Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Friday, 28 October 2011

Perkhemahan Pengurusan Kelab dan Persatuan Peringkat Negeri Selangor 2011

Jumaat,21/10/11
-hari ni,aku bangun awal,pukul 5, sebabnya, nak packing-packing barang untuk ke kem. aku sebenarnya taknak gi kem nih. Tapi disebabkan Pn Ruzlina sendiri yang jumpa aku dan hand in borang kat aku, jadi aku terima je lah. Bukan senang GPK koko nak pilih pelajar untuk wakil daerah melainkan dia yakin pelajar tu layak.

  Dalam, pukul 6.45, bertolak dari rumah naek kereta burok.takmau sebut.seganlah. haha, at least dia guna NGV,jimat lah daripada enjin 2.0 kereta lagi satu tuh. banyak beg aku bawak hari nih. Sebab tengah hari nanti aky terus bertolak ke ppd.

  Pukul 9, match bola semi-final setart. HAH, Cendekia vs Karisma. Agak sukar lawan dengan karisma. Reff pulak macam berat sebelah. Nampak macam menyokong kelas aku. Advantage lah. tapi aku mengharapkan fair play. Lepas habis match, gi surau. mandi ramai-ramai kat kolah..pastu jemur baju ..haha berderet baju. mcm dok asrama pulak.

  Tengah hari tuh, solat jumaat dekat surau al-kauthar. Lepas solat, balik sekolah, put on uniform. redi nak bertolak. Aku tunggu cikgu kat foyer. 15 minit menunggu, cikgu ruzlina pun sampai. sepanjang perjalanan,aku taktau nak cakap ape dengan dia. penolong kanan tuh.haha. tapi dia sporting. bawak kereta laju seyh! haha,tapi kalau aku bawak lagi laju lah kot.

  Sampai dekat PPD, aku ingat aku dah lewat sebab sepatutnya kena  kumpul pukul 2.30 tapi aku sampai 2.40, rupanya, banyak sekolah yang belum sampai lagi. Sampai kat sana,aduh, takde sape pun yang aku kenal. lepas daftar diri, aku pusing belakang, nampak budak reko, arif, ha, syukurlah ada jugak kawan. Bas bertolak dah nak dekat pukul 3. aku duduk sebelah dia dlm bas. sepanjang perjalanan, bas agak sunyi.

  About 1 jam perjalan, sampai lah ke SMK Subang, turun bas, amek bag, gi kat dewan terbuka,tunggu kat situ, solat asar dengan minum petang dulu lah sementara menuggu daerah yang tak sampai lagi. Lepas tuh, dengar taklimat perjalanan program dengan pembahagian khemah.

  Pukul 9 malam tuh, bermula lah aktiviti dia. Kitorang sume berkumpul kat dewan. ade 336 peserta kesemuanya. pastu ade aktiviti pecah kumpulan,setiap orang akan diberikan gambar yang dah dipotong yang ada huruf kat belakang, lepastu, kena sambungkan gambar tu untuk menjadi gambar lengkap. Hah, grup aku huruf T, dekat dalam grup aku je pun dah ade 7 orang budak Hulu Langat.haha..

  Malam tu ade program ape entah, belajar tepuk,mcm budak2 bukan?haha, pastu ade ceramah jap.masa kat dewan tu lah kitorang baru saling mengenali. aku kenal Poyo(zam), hamzah, jackson, kristo, yana, shishin,iman, bat, fatihah, teha,dini and many more,,haha. korang mmg sporting!

 Malam tu tidur awal skit.kol 11.45. Masuk je khemah, azryn, dok bergayut, aiman dok texting, arif plak da tdo. serius xtau nak buat apa. pastu kemas beg, jmpe buku nota yang angel bagi. Haha,so, aku text lah dia. lama tak text dia.

