Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Tuesday, 20 November 2012

Bengkel Memanah SBP Kebangsaan 2012

  
Pagi yang indah, kring~~ jam loceng berbunyi. tengok jam, sudah pukul 5.15. Huh mengantuk sungguh, tapi bangun jugak. Bangun dari katil, sume tak bangun lagi. Aku pun on suis lampu bilik, bagi dorang terjaga pastu terus gerak ke bilik bagasi, ambik barang-barang mandi pastu pergi bilik air. Masa ni belom ramai orang mandi lagi. Lepas mandi, dah nak azan. Solat sunat dalam bilik, lepastu turun Musolla.. Solat subuh, mathurat lepas tu sarapan kat DM, Lepastu naik bilik, siap-siap nak ke sekolah..

  Hari ni gi sekolah macam takde tujuan,buku teks semua dah hantar. kelas pulak tak boleh guna dah. Sebab dah susun meja untuk SPM. Jadi kelas 405 akan beralih ke bilik APD. ber-aircond. tapi bosan. Kalau masuk sana, takde benda nak buat,tido je lah. Jadi aku buat keputusan lepak-lepak sekejap dekat gazebo dekat gym dengan kawan-kawan. Tetiba Faris Hanafi (Presiden Archery Society (PAS)) tahun depan datang. Dia tanya aku nak pergi ke tak kursus memanah..Aku serba salah sebab tarikh siri olymphic aku jatuh masa tuh. Tapi bila hanafi cakap program tu buat kat TLDM punya facility kat lumut, stay kat resort dekat Teluk Batik, I made my call, aku jumpa cikgu Najib, awalkan olymphic aku. Settle..

  Fast Foward----->

Pagi 5hb Nov, Siap-siap ape sume,bawak Beg dan all the memanah stuff. Tunggu depan bilik koko. Cikgu Adhlan cakap tunggu dia kat situ. Tunggu punya tunggu, cikgu takde pun. Pastu nampak Abang Zuhdi. Tanya dia pasal cikgu. Dia kata selalunya pukul 9 lbey dia ada dalam bilik. Tengok jam sekarang baru pukul 8.20. Hadoyai. Tunggu je lah.Tak nak cerite panjang, Pukul 1 tengah hari baru naik Van Sekolah. Setelah beberapa minit perjalanan sampai kat petronas Damansara. Kat situ kami (dengan sorang muslimat KISAS) tunggu bas SMS Rembau. Dalam 10 minit, Bas tu sampai, Kami load up our stuff and head up into the bus. Masuk je dalam Bas, seat dah penuh rupanya. Semua sekolah dah ada. (SBP Zon Selatan). Aku pun berjalan lah sampai seat belakang sekali. Duduk sorang.  Then, bas stop kejap dekat R&R Rawang, kat sana aku mula kenal budak SASER. Faris dan Faizal. dan baru aku tahu Faris tu ex- SLISS.. sama dengan Izham Shah. My classmate.
Dalam perjalanan tu, tak tau nak buat apa.. Hujan lebat. tapi bile dah lepas sempadan Perak, dah okay. Dalam pukul 6, kiotrang sampai dekat Marina Cove Resort Teluk Batik. Daftar, ambik baju pastu naik bilik masing-masing. Satu apartment tu duduk 8 orang. Kami 6 je. Yang lagi 2 tu budak Zon Timur, mereka sampai malam. Dalam Apartment tuh, sebabkan aku senior, muahaha, so, aku dapat master bedroom. Menghadap laut. Hua..Heaven. Alhamdulillah.. CAntik Seyh! SUbhanallah! Bole nampak waterpark kat tepi resort, pastu bole nampak pulau kat tengah teluk.

