaikum..
Aduh, masalah!, bila aku log in akaun facebook guna Google Chrome, dia akan jadi macam nih :


ade sesiapa yang pernah ,mengalami macam ni tak? bar biru kat atas tu jadi mcm tu, takleh nak akses notification,message dengan fren request. kalau ade sesiapa tau camne nak fix bende nih. Bagi tahu tau!!

Disebabkan bende ni da rosak,aku try la  bukak guna Mozilla Firefox. humph, 2 kali 5 je.. bar biru kat atas tu ok, tapi takleh nak klik. search column tu pulak takleh nak type.aduyh, aku pon uninstall lah, download yang latest version. bile nak install balik, klik kat setup, takde ape-ape pun jadi. setup tak launch. banyak kali jugak aku try buat haih.

Aku pon beralih lah dekat Flock. aku pernah guna browser tu dulu. Function dia maca, Google Chrome. tapi aku da delete mase format laptop ni dulu. Bile aku bukak website dia untuk download, satu lagi kekecewaan menanti aku.


wah!! apakah ini!! aduhai... flock browser dah takde..huhu

Sebagai langkah terakhir, aku guna jugalah Internet Explore..memang tak bagus. tapi better than takde lansung lah. aku rasa, aku nak format balik lah windows nih..tapi nak copy fail-fail dalam nih dulu dan aku takde external hardisk..alahai...

kalau ade sesiape yang ade suggestion tentang penyelesaian bagi masalah nih,harap bagitau lah dekat aku ye..aku berharap sangat.

Wednesday 26 October 2011

Hantu Bonceng


Assalamualaikum sume, ha, bagi sesiapa yang belum tengok lagi filem Hantu Bonceng, bole tengok full movie dia sini. KLIK link kat bawak tau.



ps:aku tak bertanggungjawab kalau link tu da takleh pakai. Last time aku guna ok je. Harap-harap ok lah.

Sunday 16 October 2011

Nokia 701 style meets performance

Assalamualaikum,

Nice day huh?
tatkala dunia sekarang semakin menggemari smartphone android seperti iPhone, Galaxy, aku still stick dengan nokia. Sebab apa? it's simple and easy to use.

Aku tak suka fon full touch. sebab? sebabnya keyboard dia sangat annoying. aku tak suka lah. lagi besz pakai keyboard button tuh. tak kesahlah kalau orang kata dah ketinggalan zaman. Tapi, aku ada jumpa fon nih. Awesome, Flawless! just like her..hehe..

memperkenalkan Nokia 701
Cantik bukan? haha, ok, takdelah cantik mana, tapi aku tak pandang rupa. aku pandang dalamannya. didatangkan dengan skrin 3.5" paling cerah diantara fon-fon nokia,16 million colors display, Kamera 8MP, 8GB internal mem, up to 40GB external mem, ape lagi yang kurang?

Hurm, aku taknal cakap banyak, korang usya lah sendiri di laman web nokia di sini:

Jin jatuh cinta pada manusia

Assalamualaikum,
A long time ago, when i was around 11 years old, i've heard an ustaz giving a talk about genie falling in love with human.
wah,pelik la english aku. ok, masa tu aku tak berapa tahu sangat. Tapi kebelakangan ni aku teringat balik pasal tuh. So, aku cari lah maklumat tentang jin nih. nama dia Jin Asyik.

So, this is the article u found on the internet ;

.Fakta tentang Jin Asyik
  1. jin asyik secara ringkasnya ialah jin yg jatuh cinta dgn manusia.
  2. antara yg paling bahaya: susah dikeluarkan dan ganas.
  3. biasanya jatuh hati kat org baik
  4. bukan hanya berlaku kpd org bujang, tapi yg dah kawen pun ada yg kena.
  5. mangsa biasanya perempuan, tapi lelaki pun ada yg kena.
  6. kemungkinan jin yg mmg berada di rumah mangsa, jin yg lalu dan ternampak, atau jin yg mmg dihantar utk menyihir mangsa, atau jin yg dihantar utk menyihir mangsa tapi berubah tujuan kerana jatuh cinta.

