Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Tuesday 25 December 2012

Sad Romance (Violin Version)


Music can express my feeling.. try to translate my feeling right now from this video.

Tuesday 18 December 2012

Bring Phone to school?


Yes , belum timbul keperluan mendesak untuk menggunakan telefon bimbit or henset dekat sekolah, Tapi membawanya ke sekolah hampir menjadi keperluan. Why? sebab kegunaannya bertukar daripada menganggu kepada keperluan selepas waktu sekolah. Sebab apa? Kalau sekolah harian, bukan semua orang   rumah dia sekat sebelah sekolah. ada yag naek bas,ade yang jalan kaki,ade yg bawak moto ke sekolah, ade yg parents hantar. Ade beberapa situasi yg boleh dielakkan dengan membawa telefon ke sekolah.

1. Moto rosak tengah jalan. kalau rumah dekat takpelah. kalau jauh? nak buat ape? tolak moto sampai kedai? kalau takde kedai? Mintak tolong orang lalu lalang? <- its not safe mengikut pengalaman aku sendiri. Lepastu lambat sampai rumah, Parents risau. parent gi cari. lepastu jumpa kat tepi jalan. Tapi ia memakan masa. start daripada moto rosak sampai lah mak ayah dia jumpa dia. paling-paling kejap pun 2 jam lebih.

 Tapi kalau bawak fon, boleh contact terus bgitau moto rosak. Kalau ade member yg reti bab-bab moto, boleh hello terus. Bende insyaAllah boleh selsesai lebih kurang 30 minit je.

2. Perents ade urgent meeting. Takde sesape boleh amek. Dua-dua ade hal . memang jarang berlaku tapi still bole berlaku. tak sempat nak inform. anak dia dok tunggu lah kat depan pagar. kalau dia tau parents dia ade meeting maybe dia dah usaha tumpang kawan awal2 tadi. sekarang semua dah balik..nak guna Public phone ade duit syiling. dia pun pergi lah ke dalam sekolah mencari cikgu yg masih belum balik or terus ke pejabat call mak ayah. Ayah tak angkat sebab tengah meeting. Emak angkat bagitau ade hal, stay lah rumah kawan kat depan sekolah sampai petang, mak ambik lepas balik kerja. Memang boleh selesai masalah nih tapi lambat dan menyusahkan diri dan orang lain.

Tapi kalau bawak hanset, sebelum ayah dia masuk billik mesyuarat. dia boleh text anak dia.
 " Daddy ada meeting, Mama Ade hal, tak boleh ambil ________.
   Tumpang jiran sebelah. Daddy dah bagitau dia. Keluar cepat sikit
   Sebab di anak amek anak dia pulak dekat SK*blablabla*.
   Love you, Dad                                                                          "

3. Kalau duduk kat asrama, nak call mak ayah dekat rumah kena beratur dekat public phone. Kadar panggilan sangatlah mahal. iTalk pun lebih kurang jugak. Duit syiling kena standby banyak. Baru cakap 5minit dah habis duit. Baru lepas call mak. belum lagi Kakak dekat U, Kawan-kawan ....aduhai.

Tapi kalau bawak henset, mudah, Banyak pakej-pakej yg ditawarkan. Maxis Activ10, YouthClub, Celcome School of X. semuanya murah-murah. Kalau tak sempat call, boleh text je. baru 1sen. paling mahal pun 7sen.

Tapi tak dapat dinafikan banyak jugak keburukan yang disebabkan oleh pembawaaan telefon bimbit ke sekolah.

1. Pelajar kurang fous dalam kelas
 Kalau dah bawak hanset, mesti nak guna. dalam kelas pun tak berkecuali. masa cikgu tengah mengajar dok sibuk texting,calling,maen game,internet.

cadangan penyelesaian: HARAMKAN pada waktu pembelajaran. Hanset kena letak dekat locker belakang.