Pukul 7 malam, sekali lagi disebabkan aku senior, aku jadi lebih kurang macam Ketua Dorm ar..Kalau kat KISAS, ketua Floor. Lepas Solat Jamak Maghrib dan Isyak, kitorang pun pergi lah turun dekat LG untuk makan.Ingat Guys, kalau dalam perjalanan, Afdhal Jamak Ta'khir.Kecuali kalau da sampai dekat tempat persinggahan yang memang  tempat persinggahan seperti R&R. Kalau kat tengah jalan dalam hutan tuh, tak payah lah nak berhenti tepi jalan solat jamak taqdim. Tapi kalau dah sampai tempat yang kita akan bermalam tak lebih 3 hari tuh, afdhal Solat Jamak Taqdim. Back to the program memanah, Sedap makanan dia :) kat tepi swimming pool. Nasib lah kami lambat sampai petang tadi. Kalau awal, bole mandi jap.Lepas makan , naik bilik tukar baju, amik fail pastu bergegas ke ballroom (centu eh eja dia?). lebey kurang macam dewan multi-f(x) r.. bole jadi dewan seminar, dewan makan, dan berbagai lagi lah. Masuk tuh, sejuk giler. Naseb baek ade jacket KISAS..haa., kehangatan yg menyelesakan perut. (takde kena mengena pon). Siap share dengan kawan-kawan lagi.

Beberapa minit menunggu, ade cikgu SABDA start the program dengan lawak dia.. ha x3. lawak dia macam tak ngan dengan aku. Aku tak boleh nak gelak lansung. ( okay aku mengaku, gelak sikit je)..Maybe sebab lawak dia untuk budak-budak form 2 kot. ye lah kan,kat sana ada lebih kurang 10 orang je form 4 out of the 163 peserta. Yang lain sume form 2 dgn 1. Malam tu cerama pasal Sejarah memanah, dengan basic alat memanah. Bow sume tinggal kat apartmen. Bago0s..cikgu pun bagi la 10 minit nak gi amek. Masa ondaway dari bilik kat tingkat 5 ke hall room tuh, sume orang sekeliling usya kami bawak alatan memanah..Mesti diorang pelik, ape lah yg kitorang buat kat hall room malam tuh..haha.

Yeah,ceramah pon start..aku pun start menguap..huagh. aku dok row second dari belakang dengan budak bilik aku. Budak SASER,SDAR.. yg SDAR tu form 2..kedua2 nya. Lepastu, dia mula lah terangkan pasal bahagian-bahagian bow. Semua pun pasang la bow masiing. Fuyh hebat-hebat belaka.. Kat sekolah, aku selalu pakai Hoyt Eclipse wane merah, Tapi mase datang sini,aku pinjam Hanafi punya SF. wane hitam. Best gak ar.Aku cuma sempat sesuaikan diri dengan bow tu sehari sebelum datang Kursus. Hoyt Eclipse dan SF mmg sangat beza. Arrow rest SF lagi tinggi dan Sight dia keluar skit.Okay lah, aku tak nak syarah pasal apa yang diperkatan masa ceramah sebab its too complicated kalau tak ditunjukkan secara face-to-face. So, dalam pukul 10.30 kitorang habis sesi ceramah, Sebelum balik ke bilik, Cikgu Mintak IC sume peserta sebab esok ada Praktikal dengan Kompleks Memanah TLDM, nak masuk dalam TLDM punya tempat kena tinggal IC dengan Post Pengawal dia. Tapi ade jugak lah beberapa adik-adik form 1 kebanyakannya yang tak bawak IC. Mak pegang..haha. Teringat zaman mula-mula aku dapat IC, mak tolong simpankan takut hilang.

Lepas tuh, balik bilik, 10.45. still awal, kat KISAS pkul 12 baru habis liqa al-mulk.. SO, ape lagi, aku pon calling-calling kawan-kawan kat MRSM, ha, dorang baru nak exam, aku pon cite la aku dah habis exam tengah bercuti kat resort teluk batik. Bagi diorang jelez.haha. pastu dalam pukul 11.30, budak laen semua dah tdo, Budak SAHUT dengan Kuala Terengganu baru sampai pkul 11 tadi. dorang penat. Terus tidur. Diorang lambat, bilik dah penuh, so, kena tidur kat ruang tamu..tapi ade tilam.okay la tuh.. aku kat dalam bilik still tak boleh tidur. aku pun pinjam MP3 Faris, dengar2 sikit sambil tengok pemandangan kat luar. cantik malam tuh. Dengar lagu I Wont Give Up-Jason Mraz, serius kena weyh..tengok lampu-lampu kat pulau..sayang sekali yang lain semua dah tidur, so aku senyum sorang-sorang :) tak lama kemudian aku pun tertidur.