Antara sebab jin asyik boleh jatuh cinta
  1. bertelanjang wlpn bseorangan dlm rumah
  2. jin ternampak masa berada dlm bilik air
  3. tak baca doa sblm bersama isteri
  4. selalu tidur berseorangan. Contoh org bujang tinggal seorg diri di rumah. (Takde housemate)

Antara tanda2 kehadiran jin asyik
  1. isteri mengamuk tetiba bila tengok perempuan mendekati suami
  2. ada kala jin asyik hanya berada di rumah, mangsa di luar baik, bila di rumah ada saja tak kena.
  3. sering mimpi bersama dgn suami/isteri/org yg tak kenal.
  4. mendengar nafas di tempat tidur, terasa ada seseorang tidur bersama.
  5. badan selalu lesu, sebab selalu didakap jin asyik.
  6. jadi tak suka cakap byk.
  7. mimpi slalu naik pelamin / hamil.
  8. selesa duduk menyendiri.
  9. tarasa alat kelamin disentuh semasa tidur.

Antara kesan gangguan Jin Asyik
  1. boleh sbbkan tak kawen, atau kawen tp anak jadi degil
  2. dipinang tp org tak jadi sbb ada sihir gagal nikah mghodohkan perempuan yg ingin dipinang, buat tak senonoh dpn rombongan etc, atau perempuan nampak peminang mcm org tua, hodoh etc
  3. ada saja halangan bila mangsa merancang utk kawen. Jin asyik cuba gagalkan perkahwinan.
"

Creepy huh?
Wallahualam..

Saturday 15 October 2011

Akhirnya.

Assalamualaikum,
Its been a long time since the last post ey? Haha, ok lepas PMR tamat tempoh hari, aku nak relax sekejap, so, aku x post ape-ape pon,lagipun, aku takde point nak tulis. Cerpen yang aku buat tu pulak, aku belom siap lagi. Ok lah, masa aku surf internet aku jumpa video Maher Zain-For the rest of my life in Bahasa.. embedd takleh.so korang kne tekan kat link yang aku bagi untuk tonton..haha.skema ayat dia.

Sebelum PMR hari tu, masa sesi terakhir kelas bahasa arab, ustazah wirda ada bagi nasihat dan kata-kata semangat. Agak emotional masa tuh, muqri dah bagi tissue kat ustazah.Tapi thanks  to pidin, dia cheers up balik ustazah. Kitorang sume bertambah semangat lah nak PMR.

Sebelum PMR, masa berlalu sangat pantas. Seminggu bagaikan 2 hari. Tapi lepas PMR, baru 5 hari rasa macam da 2 minggu. Lama gila. So, kena lah isi masa tu dengan faedah. hurm, nanti aku fikirkan perkara berfaedah.

A few days ago, kelas kitorang bincang untuk jamuan kelas, last-last aku jugak pengerusi. aku bukan tak nak. dan aku tak cakap aku tak boleh. tapi, rumah aku agak jauh.So, ia agak menyusahkan aku. Tapi tak mengapalah. AJK ada kan? korang bole tolong aku kan?

Mesyuarat pertama telah diadakan.
Menu:
1. KFC Snack plate
2.Spaghetti Carbonara
3.Cheesecake
4.Sate

ada cadangan lain sila kemukakan. Dana masih ada.

Game pulak tengah dibincangkan.
jamuan pengawas pulak, aku jadi AJK PA, takde lah susah maen kan,memandangkan jamuan buat kat skola je. Soundtrack mase jamuan, aku pasang lagu country je lah ye..naseb koranglah dapat ajk audio yang minat lagu-lagu country. spt, long hot summer dan lain-lain. kornag layan je lah ye.

setakat ni dulu lah..sambung lain kali.By!

