Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Tuesday 14 January 2014

Mimbar Akhir Pencetus Ummah

Pagi tuh, pergi Sungai Merab nak gi ambil lesen L utk kereta. Baru je siap. Alhamdulillah, akhirnya bolehlah aku belajar kereta kat litar dia. Masa balik tuh, tibe-tibe Amirul Afiq tanya,
" Bal, free tak malam ni?"
" Free kot. Asal?"
" Jom pi Pencetus Ummah. Aku dapat tiket free ni. Ade dua."
" Oh ye ke? Jom jom jom. "
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, ape lagi, aku terima laa.
So, malam tu after maghrib, kami gerak terus ke KUIS. Dekat dengan rumah kami. So,naek moto je lah kan. Sampai je sana. Ramai giler orang. Macam kuliah Ustaz Azhar Idrus lah plak. Pintu dewan konvo tu pulak tak bukak. Tak lama kemudian, pintu masuk dibuka dan aku bergerak ke tingkat atas . Tiket kami yang tingkat atas punya.


   Tak lama kemudian, pu pon start. Fuh semangat giler.. Best! Tak tau nk cakap macam mana. Beduk dia bunyi kuat giler seyh. Malam tu,banyak persembahan, ade altimet, nazrey johari, kump Hijjaz dan lain-lain. Best!
  Kat malam tu jgak ade Asyraf Muslim, Adam Corrie, Heliza, Diana Amir, Dr Fadzilah Kamsah dan ramai lagi lah. Yang special malam ni jugak , Ustaz Ridhwan Tee Abdullah, pengacara pu turut menyampaikan tazkirah. Beliau cite pasal ibu dia. Seddih lah jugak. Seluruh dewan senyap. Ade yang menitiskan air mata.
Lepas tu, peserta PU teruskan untuk round kedua, tajuk dia cinta Rasulullah.
Fast foward>> keputusan malam tu :
1. PU Hafiz
2. PU Shahul
3. PU Yeop
4. PU Rahmat
Jumpa Iqbal Hakim malam tuh.. :D (kawan kat JESS) now in Intek

Malam tuh, balik, samapai rumah pukul 12 lebih. Naseb baik pintu tak dikunci lagi. Kalau tak, tido kat porch lah gamaknyer. Hoho.

Thursday 9 January 2014

Rezeki daripada Allah


Rezeki daripada Allah. yup, kita kena yakin bahawa rezeki daripada Allah. Pernah tak anda berada dalam situasi di atas? pernah? macam mana anda kendalikan? kalau majikan anda memahami, Alhamdulillah. sebaliknya, kalau majikan kita tak faham? ketika itulah kebijaksanaan, ilmu cara yang berhikmah mampu menyelamatkan kita.

Sebenarnya, banyak lagi situasi yang akan kita hadapi. sebagai cintoh, seorang pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang agama, tetapi dia sangsi. Adakah bidang ni mudah untuk dapat kerja kelak? Kalau dapat, adakah gaji dia masyuk macam engineer, doctor, pilot dan sebagainya? Macam mana nak hidup senang kalau masalah kewangan? Siapa nak jadi isteri kalau mampu pakai kereta murah-murah je?

Kadang-kadang kita terfikir macam tuh, keyakinan kita terhadap Allah masih belum mantap rupanya. Kalau sudah itu rezeki kita, orang lain takkan boleh ambik. yakinlah. Nak murah rezeki, amalkan lah amalan-amalan yang boleh memurahkan rezeki. Cubalah cari. Banyak yang Nabi ajar. salah satunya, Solat sunat Dhuha. Antara fadhilat solat sunat dhuha ialah memurahkan rezeki. Yang penting, buat dengan ikhlas dan istiqamah. :D

Zina hati

Wednesday 8 January 2014

Me love archery :)

Yeah. I would never forget this sweet jorney. So, macam mana aku berkecimpung dalam memanah nih? Hoho. It all started back when im still in form 2 or 3. Tak ingat. Mase tuh, kat JESS ( SMK Jalan Empat Bndr Bru Bangi) cikgu yazid bukak kelab memanah. Cikgu kata, alatan kena beli sendiri. Kne kuar belanja dalam Rm1500. Tapi cikgu kata, pelajar form 3 tak digalakkan beli lah. Sebab takut nnti bile form 4, ramai akan pindah sekolah. Takut lah kan mungkin kat sekolah baru takde sukan memanah or tetibe bertukar selera pulak kan. Haha.

So, aku pon akur je lah. Sedih sebab tak dapat nak join team sekolah. Pagi-pagi selalu tengok dorang belatih. Rasa macam nak try sangat. Haha. Ade sekali tuh, aku dapat peluang nak try. Haha. Aku try lah tarik. Fuyh!! Beratnya nak tarik. Aku tak larat nak tarik penuh. Pastu mase lepas tali kena lengan (ouch!!). Lebam lah kejap.