Sabtu-22/10/11
- Pagi sok,bangun kol 5.15, arif da bangun msa tuh. sejuk dowh. aku ajak dia gi mandi, dia kata dia dah gi mandi, so aku terpaksa la gi sorang2. adoyh. Ramai yang guna bilik persalinan. Da ramai sangat aku pergilah kat tandas.tandas tu kosong masa aku gne. lampu dah la rosak. creepy sungguh.haha..sedar tak sedar, da nak dekat 10 minit gak aku mandi..haha.
-Lepas tu, gi solat subuh. lepas tu ade kuliah subuh sekejap. then, gi sarapan pastu gi khemah, kol 8 kena kumpul kat dewan. ade 30 minit free time. balik khemah, lepak sana lah ngn kawan2. tengok kat fon, ade note: Nadhirah's birthday. aduyh, bezday adek aku lah.aku lupa! haha..aku pon send la wish kat dia.
-Kol 8, kumpul kat dewan, ade ceramah pasal kepimpinan,sumpah boosan. aku ade gak lah cata nota. Tapi aku banyak bercakap ngn budak2 aku.haha.
-ceramah berganti ceramah..sampai lah pukul 12. berhenti rehat,makan,solat, aku ambek peluang ni untuk mandi sekali lagi sebab kat dewan tu panas giler.

-pukul 2.30 masuk dewan balik. kali ni ceramah tentang penulisan minit, laporan dan kertas kerja. Aku rasa Pak Ngah (penceramah) cakap sorang-sorang kat atas pentas..haha, ramai tido@berbual. paling tak pon, mengelamun.. Dia nampak kitorang da tak tumpukan perhatian. macam-macam lah dia suruh wat aktiviti. First, kena cari nama peserta yang pakai pensel dari daerah dan jantina berlainan. lepastu, warna kasut, and so on. Dia bagi masa, siapa yang lambat kembali ke tempat duduk masing-masing dalam masa yang ditetapkan, daerahnya akan dipanggil keatas pentas untuk nyanyi.haha, Team HuLa kena sekali. Kami nyanyi lagu "jalur gemilang" hadoi..segan seyh!  aku tak ingat pagi or petang tuh, team HuLa kena panggil naek pentas. dia nak 6 orang wakil. Lepastu kena menari tarian india.. Naseb baek shishin reti menari india.Kitorang follow dia je lah..haha.Lepastu kena duduk kat dalam bulatan daerah masing-masing, sediakan kertas kerja tentang salah satu tajuk yang diberi. Daerah kami ambik tajuk Hari Sukan.(aku tak ingat tajuk sebenar dia) tapi lebih kurang macam tu lah..
-Hari slot nih, gi solat asar, free time, lepastu makan malam.

-Malam, solat maghrib lepastu ada tazkirah sampai isyak,(ustaz affendi bagi ceramah) lepas isyak, masuk dewan balik. Kali ni, slot pengendalian mesyuarat pulak. Situasi sama berlaku seperti siang tadi. penceramah yang sama pulak tuh. Sume sibuk buat hal masing-masing. Aku pon ape kurangnyer, dok sibuk " berbincang" dengan budak-budak sedaerah. Arif ngn zam pulak dok sibuk gadoh dengan awek dari daerah mane entah.
-malam tuh, kitorang kena persembahkan cheers daerah masing-masing, aku dengan bangganya mempersembahkan dari Daerah HuLa...hehe. kalau ade yang kenal cheers ni, diam-diam je lah ye..

" Who We Are? Clapx4 Boom!"
"Where do we come from? Clapx4 Boom!"
"So we tell them,"
" We Are form HuLa!"
"Its Ok Its Alright!"
"HuLa come and fight fight fight!!"