Thursday 6 October 2011

Jawapan Geografi PMR 2011

Jangan Check kalau tak sure dapat A. Nanti korang takde mood nak jawab next paper!!


Wednesday 28 September 2011

Isu Zizan hina agama Islam

Assalamualaikum..
Kebelakangan ni, kecoh isu filen hantu bonceng. Katenyer, filem ni mengandungi adegan dimana zizan dikatakan telah menghina islam dengan mempersendakan Kalimah Shahadah? Betul ke? aku pun tak tengok filem ni lagi so aku tak tau. Jadi, aku search lah dekat youtube.



So, ramai yang tak puas hati, aku takleh nak komen banyak-banyak sebab ni bukan bidang aku, so aku carilah pendapat orang yang lebih mengetahui. Aku try jgak search ustaz-ustaz dekat internet yang ade komen pasal ni, aku jumpa Ustaz Azhar Idrus ade membicarakan pasal hal ni kat ceramah dia,

Ustaz azhar ni seorang penceramah bebas yang berasal dari Terengganu, oleh kerana dialek dia dah dekat-dekat dengan dialek Kelantan, aku enjoy tengok video ceramah dia. So, ni ape yang dia cakap:



Tuesday 27 September 2011

Melayu di Rusia

Ketika korang Melayu berbangga menggunakan nama barat, prang barat menyanjung nama Melayu, ketika remaja melayu sibuk bershuffle, remaja barat sibuk mempelajari lenggok tarian zapin, ketika kita ingin menjadi "orang Putih", "Orang Putih" ingin menjadi kita kerana mereka tahu kehebatan Melayu!


Monday 26 September 2011

Nothing

Assalamualaikum.
Tadi dapat panggilan kecemasan dari kampung. Nenek aku sesak nafas, sume sepupu aku da blik kampung. sebab orang siap bace yasiin dah. Makcik aku yang dok sebelah rumah un da bertolak kol 4 petang tadi. Sepupu aku drive. Sorry la anak ibu ni kecik lagi. Kalau 2 tahun lagi, insyallah along drive balik kelantan.. Kalau korang tengok aku tak datang sekolah sok, maybe aku balik kampung.

Saturday 24 September 2011

Lagu Wali band diciplak?

Assalamualaikum..
Actually dah lama aku jumpa bende ni tapi tak terfikir nak post. Tapi hari ni aku post jugak. Just nak share dengan korang. Aku rasa ramai yang dah tau. Ok, di bawah ialah sebuah lagu daripada Fabrizio Faniello yang bertajuk I No Can Do. Lagu ni dikatakan "cover" lagu Wali Band iaitu Cari jodoh.. Atau sebaliknya.. Aku tak sure. So, kalau betul, kenapa dia pilih lagu indon? kenapa tak lagu malaysia?


The brand new single by Fabrizio Faniello has already been a huge hit for the artist "Wali" with more then 4 million downloads and more then 1 million sold CD´s and reached the top position in the charts in his home country Indonesia.

Ni komen yang ada dekat video youtube. Mungkin sebab dia pilih lagu ni ialah disebabkan kefeymesan lagu ni. Maybe la..Tapi ada juga yang mengatakan dia ni bukan orang indonesia. Aku tak tau lah kebenarannya, So, korang search sendiri lah ye..


Sony NEX-C3

Assalamualaikum...

aku bukan seorang professional photographer tapi bile aku tengok camera nih, woa..awesome! Ha. ...aku tak reti nak bagi ulasan panjang lebar mengenainya, so, korang layan lah video review kat bawah nih. Kalau nak tengok lebih detail bole usha dekat link yang aku bagi dekat bawah post nih.





Thursday 22 September 2011

Untuk saya dan kamu semua

ambil yang mana patut..korang ada akal yang pandai, so, pandai-pandailah fikir.

Note: dicopypaste dari forum halaqah.net

Aku taknak tukar font artikel ni sebab kajian mendapati font tulisan blog aku akan menyebabkan korang sakit mata bila baca post panjang-panjang., so, aku gunalah font yang sesuai.