" Beratnyer dik.. "
" Beaselah tuh bang, baru 34 POUND."

* pound tuh ialah spring constant force. Lagi tinggi poundage, lagi susah nak tarik. Lagi berat.
Sejak harituh, dah taknak try dah. Serik. Lagipun masa tuh nak pmr dah.

Kemudian, aku diterima masuk ke SBP. KISAS kat Klang. Suatu hari petang after asar, aku naik ke bilik. Petang tu rasa bosan sangat tapi malas nak turun maen bola sebab senior form 5 conqcuer padang. Dorang bukan tak bagi join tapi. You know lah. Out of the blue, aku nampak Hanafi on the way ke sekolah bawak archery set dia. Tetibe rasa nak maen plak. Haha. Pastu aku tukar baju sukan then turun ke padang. Tengok Hanafi tengah shoot. Aku mintak nak try. Hanafi bagi plak. Wohoho. Tapi still berat lah bow dia. 38 pound. Aku tanya dia, sekolah punya ada tak? Bole tak klau aku nak maen?.

" ade lagi set kat dalam stor. Kau pegi lah cari. Nanti aki ajar nak pasang." .
Sejak harituh, setiap petang aku turun padang. Berlatih, tarik. Masa tuh aku berlatih kat dalam bilik darjah lama kat padang. Lepas sebulan, dah bole tarik. Waah, bile dah confident aku pon shoot kat luar. Sampai lah habis sesi sekolah untuk tahun tu.
Masa mula-mula belajar dulu, Hoyt Eclipse


Awal tahun harituh, kitorang gi Pertandingan peringkat daerah dekat SMK Batu Unjur, Klang. Pertandingan tu bulan 2 harituh, so serius tak sempat nak tunggu barang memanah sampai. Pakai je lah apa yang ada.
Bukan nak bagi alasan, tapi, menggunakan arrow dan limb 36 pound yang sedia ada, acara 90meter sangatlah memeritkan. Arrow yang aku shoot tak sampai pon kat targett. Semua tercacak kat tanah kat depan board.
Ini Team kami

 
Acara lain pun lebih kurang jee. Kalau takde clicker memang susah nak constant.
Akhirnya, kami kalah. Tapi kami puas sebab banyak pengalaman yang kami boleh dapat. Apa yang kurang, kami adaptasikan dalam sesi latihan kami seterusnya. Nak cerita pasal pertandingan tu lagi bole klik sini.

Habis je pertandingan tuh, kami tumpukan perhatian untuk HKSBP Memanah ke-8. Untuk kali ni, dia buat kat SMS Hulu Terengganu ( SAHUT ). Kami berlatih tak kira cuaca. Ceh wah.
"alahai, hujan je pon. Yang turunnya air. Bukan api."

Ayat siapakah itu? Haha. Budak kisas will know lah
.
Bende paling tak best ialah,kami kena berebut padang dengan budak-budak nak main bola. Haih. Kadang2 mereka mengalah. Tapi most of the time, kami lah yang mengalah. Ye lah 3 orang lawan 30 orang.
Alatan yang diorder pon tak sampai-sampai lagi. Huh. Kami guna je lah apa yang ada.
Seminggu sebelum HK, alatan baru sampai. Yeah! Alhamdulillah.

Limb 40 pound. Arrow Easton ACC dipotong mengikut drawlength aku. :) kami berlatih dengan lebih gigih. Teacher Raja Mohana and Teacher Su pon selalu bawak kami ke SMK ape entah..lupa..haha. Kat situ, kami berlatih under coach.. Err..sapa name dia? Lupalah. Sorry.

Tunggu punya tunggu, hari yang dinanti sudah tiba. Nak baca cerita pasal HKSBP tuh, KLIK SINI. :)
Bile balik je dari HK tuh, im unoficially bersara dalam bidang nih.
Tapi masa trial harituh, aku turun jugak shoot. Release stress.
Masa lepas exam chemist, rse sakit kepala. Esom bio. So, ambek masa petang tuh nak shoot. Yup. Itulah kali terakhir aku shoot. Dan Hoyt Eclipse aku tuh diwariskan kepada junior aku yang akan meneruskan legacy kisas romiy. :)

P/S: link untuk HKSBP tak siap lagi :)

People

Yup. People. Di sekeliling kita ada ramai orang. Mereka datang dan pergi. Mereka semua datang dengan pelbagai ragam yang berbeza. Mustahil kita boleh puaskan hati semua orang. Mesti ade jee yang kritik setiap perkara yang kita buat walaupun ianya betul. Tapi, kalau kita pandai menghadapinya, ia akan menjadi satu pengalaman yang berharga yang akan mematangkan kita. The world gives you lemons. Make lemonade instead and enjoy it. :)