2. Kehilangan
Pelajar zaman sekarang punya hanset memang tak dapat dinafikan. mau beribu hargenye. dengan GalaxySIII, iPhone5, dan sebagainya lah. Jadi kalau hilang memang akan mencetuskan kerugian yang besar, perasaan pelajar mungkin terjejas. lepastu boleh timbul kes tuduh menuduh, dan kemudiannya boleh mengakibatkan pergaduhan.

cadangan penyelesaian: tetapkan harga maximun bagi hanset yg boleh dibawa ke sekolah/asrama. Bawah RM150 pun dah boleh dapat banyak model handfon. Hilang tak terasa sangat.

3. Hiburan yang melampau (situasi asrama )
Henset sekarang mempunyai pelbagai apps seperti games, music player, video player, camera dan sebagainya. Sudah tentulah pelajar banyak menghabiskan masa dengannya. Akibatnya, tidur malam akan menjadi lambat, masa lapang tidak digunakan dengan berfaedah. Menyebarkan benda-benda tak senonoh seperti video lucah melaui bluetooth. Merakan aksi-aksi yang boleh mengaibkan orang. dan menggunakannya untuk tujuan ugutan.

cadangan penyelesaian : tetapkan ciri-ciri henset yang hendak dibawa ke sekolah hanya mempunyai kebolehan SMS dan Call sahaja, yang lain-lain tidak dibenarkan.

4. Bill elektrik 
Mahal sebab pelajar dok charge henset.

cadangan penyelesaian : Kenakan Yuran charge henset RM5 ringgit sebulan contohnya. Dikenakan kepada pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah.

5.Penggunaan tidak terkawal
pelajar akan menggunakan hanset secara tak terkawal.

cadangan penyelesaian : Wujudkan garis panduan penggunaan Hanset kat sekolah. Tempat larangan henset, Waktu larangan henset dan sebagainya.

Banyak lagi kalau nak cakap pasal bawa henset ke sekolah nih. tapi cuba kita tengok MRSM,  mereka membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah dengan peraturan. pelajar-pelajar mereka tetap cemerlang dalam pelajaran.

Peraturan Hanset MRSM :






Sunday 2 December 2012

Tuesday 20 November 2012

Saved by Angel?

Video di bawah menunjukkan seorang penarik beca yang hampir dilanngar oleh sebuah lori. Akan tertapi keajaiban berlaku. Tatkala dia hampir dilanggar tiba-tiba satu cahaya putih datang meluru kearahanya dan dia hilang buat seketika dan muncul semula di belakang lori tersebut tanpa sebarang kecederaan. Pemandu lori tersebut kebingungan dengan apa yang berlaku.Apakan sebenarnya yang berlaku? Wallahualam..
          


Bengkel Memanah SBP Kebangsaan 2012

  
Pagi yang indah, kring~~ jam loceng berbunyi. tengok jam, sudah pukul 5.15. Huh mengantuk sungguh, tapi bangun jugak. Bangun dari katil, sume tak bangun lagi. Aku pun on suis lampu bilik, bagi dorang terjaga pastu terus gerak ke bilik bagasi, ambik barang-barang mandi pastu pergi bilik air. Masa ni belom ramai orang mandi lagi. Lepas mandi, dah nak azan. Solat sunat dalam bilik, lepastu turun Musolla.. Solat subuh, mathurat lepas tu sarapan kat DM, Lepastu naik bilik, siap-siap nak ke sekolah..

  Hari ni gi sekolah macam takde tujuan,buku teks semua dah hantar. kelas pulak tak boleh guna dah. Sebab dah susun meja untuk SPM. Jadi kelas 405 akan beralih ke bilik APD. ber-aircond. tapi bosan. Kalau masuk sana, takde benda nak buat,tido je lah. Jadi aku buat keputusan lepak-lepak sekejap dekat gazebo dekat gym dengan kawan-kawan. Tetiba Faris Hanafi (Presiden Archery Society (PAS)) tahun depan datang. Dia tanya aku nak pergi ke tak kursus memanah..Aku serba salah sebab tarikh siri olymphic aku jatuh masa tuh. Tapi bila hanafi cakap program tu buat kat TLDM punya facility kat lumut, stay kat resort dekat Teluk Batik, I made my call, aku jumpa cikgu Najib, awalkan olymphic aku. Settle..