"Kebelakangan ini kerap kita mendengar soalan tentang bolehkah sebenarnya bercinta dalam Islam, mungkin dek kerana terpengaruh dengan aluan nasyid nasyid longlai dan fatwa cinta di dalamnya, ramai pula orang ingin merasakan nikmat bercinta . Persoalan ini sebenarnya satu soalan yang agak sukar untuk dirungkai, apa lagi bagi orang yang tak punyai pengalaman .

Cinta boleh menjadi fitnah
Memang benar cinta itu adalah satu fitrah bagi semua manusia normal. Dan fitrah itu sesuatu yang suci. Maknanya cinta itu pada asalnya satu fitrah yang bersih, cuma bila dicemari oleh nafsu dan dicampurkan dengan perkara terlarang yang mendorong ke arah maksiat besar, fitrah
boleh berubah menjadi fitnah pula. Di antara tujuan diciptakan perasaan ini adalah untuk menguji perempuan dan lelaki, sepertimana firman Allah dalam surah Al-Furqan: (( dan kami telah jadikan sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain fitnah, adakah kamu
melihatnya? Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melihat )).

Seperti yang telah dinyatakan, Allah Taala telah menetapkan jalan yang halal mengikut syara' untuk memenuhi naluri fitrah ini iaitu melalui jalan perkahwinan, dan telah diharamkan segala jalan lain selain perkahwinan supaya manusia tidak terjebak dalam perkara haram
dan kotor yang dimurkai Allah Taala. Ini kerana manusia itu secara semulajadinya memang inginkan kepada keseronokan yang ditimbulkan oleh nafsu, dan syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan mendorong mereka ke jalan nafsu yang menjadikan manusia hilang akal dan bimbingan diri.

Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah bilamana ia dicampurkan dengan perkara perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Apabila larangan Allah diperlekehkan,nafsu lantas mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di dalam diri. Dek kerana itu, maka kebelakangan ini sering kita direntet oleh isu yang mengigit sukma lakunya. Antara perilaku sumbang yang semakin sebati dikalangan remaja hari ini.

1. Memandang kepada bukan mahram
Firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 30, mafhumnya: ((Katakanlah pada lelaki yang beriman: "hendaklah mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka… ).

Apabila pandangan melihat benda yang tidak elok, maka manusia akan terdorong untuk melakukan maksiat seperti zina. Oleh sebab itu, Allah telah mengharamkan memandang kepada wanita yang bukan mahram dengan sengaja, maksudnya dengan shahwat dan tanpa sebab syar'ie, seperti kehakiman, muamalat harian tujuan untuk menikahi perempuan yang dilihat dengan syarat-syarat tertentu. (rujuk bab an-nazru tulisan dari. Abdul Karim Zaidan dalam "Al-mufassal fi ahkam almar'ah wa baitul muslim", jilid 3.) Ini kerana pandangan yang tidak bersebab itu boleh membangkitkan syahwat serta menimbulkan fitnah, juga mungkin akan mengikat hati lelaki pada wanita.

Wednesday 21 September 2011

"I got what you mean"

your're trying to say:

Jangan mudah melafazkan kasih, kasih itu untuk siapa...
Jangan mudah melafazkan sayang, sayang itu untuk siapa...
Jangan mudah melafazkan cinta, cinta itu pada yang Esa

Cintakan bunga, bungakan layu
 cintakan manusia, manusia kan pergi.

Tuesday 20 September 2011

the one




I thought u were the one....
but im wrong..

Rap paling laju yang aku pernah jumpa

Woaa...haha..spechless.. natural talent. sila fastfoward ke 1:40 untuk tidak membuang masa. nak layan the whole video pon boleh..


nO More!

