Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Saturday 9 June 2012

Soko Take My Heart

Ade orang yang bertanya. lagu apebendakah "Take My Heart-SOKO" ? okay ni aku bgi.dgr lah.. peace yaww! (Y)


Si Dia,

"Saya tidak mencari yang terbaik,
tetapi,
Saya mencari yang paling sesuai" 

10 things that i want in my life :)

  1. Redha Allah is the first priority
  2. Succes in Study
  3. Join kem macam Camprock. tapi taknak nyanyi cuma tempat je sama macam tu :)
  4. Pergi US. Nak sangat pergi countryside kat sana. duduk kat rumah ladang. Pergh. Heaven.Haha.
  5. Nak kerja dalam bidang Aeronautic Engineering. Nak buat kapal terbang sendiri. Enjin yang lebih selamat untuk alam..
  6. Memiliki Superbike. CBR Fireblade 1000cc. nak sgt :)
  7. Ada kereta Audi Q3 dan Kia Forte.
  8. Gaji 5 angka :)
  9. Rumah tepi bukit yang ada tasik macam dalam cite Harry Potter uh.
          Yang aku harapkan sangat-sangat :

     10. A   ROMANTIC   LOVE   STORY <3

Thursday 7 June 2012

Ceritera KISAS #2 ( FITRAH )

Cuma nak share sedikit ilmu yang saya dapat semasa dok KISAS.



Allah telah menciptakan manusia dari kalangan lelaki dan perempuan.Dengan fitrah dan tanggungjawab masing-masing. Kadangkala kita sebagai remaja tidak mengambil berat tentang tuntutan fitrah kita masing-masing. Kita haruslah sedar bahawa fitrah kita tidak lagi sama dengan fitrah kita semasa kita di alam kanak-kanak. Sedar ataupun tidak, sejak bermula akil baligh, kita sudah mula berubah kearah kedewasaan dari segala aspek : jasmani, rohani, emosi dan inetelek. Jasmani kita sudah berbeza dengan kanak-kanak, Kita mula memahami aspek rohani di dalam diri, Emosi kita tidak lagi sama seperti kanak-kanak dan Kita mampu membuat keputusan yang tidak boleh difahami oleh kita sendiri 10 tahun yang lepas.

Di sini, saya ingin menyentuh tentang salah satu daripada fitrah-fitrah tersebut iaitu ; fitrah perempuan yang memerlukan kerana ingin diri mereka disayangi, dilindungi, dibelai, dibimbing dan dijaga. Begitu jugalah fitrah lelaki yang umumnya memenuhi segala fitrah perempuan tersebut iaitu mahu merasa diri ini diperlukan untuk menyayangi, melidungi, membelai, membimbing dan menjaga. Maha suci Allah yang telah menciptakan aturan yang saling melengkapi. Jalan yang disediakan oleh Islam untuk menzahirkan fitrah ini ialah melalui ikatan perkahwinan. Namun, di dalam konteks remaja, bukan masanya lagi untuk kita mengenali "Kaum" yang satu lagi. Kita mempunyai keutamaan yang lebih penting iaitu ilmu. Hal ini kerana di dalam Ceramah Ustazah Bahiyah dan suaminya di Masjid Sultan Sulaiman ( Berdekatan dengan KISAS) beliau pernah menyebut ; carilah suami kamu berdasarkan 3 perkara. ( Tak ingat semua. nanti check balik dekat buku tazkirah ) Salah satu daripadanya ialah ILMU. Nyatalah bahawa menuntut ilmu yang secukupnya adalah penting sebelum berkahwin.

Saya ingin membawakan satu situasi,
Kebanyakan pelajar sekolah menengah di asrama juga terkesan dengan tuntutan fitrah ini selagi mana mereka adalah makhluk bergelar manusia