-Lepas ceramah, tibalah masanya untuk sesi praktikalnya, hah, takdelah susah mana nak sediakan minit mesyuarat. Tapi leceh lah nak kena tulis tangan. Buat-punya buat, masa da habis, dah pukul 11.20, sume kena balik ke khemah. Tapi kitorang plan nak kumpul kat dewan makan, pastu siapkan minit mesyuarat sebab esok dia nak check.( cas-cas check).
-Bila aku sampai sana, ade lah budak-budak kitorang. tapi ade la budak perempuan yang takde sebab da lambat. cikgu da tak bagi diorang keluar.. Tapi ade yang terlepas sebab diorang datang dewan makan awal tadi. Zam pulak gi join budak Gombak untuk ronda. Biarlah, budak sana sume otak macam dia..takleh na halang.
-Bila da kumpul, tak buat pon kerja tuh, lepak je memanjang. Aku pulak dok cite kat dorang pasal aku gi kem polis harituh. ha, macam bedtime story pulak.hehe. Aku cite pasal peristiwa malam ketiga kat sana. Nak tahu? baca post aku yang terdahulu.Kem Kor Kadet Polis IPD kajang.
-Kenapa aku cite pasal tuh? sebabnya, aku ada jumpa member dari daerah Petaling Utama (kalau tak silap) yang gi kem sekali dengan aku time tuh.
-Da nak dekat kol 12, cikgu suroh sume balik khemah. ~bersurai~

Ahad, 23/10/11
- Hari ni bangun macam biasa, mandi, dan terus ke surau. Solat then tazkirah. (mase solat lupa baca doa qunut) hehe..kne sebut jugak ke? Sebutlah, sebagai kenangan, bukan selalu jadi macam ni bila solat jemaah.
-Lepas tuh, sarapan, lepastu kemas khemah, serta put on Uniform Sekolah untuk majlis penutup.
-Lepas tuh, sume gi dewan, ade raptai, wah, macam hari graduasi plak.hehe. memanglah. majlis ni formal sangat sebab pegawai pelajaran negeri ade jugak. ( aku tak ingat sape). Raptai tu lama jugak lah. 2 3 kali jugak kitorang ulang nak dapatkan yang perfect.
-Pukul 11,majlis start. Ucapan, boosan. tapi ok lah.ucapan pegawai tu sempoi. Ade lawak-lawak jugak lah. Tak formal sangat. Lepastu penyampaian Sijil Pernyertaan untuk semua daerah. Aku jadi wakil untuk daerah Hulu Langat. Mase aku naik, diorang wat tepuk semangat. Hah, aku rasa yang ni terbaik sepanjang kem ni. haha, tahniah suma!!
-Lepas tamat, kitorang kumpul nak balik, mase gi tuntut DVD gambar program, dia kata tak siap lagi. Akan di-pos ke rumah nanti. Haih, bile la nak sampai.
-Perjalanan balik tuh, rasa kejap je. Mungkin aku asyik berbual dengan "dia" kot..haha Sampai kat PPD, aku call ayah aku, dia kata, dia tengah kursus. dia amek pukul 5, masa tuh baru pukul 3.hayya.. Aku pon ajak la a few member yang balik lambat untuk ke tesco untuk makan. Aiman,Azryn,Yana bole ikut. Masa sampai dekat tesco tuh, terserempak dengan Teha, dia pon join lah kami. Mula-mula nak makan kat KFC tapi bile sampai sana, penuh la pulak, kitorang pun beralihlah ke Chicken Rice Shop..Kenyang giler. Lepastuh,balik PPD, tunggu parent masing, aku orang 2nd last balik. Masa aku balik, tinggal azryn kat situ. sian dia..
-Mase balik tuh, sumpah mengantuk. so, aku tido lah..haha
-Sampai rumah, sambung tidur, bangun solat maghrib, tidur balik, bangun solat isyak, lepastuh terus add member-member kat FB. Lepastuh sambung tidur. Pagi sok ramai da approve. Lepastuh Chats dan Comment kat wall..haha..itulah kenangan saya. :) Love You HULA!!! <3

Ini dia persembahan multimedia tentang program ni:



P/s: sori gambar takde..nanti bile da dapat gambar, aku post yer!!

1 comment:

Anonymous said...

Cheers tu macam pernah dengar. Dekat mokhdar kan? Err. kalau tak salah lah. Hahah :D