"No more of you image appears in my mind"

Wednesday 14 September 2011

T-shirt kelas

Alhamdulillah,
selsesai sudah proses menempah t-shirt kelas untuk tahun ni. Ha, this is the first time so kitorang sangat excited. Sekarang ni, tinggal proses mengedarkan baju tu je. Ok, aku nak share lah pengalaman buat t-shirt ni, bagi yang nak buat t-shirt, ape yang ada ialah :
1. Minat: korang takkan berjaya buat t-shirt tanpa minat. Sebab procedure dia banyak. tak percaya? hmm. suka hatilah. Tanpa minat, korang akan bosan berulang-alik ke kedai tu dan last-last korang akan pass tugas ni kat orang lain atau cancel je terus.

2.Keihklasan: hanya hati yang ikhlas sahaja yang bole buat t-shirt ni. Kenapa? sebab, kalau korang sanggup untuk pegang amanah untuk buat t-shirt untuk kawan-kawan kerana ingin mendapatkan untung, tak berbaloi dengan usaha yang korang kene buat. Kalau nak untung, korang terpaksa charge harga yang mahal kepada orang yang nak beli t-shirt tu. Aku pun nak buat mcmtu, tapi bile difikirkan balik, dorang sume tu member aku, ape salahnyer aku buat amal sikit.Tahun depan maybe dah takboleh nak buat sebab ramai nak pindah. So, keputusan yang aku buat, biarlah aku mendapat ganjarannya dekat alam yang satu lagi.

3.kerjasama kawan-kawan : ni pun penting jugak, kawan-kawan yang liat nak keluarkan duit, cerewet dan lain-lain akan menyusahkan korang. Bagi yang cerewet tuh, kalau setakat kutuk baik tak payah. bagi la cadangan yang bernas.Baru bole improve.Kesian tau,ingat nk design tu senang?? kalau sketch kat kertas tu boleh tahan lagi. kat komputer?? leceh giler. banyak tool. nak insert bende nih, bende lain pulak rosak . data lost lah, macam2.

Oklah, dah ade 3 main things ni, bole teruskan next step, 
Hmm, and this is my story:

" Idea nak buat T-shirt ni mula muncul pada tahun lepas. Tapi hanya sekadar idea sebab takde orang sanggup.Lagipun, dah terlambat. dah nak dekat akhir tahun.Masuk tahun nih, idea tu timbul balik awal tahun harituh, muqri yang timbulkan..pastu diam 

haih, tak lama kemudian, da nak masuk bulan Julai, Mase aku jalan-jalan naek moto ngan kawan-kawan aku ternampak 2 kedai printing service.Wah, ini da bagus. Kedai tu dekat je dari rumah aku.Lepastuh, aku gi kedai survey harga t-shirt.

bentangkan kat kelas, sume setuju.aku pun go on dengan men-design corak baju. Fuyh, bukan main susah. bila tengok kos, 1 block warna=RM40 . bahagian depan/belakang dikira asing.. Search kat internet untuk dapat idea. Tapi tu sume complex sangat. mahal kalau print. 

first draft yang aku letak dekat grup Facebook kelas merupakan idea fresh aku..Masa tu, aku rasa design tu da cukup cantik dah.

Tuesday 13 September 2011

Video Lawak

Bile stress, terutamanya sebab masalah dan exam, aku suka layan video lawak. or cerita lawak or whatever yang lawak. Mari layan sama-sama video rooney ditemuramah ni. HAHAH. #LOL


BeatsPro


Sape ada nak try pinjam!! haha, nak beli sah-sah tak boleh.Tengok harga la..

Kalau korang nak tahu pasal safety tips bile dengat music guna earphone/headset, bole usya-usya link kat bawah

Fakta mengenai Virus

Video yang interaktif..Tak bosan..haha

Everytime We Touch Lyrics

Layan...