6 Nov-
Pukul 5 pagi tuh budak Kuala Terengganu dah bangun. Sebab dia tidur awal semalam. So, dia kejut semua. tapi semua taknak bangun sebab awal sangat. Termasuklah aku. haha. Tambah-tambah aircond sejuk dah macam absolute zero kelvin.haha.. Pukul 5.30 baru bangun. Siap-siap, pukul 6.15 solat subuh berjemaah :)
Lepas tuh, tak tau nak buat apa. Sarapan pukul 7. ON TV, tengok motivasi pagi.haha.. Dalam 10 minit nak pukul 7, kami pon siap-siap barang untuk turun makan. bawak terus semua alatan memanah. Aku pon siap-siap pakai inner terus.ha, elak sun burn nanti. Lepas, makan, tunggu bas kejap lepas tu bertolak ke Kompleks Memanah TLDM.

Sampai sana, kami dipecahkan kepada 3 kumpulan, Pro, intermediate ( cni ke eja?) dengan ameteur. Aku pon masuk la tengah-tengah. Boleh je gi yang pro, tapi tawaduk la skit kan.haha...Dari Pagi sampai la tengah hari kami dok tarik bow tanpa arrow. Nak dapatkan step yang betul. huh. penat dowh. Untuk mengelakkan aku lupa, baik aku tulis :

1. Stance
2. Up
3. Draw
4. Anchor
5. Aim
6. Release
7. Follow Through

ha,itu lah dia benda yang kami dok ulang. dari pagi sampai tengah hari. tengah hari ade break, makan, solat Zohor jamak Asar, lepas tu sambung balik. Huh.. penat betul seharian kat lapang sasar. muka dah start sun burn. rasa pedih-pedih skit.

Petang tu boleh la shoot!.. dia bagi 5n 1 sighter. last n, dia nak semua kena kuning. Alhamdulillah, at this distance, a got it at 2nd N onward. Petang tuh, ade sesi bergambar skit. Aku tak tau mana aku bole tengok gambar tu. It's very precious to me.. Masa tu pukul 5 ptg, Kami pun naik bas untuk balik ke resort. Sebelum tuh, bas singgah dekat Kompleks Mutiara Armada. Shopping complex kat TLDM, kat depan dia ade expo skit. tapi macam tak banyak gerai. maybe dia bukak malam kot. macam downtown.. Budak -budak bilik aku beli  maggi. malam tu makan ramai-ramai.

Dalam pukul 6.30, sampai dekat resort. Naik billik, siap-siap turun makan dekat seafood punya tempat. pon sedap makanan dia..aku ni jenis kuat makan. metabolisma tinggi la katekan.haha .. faizal makan sikit je. dia gastrik. pagi tadi muntah-muntah. so, dia terus naik bilik. Lepas makan, kami naik bilik, amek archery set lepastu bergerak ke hall room..ade ceramah lagi. aku make sure ahli bilik kami buat semua secara berjemaah. No one can skip ahead or left behind. Semua kena sama-sama.Malam tuh, faizal skip ceramah, dia gi klinik dengan cikgu lepastu tidur kat bilik.

Ceramah malam tuh, terbahagi kepada 3 jgak. ikut grup dengan lapang sasar tadi, grup ameteur belajar cara nak pasang arrow. fletchers dia dengan point kat depan. Grup aku belajar cara nak pasang knocking point. Aku lupa cg osman ade pesan suruh beli benang masa shopping tadi.ha, nasib baik SESERI ade beli. Mintak dia punya la..@Qamarina.. muka kau masa pasang limb kat depan uh sangat xleh blah..haha. cool.sangat cekap. compliment nih ;). SABDA pon ade gak share dengan orang lain. Malam tu habis lambat sikit. Mengantuk giler. Tangan semua dah sakit.haha..