  Fast Foward----->

Pagi 5hb Nov, Siap-siap ape sume,bawak Beg dan all the memanah stuff. Tunggu depan bilik koko. Cikgu Adhlan cakap tunggu dia kat situ. Tunggu punya tunggu, cikgu takde pun. Pastu nampak Abang Zuhdi. Tanya dia pasal cikgu. Dia kata selalunya pukul 9 lbey dia ada dalam bilik. Tengok jam sekarang baru pukul 8.20. Hadoyai. Tunggu je lah.Tak nak cerite panjang, Pukul 1 tengah hari baru naik Van Sekolah. Setelah beberapa minit perjalanan sampai kat petronas Damansara. Kat situ kami (dengan sorang muslimat KISAS) tunggu bas SMS Rembau. Dalam 10 minit, Bas tu sampai, Kami load up our stuff and head up into the bus. Masuk je dalam Bas, seat dah penuh rupanya. Semua sekolah dah ada. (SBP Zon Selatan). Aku pun berjalan lah sampai seat belakang sekali. Duduk sorang.  Then, bas stop kejap dekat R&R Rawang, kat sana aku mula kenal budak SASER. Faris dan Faizal. dan baru aku tahu Faris tu ex- SLISS.. sama dengan Izham Shah. My classmate.

Saturday 9 June 2012

Soko Take My Heart

Ade orang yang bertanya. lagu apebendakah "Take My Heart-SOKO" ? okay ni aku bgi.dgr lah.. peace yaww! (Y)


Si Dia,

"Saya tidak mencari yang terbaik,
tetapi,
Saya mencari yang paling sesuai" 

10 things that i want in my life :)

  1. Redha Allah is the first priority
  2. Succes in Study
  3. Join kem macam Camprock. tapi taknak nyanyi cuma tempat je sama macam tu :)
  4. Pergi US. Nak sangat pergi countryside kat sana. duduk kat rumah ladang. Pergh. Heaven.Haha.
  5. Nak kerja dalam bidang Aeronautic Engineering. Nak buat kapal terbang sendiri. Enjin yang lebih selamat untuk alam..
  6. Memiliki Superbike. CBR Fireblade 1000cc. nak sgt :)
  7. Ada kereta Audi Q3 dan Kia Forte.
  8. Gaji 5 angka :)
  9. Rumah tepi bukit yang ada tasik macam dalam cite Harry Potter uh.
          Yang aku harapkan sangat-sangat :

     10. A   ROMANTIC   LOVE   STORY <3

Thursday 7 June 2012

Ceritera KISAS #2 ( FITRAH )

Cuma nak share sedikit ilmu yang saya dapat semasa dok KISAS.



Allah telah menciptakan manusia dari kalangan lelaki dan perempuan.Dengan fitrah dan tanggungjawab masing-masing. Kadangkala kita sebagai remaja tidak mengambil berat tentang tuntutan fitrah kita masing-masing. Kita haruslah sedar bahawa fitrah kita tidak lagi sama dengan fitrah kita semasa kita di alam kanak-kanak. Sedar ataupun tidak, sejak bermula akil baligh, kita sudah mula berubah kearah kedewasaan dari segala aspek : jasmani, rohani, emosi dan inetelek. Jasmani kita sudah berbeza dengan kanak-kanak, Kita mula memahami aspek rohani di dalam diri, Emosi kita tidak lagi sama seperti kanak-kanak dan Kita mampu membuat keputusan yang tidak boleh difahami oleh kita sendiri 10 tahun yang lepas.