143

"Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, 
lepaskanlah dia pergi,
 jangan kau halang dia,
 andai sudah tersurat dia milikmu,
 suatu masa nanti dia pasti pulang kepadamu,
 walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa
 dan andai dikau sayangkan sesuatu benda,
 jangan genggamnya terlalu kuat,
 bimbang ianya pecah didalam genggamanmu sendiri"

Sunday 11 September 2011

Proton Saga Crash Test

Assalamualaikum..
Korang bangga dengan PROTON.. Yea, ada yang boleh dibanggakan. Ok, kali ni, aku nak tunjuk korang Video crash test yang dijalankan keatas Proton Saga. Aku tak sure berapa speed kereta ni waktu dia langgar, tapi biasanya crash test punya speed ialah 60-70 kmh. Result dia not bad la. Kereta ni bole dikatakan selamat jika bawak >60kmh..Ha, tu pun kalau korang insan yang tersangat sabar nak bawak slow mcm tuh.




Result dia aku tak nak translate. Nanti berubah maksud dia.


Occupant Protection Score 19.96 * out of 37
HIC:
Driver: 235
Passenger: 211

Model History and Safety Features:
The Proton S16 was introduced in Australia late in 2009.
The rating only applies to vehicles with dual front airbags.
These were introduced on some vehicles built from July
2010.
A pretensioner is fitted to driver seat belt to reduce slack in
the event of a crash. A two point seat belt is fitted to the
centre rear seat of some variants. This provides inferior
protection compared with a three point seat belt, as fitted to
the GXR variant.

OCCUPANT PROTECTION: 3 Stars
The S16 scored 9.29 out of 16 in the offset crash test. The
passenger compartment held its shape reasonably well.
Protection from serious chest and leg injury was marginal
for the driver.
The vehicle scored 10.67 out of 16 in the side impact crash
test. There was a high risk of serious chest injury for the
driver.

FRONTAL OFFSET CRASH TEST
Body region scores out of 4 points each: Head/neck 3 pts,
chest 2.18 pts, upper legs 1.75 pts, lower legs 2.36 pts.
The passenger compartment held its shape reasonably
well in the offset crash test. The brake pedal moved
rearwards by 136 mm and upwards 62 mm. The steering
wheel hub moved 64 mm rearward, 31 mm upward and 10
mm sideways. The front ("A") pillar moved 16 mm
rearwards. All doors remained closed during the crash.
After the crash the driver's door could be opened with high
manual effort.
The airbag cushioned the head of the driver but the head
twisted, increasing the risk of neck injury. Steering column
and dash components were a potential source of injury for
the driver's knees. The passenger's head was cushioned
by the airbag. The centre console was a potential source of
injury for the passenger's right knee.



And this is Proton Waja:




Korang tengok ok tak?? ha sekarang ni cuba bandingkan dengan kereta import pulak.:





Crash test yang ni dilakukan pada kelajuan 40mph bersamaan 64 kmh.

Yang ni Bmw X5..Bandingkan dengan Proton Exora




Crash test exora ni 54kmh. Yang BmW X5 tu lagi laju tapi tak sure speed dia.
So, apa pandangan korang?? masing-masing ade pendapat masing-masing kan..
ok, got to go. Salam :)

Freecorder 4

Assalamualaikum..
 Nice day huh?
Ok, aku sure  korang banyak view video kat internet betul tak? dan kadang-kadang korang jumpa video best. Contohnya, Music Video k-pop btol tak? then korang nak download sebab nak tengok banyak kali, tapi takde button download. jadi korang terpaksa stream video tu dari internet untuk tengok.

Dalam kebanyakan kes, korang selalu tercari-cari "youtube video downloader" betul tak? lepastu selalu ter-download software yang salah. Kebanyakannya kena bayar. Korang pun frust. Jangan risau, disini ade penyelesaian dia.

Memperkenalkan Freecorder4.AND IT IS TOTALLY FREE !!!! No hidden charges.Ha, dengan mendownload serta menginstall software ni, korang bole save terus video yang korang view dekat internet tanpa perlu mendownloadnya semula. Berbaloi bukan? Tak faham? aku bagi contoh:


1: korang stream video sampai habis.


2: nampak tak icon-icon biru tu? tekan icon sebelah kanan icon youtube tuh untuk bukak video history.