Malam tuh, balik bilik,bilik kunci. faizal pulak dah tidur. ketuk punya ketuk tak bangun-bangun. lama gak kitorang tunggu kat luar. last-last tetibe pintu tebukak. Budak SDAR bkak dari dalam. Aku pelik,cne dia bole masuk?Rupanya dia panjat dari beranda (cntu eh eja?)  bilik sebelah 511 pastu masuk ikut beranda bilik kami 512. Fuyh terkejut gak aku. Dah lah tinggi. Tapi bende dah lepas.nak wat cne. Lepastu kami masak maggi kami, ade jugak budak bilik laen yang datang, aku nak je halau tapi tak sampai hati. Dia sopan giler form 2.. aku tak ingat skola mana. Tapi budak-budak SDAR yang ajak dia. aku pon salimatuh sodri (berlapang dada)je lah ... Makan Maggie sambil tengok Cite supernatural, aku sempat call my bonda dekat rumah malam tuh.:)

Malam tuh semua dah tidur sebelum pukul 12 malam..penat.haha..


7 Nov
-Seperti bease pagi nih, mandi hot shower, solat jemaah, siap 2, dan turun ke tempat makan. bersama-sama alatan memanah kami. Selesai sarapan, terus bergerak ke Kompleks Memanah TLDM yang semalam tuh
ni gambar masa komplek tu x siap lagi

so, hari ni Hari last, ada mini  tournament. sekali lagi, ia mengikut kategori yang 3 tuh.. Cuma kami ada 2n je 1 sighter. jumlah semua 18 arrow yg dilepaskan..termasuk 6 sighter. ive did it not soo good. I have done better than this before. Tapi alhamdulillah, aku dapat Naib Johan. Dapat lah Hamper masa majlis penutup tuh. Tournament habis dalam pukul 11 lebih.

Balik resort, siap-siap, then kumpul kat hall room untuk majlis penutup. ade VIP datang. wakil Menteri Pembangunan Belia dan Sukan Perak. Jurulatih Skuad Memanah Malaysia yg gi Olymphic pun ade jugak. Lepas majlis penutup,ade sesi fotografi ikut Zon Sbp, lepas tuh bersurai.

Bas SMS Rembau bertolak lepas zohor. Sempat jugak kami singgah beli souvenier kat mana entah. Bas berhenti situ. ikut je lah. Lepastuh teruskan perjalanan. Ramai tidur je. Sebab penat. Dalam bas dia pasang cite Battleship. aku sempat habiskan cerita tu sebelum aku pun tertidur jugak.Hujan lebat basa balik. Sejuk.

Sampai dekat Hentian Restoran Jejantas R&R Sungai Buloh, aku dengan seorang lagi KISASIAN turun dan tukar naik Van sekolah pulak. van KISAS ambik kami dekat situ. Bas SMS Rembau akan straight ke SDAR. Dalam Van tu ade abang dan kakak form 6. Diorang pun baru habis kursus jugak dekat Kuala Kubu Baru. Still hujan sampai lah dekat Klang. Sampai je asrama, tengok jam pukul 9 lebih. Semua form 4 kumpul dekat Musolla ade alumni KISAS datang bagi ceramah. Aku penat sangat, mintak excuse terus naik bilik. dalam bilik aku sorang. Haidir dah balik rumah,ayah dia meninggal minggu lepas ( al-fatihah untuk arwah), Haikal aku tak tau kat mane, Aiman selalu tidur kat bilik orang lain. So, aku sorang je lah..

Pagi esok, sekolah macam bease..


3 comments:

Qamarina Izzati said...

my name was mention la. haha :D thanks iQbal :)

Mohamad Iqbal Coriole said...

haha..no prob Q :)

Ms Amalina said...

Wah. Siap buat blog lg. I m one of the teachers tht day.