Di sini, saya ingin menyentuh tentang salah satu daripada fitrah-fitrah tersebut iaitu ; fitrah perempuan yang memerlukan kerana ingin diri mereka disayangi, dilindungi, dibelai, dibimbing dan dijaga. Begitu jugalah fitrah lelaki yang umumnya memenuhi segala fitrah perempuan tersebut iaitu mahu merasa diri ini diperlukan untuk menyayangi, melidungi, membelai, membimbing dan menjaga. Maha suci Allah yang telah menciptakan aturan yang saling melengkapi. Jalan yang disediakan oleh Islam untuk menzahirkan fitrah ini ialah melalui ikatan perkahwinan. Namun, di dalam konteks remaja, bukan masanya lagi untuk kita mengenali "Kaum" yang satu lagi. Kita mempunyai keutamaan yang lebih penting iaitu ilmu. Hal ini kerana di dalam Ceramah Ustazah Bahiyah dan suaminya di Masjid Sultan Sulaiman ( Berdekatan dengan KISAS) beliau pernah menyebut ; carilah suami kamu berdasarkan 3 perkara. ( Tak ingat semua. nanti check balik dekat buku tazkirah ) Salah satu daripadanya ialah ILMU. Nyatalah bahawa menuntut ilmu yang secukupnya adalah penting sebelum berkahwin.

Saya ingin membawakan satu situasi,
Kebanyakan pelajar sekolah menengah di asrama juga terkesan dengan tuntutan fitrah ini selagi mana mereka adalah makhluk bergelar manusia

Thursday 31 May 2012

My Friends

Kebanyakan daripada kawan-kawanku ada  lagu yang mengingatkan aku kat dia kalau terdengar lagi. Takda kena-mengana dengan Lyrics tau. Ia berlaku Secara Spontaniously.

1. Iqbal Hakim : Lighters, Eminem ft Bruno Mars
2. Muhammad Muqri : Fly to Seoul, 2pm
3. Muhammad Afiq Ramli : What About Now , Chris Daughtry
4. Eizlan Syawal : You Are Not Alone, Michael Jackson
5. Amir Muttaqin : Rocketeer, Far East Movement
6. Amirul Anas : Come Clean, Master Blaster
7. Muhammad Arif : Jalinan, UNIC
8. Ahmad Zaid : Fireflies, Owl City
9. Muhammad Akmal : Give Me Everything toning, Pitbull, Ne-yo
10. Ahmad Idris : Rolling in the deep, Adele
11.Ahmad Azim : Takda lagu..tapi bila tarannum je ingat Azim :)
12. Ahmad Muntazar : My Moment, Rabecca Black
13.Syafiudin : Someone Like You, Adele
14. Nur Mawaddah : Gotta Go My Own Way, HSM
15. Nur Hamizah : Stanby Me, Shinee
16. Atiah Nadhirah : Fearless, Taylor Swift
17. Nur Shahmina : The Story Of Us, Taylor Swift
18. Ain Shakinah : Solo, Iyaz
19. Aliya Fariha : Forever Young, One Direction
20.Hifdzi Zaim : Hold My Hand, Maher Zain
21. Zainab Mawaddah : Never say Never, Justin Bieber
22. Nur Atikah : Naturally, Salena Gomez
23. Farhah Aqilah : In My Head, Jason Derulo
24, Hanna Amirah: Soko, Take My Heart.
25. Farah Atikah : All Time Low, The wanted
26. Farrah Iwani : The Lazy Song, Bruno Mars

yang lain tuh ada jugak tapi tak sempat nak type lah..nanti aku try dengar balik2 lagu nostalgia lama okay :)

Ceritera KISAS #1

31 Januari 2012
Hari ni hari pendaftaran KISAS untuk first Intake. Pagi tu siap-siap untuk bertolak ke KISAS, pkai baju, pastu terus gerak ke JESS sebab nak dapatkan tandatangan pengetua. Kat sekola, aku sampai dalam pukul 8, semua dah naek kelas. huhu, tak sempat nak jumpa korang. Lepastu terus ke Klang. Sampai sana, daftar dekat dewan besar. Ade aircond. waaah..haha.best. lepastu makan then dengar taklimat Ustaz Mus. Ustaz tu lawak gak walaupun gaya dia serius.haha. Lepas tu, kitorang bergerak ke Dewan Kuliah, dewan ulul albab. untuk sesi orientasi selama seminggu. Kat sini, kitorang panggil sebagai MJK ( Minggu jalinan Kasih ). Kejap je sesi haituh, pukul 2 petang, terus ke asrama.