3: dekat video history tuh, select video yang korang nak save, then tekan button save tuh. (yang kedua dari atas)



4: pilih samada korang nak save as video or as mp3. Kalau mp3, dia hanya akan save music video tu.




5: ok, thats it, video yang korang save bole diakses dia  Libraries>My Documents>Freecorder4


tak faham lagi??



Ni ade video tutorial dia..

nak download?? Klik Link bawah nih, dia akan bawa korang kat webpages freecorder. lepastu korang tekanlah button download kat webpages tuh. jangan risau. Software ni 100% free!!




Dengan software ni, korang juga bole convert video, serta record audio dan banyak lagi.




Genki Sudo "World Order"

Aku suka video nih, selalu tergelak bile tengok video nih. Lagu dia pun besz jugak. Sebenarnya Amirul Hafiz yang memperkenalkan video ni kat aku tahun lepas masa aku gi rumah dia..Enjoy!

Saturday 10 September 2011

Firefox

Siapa suka guna firefox untuk surf internet?? ade? oh. takpe. tapi aku tak suka. tak tau kenapa, tapi ade certain website yang lebih sesuai jika dipaparkan menggunakan firefox browser. Contohnyer, MOE.GOV.MY. Ha, bagi korang yang nak mohon sbp macam aku, aku recommend korang pakai firefox, lebih laju dan smooth. Mula-mula, aku pakai google chrome jugak, tapi slow dan selalu server error bile isi form tuh, tiba-tiba adik aku datang, "bakpo mu dop paka firefox? laju sikik".. Aku pon, "google molek sikik.Firefox lambat load" tapi aku still try, then, aku pun terkejut, betullah, laju sikit.( actually laju banyak).






Ok, back to the topic, aku nk bercerita skit, korang tahu tak asal usul firefox? Ha, da tau? tak tau? takpe, layan..


Firefox atau lebih dikenali sebagai red panda merupakan sejenis mamalia arborial ( tinggal bergerak diatas pokok). haiwan ni comel!. Nama saintifik dia, Ailurus Fulgens . Juga dikenali sebagai Shining Cats. atau Kucing berkilat dalam bahasa melayu.








Nama dan rupa macam kucing, tapi korang salah, haiwan ni bukanlah kucing, mahupun musang. Para saintis jug apada mulanya menyangka bahawa haiwan ini adalah kucing, Namun mereka silap, Firefox ini tergolong dalam golongan Ailuridae. Firefox juga merupakan satu-satunya spicies dari keluarga ni yang masih wujud di dunia ini.Abangnya yang paling mirip dengannya iaitu Parailurus telahpun pupus 3 juta tahun dahulu.


Jadi kenapa nama dia red panda??
Sebab, ia mempunyai tabiat pemakanan yang sama seperti panda iaitu memakan pucuk buluh. Dan juga bergerak dari pokok ke pokok.


Bila ahli biologi kaji haiwan ni dahulu, mereka mempunyai tanggapan bahawa firefox ada ciri-ciri biologi kucing,Namun setelah mengkaji DNA firefox, mereka tampil dengan kesimpulan bahawa firefox sangat unik. Sama dengan browser firefox yang berbeza daripada Internet Explorer, Google Chrome, Opera mahupun Flock. ok, sume browser ni ade dalam computer aku, kadang-kadang pening jugak, sume nak jadi default browser.Haih, takde toleransi betul!


Ok, got to go, Assalamualaikum..

Friday 9 September 2011

My word

You says that im ignoring you..
But i'm not.


you always come into my mind..
and i always realize your presence around me..
even if i cant see you..
i still can feel it.. :)

New Imported Blog

Assalamualaikum..
Sebenarya dah lama aku nak tukar blog baru ni. Sbb skin blog lame da rosak. CSS code dia rosak..haha. hajat aku nak edit je, last-last rosak.Jadi hari ni, aku berkesempatan untuk eksport blog tu ke sini. Lagipun, several sebab lain kenapa aku buat yang baru.
 