KISAS bukanlah seperti yang aku bayangkan. Asrama dia dah berumur lebih 35 tahun. cuma cat je baru. Asrama dia ada 4 blok 4 tingkat. Setiap blok mewakili rumah masing. Thariq ( hijau ), Ali (Kuning), Omar ( merah ) < That's me :) , Khalid ( Biru ). Masa mula-mula tu, aku dapat bilik bersama form 4 lain dekat top-floor. Blik C308. Tapi katil tak cukup, so, aku kena pindah ke first floor. floor form upper 6. Dapat lah Bilik C103. oleh kerana lower-6 tak masuk lagi, floor tu banyak bilik kosong. cme blik C101,C102,C103,C108 dengan C110 je yg ada orang. Huh.. cuak giler bile nak gi bilik air malam-malam.ha. Geng sebilik aku :
1. Aiman Ghasid, SMK  S18 Shah Alam,
2. Haidir Shaharudin, SMKA Pedas, N9,
3. Luqman Haikal Mahfoodz, SMA Al-Ihsan, Kuantan
4. Me ;) JESS-ians

Keesokan paginya, MJK start, form 4 kena kumpul kat dewan. Oleh kerana sekolah ni takde form 123, jadi kitoranglah junior :(. Kat dewan tuh, kitorang maen games, pastu dibahagikan kepada kumpulan, campur muslimin dengan muslimat.. Aku tak ingat aku kumpulan apa tapi yang pastinya kumpulan aku agak pasif. Maybe sebab sume baru lagi kot. Malu-malu, so, aku lah yang menggerakkannya. Jadi Group leader setelah dilantik oleh ahli-ahli laen. First aktivity kena buat logo group kat major paper pastu present kat depan. So, aku present lah..aku memang suka bab-bab cakap guna mic kat depan khalayak ramai nih.haha. lepas sume group dah present, tibalah masa untuk lantik penghulu MJK. Sekali lagi nama aku naek sebab Abang Senior yang naikkan. Ha, sejak tuh, officially, aku jadi Penghulu. Susah jugak. Dah lah takda orang yang aku kenal.

Ada satu hari tuh, kitorang maen game Explorace, sampai kat satu checkpoint, akak yang jaga kat situ bagi tajuk ' Isu Global'. dia bagi masa 2 minit untuk pilih orang untuk berpidato tentang tajuk tuh, selama 5 minit. So, masa bincangkan sape yang nak pergi, aku terangkanlah, isu global ni bla bla bla... pastu tap tap, masa dah habis, dorang pon bersepakat tolak aku kedepan. Best masuk group aku, korang relex je, aku sorang yang buat sumenye. aku pon merapu lah selama 5 minit tuh.

Bersambung...

Sunday 1 January 2012

Natural Resources


Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Sesi Soal Jawab bersama Zizan dan Ustaz Azhar Idrus semasa Countdown 2012 di Shah Alam


Dari Facebook saudara Fiq Mohd.
Assalamualaikum…ni ada sedikit ilmu daripa Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan raja lawak pada malam ‘count-up’ (31/12/11,sabtu)..



1. Apakah Hukum sambut countdown…?
UAI:”countdown tu mende”…??
Zizan: !@#$*…emm..”count tu, kire..down tu, bawah…2011 ke 2012..”
UAI: “count up la gitu..11 ke 12….”
zizan: !@#*…. =)
Kata ulama’ countdown bukan perayaan…ianya jatuh haram mengikut cara(perbuatan) kite…jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll….

2. Apakah hukum main bunga api…?
Ulama’2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada membazir = tidak harus…samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2,beribu2 ringgit…kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran yg nyata…

3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi…smpai kt lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi…
Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x?tiada sbb jln kampung xsibuk… Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan lain ketika itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd org lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2 ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bile2…