Kepada pembaca cas-cas setia sume, korang jangan risau. Post-post lama still ade. Blog lama pun still ada, aku taknak delete sebab ada kenangan aku kat situ. So, mulai sekarang sebarang post baru akan dipaparkan di blog ni ye! Harap maklum, sebelum tu, berkenaan cerpen "Coretan 2031" aku tuh, aku da draft. Tapi belum siap diolah. Ha, nanti da siap aku akan post. Maybe lepas PMR lbeh kurang 26 hari lagi. Cerita tu besz, insyallah korang akan terhibur.Jangan risau. Pasal T-hirt kelas pulak, Harituh, ade masalah design sikit, sebab tu lah sekarang masih tak dapat. So, design belakang aku da tukar. SUpriSe La!! haha, harap korang suka. Design depan still sama. 

Btw, Gud Luck semua untuk incoming eXam ni!! Usaha yang berterusan diikuti doa yang ikhlas. :)
Got to Go!
SAlam..

Wednesday 7 September 2011

My Raya Pic

Haha, ni sawah padi depan rumah nenek aku, Sape perasan aku edit gambar nih..Nampak tak aku edit kat mana??
Snap dengan fon adik aku Carl Zeiss 5MP AutoFocus Nokia 79
Ha, rumput ni sebenarnya jalanraya..rumput tu hanya kat kawasan kaki aku je..yang bahagian dekat bawah gambar ni ialah jalan tar. Ni amek mse Raya ke-2..Cite raya?? Nnti la ade mase insyallah aku post.

Listen to your heart

This is Lyrics Video untuk lagu Listen To Your Heart by Roxette
Lagu ni tahun 1988, tapi bagi aku, it's still nice lah..Boleh compete dengan lagu-lagu sekarang.Tapi aku lagi suka Techno Version yang dinyanyikan semula oleh Cascada.

Nak dengar/tengok video tu, klik sini :

my Pony Tail

Ini ialah ponytail versi ubahsuai menyerupai bintang sekarang,dibuat oleh Mari Kasurinen seorang pengukir dari Finland. ha, enjoy!



laporan asal BlogSerius

Create the next Nokia Tune

Kamu ada fon nokia?? haha.. kalau tak pun, korang mesti dengar Nokia tune kan? ha, default ringtone tu lah.. Ha, video ni berkenaan evolusi tune tersebut.1994 sampai 2011, Ha, nice disebabkan aku pun pengguna setia nokia sejak 2007.Ha.. Korang ada idea untuk compos tune baru untuk nokia tune?? Ha, take a look at this website http://nokiatune.audiodraft.com/

Everytime We Touch Lyrics

By Cascada

Thursday 25 August 2011

Real ghost video



Watch at your own risk!! I've warn you!


Design Pen Dakwat ++

Pernah tak dakwat pen korang habis pada masa yg tak sepatutnya? contohnya masa tengah exam. Ha, sakita hati bukan?? korang pulak malas nak bawak pen banyak-banyak.Pen tu pulask tak boleh nampak dakwat dia sebab opaque.
Ha, there's come the solution. T&T Pen ink Chamber yang direka oleh Han Chi-hoon, Kim Yeon-soo, Park Byong-gon & Kim Sung-geun. Daripada refill ink yang lurus, diorang telah menggunakan konsep spiral. Of coz lah pen akan jadi sedikit gemok tetapi still berbaloi apabila ia dapat menampung jumlah dakwat 2 kali ganda dari kuantiti
biasa..



Incredible Shade Illusion!

Fakta mengenai Kemaitian. Sejauh mana kebenaranya?? Wallahualam.



Saturday 20 August 2011

Silence Of Love T_T

aku tanak cakap ape, korang tengok lah video ni sampai habis..
ade message yang sangat menyentuh hati...


da habis, buat penilaian diri masing-masing,
jangan jadi orang yang tidak pandai menghargai..