Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Wednesday 28 September 2011

Isu Zizan hina agama Islam

Assalamualaikum..
Kebelakangan ni, kecoh isu filen hantu bonceng. Katenyer, filem ni mengandungi adegan dimana zizan dikatakan telah menghina islam dengan mempersendakan Kalimah Shahadah? Betul ke? aku pun tak tengok filem ni lagi so aku tak tau. Jadi, aku search lah dekat youtube.



So, ramai yang tak puas hati, aku takleh nak komen banyak-banyak sebab ni bukan bidang aku, so aku carilah pendapat orang yang lebih mengetahui. Aku try jgak search ustaz-ustaz dekat internet yang ade komen pasal ni, aku jumpa Ustaz Azhar Idrus ade membicarakan pasal hal ni kat ceramah dia,

Ustaz azhar ni seorang penceramah bebas yang berasal dari Terengganu, oleh kerana dialek dia dah dekat-dekat dengan dialek Kelantan, aku enjoy tengok video ceramah dia. So, ni ape yang dia cakap:



Tuesday 27 September 2011

Melayu di Rusia

Ketika korang Melayu berbangga menggunakan nama barat, prang barat menyanjung nama Melayu, ketika remaja melayu sibuk bershuffle, remaja barat sibuk mempelajari lenggok tarian zapin, ketika kita ingin menjadi "orang Putih", "Orang Putih" ingin menjadi kita kerana mereka tahu kehebatan Melayu!


Monday 26 September 2011

Nothing

Assalamualaikum.
Tadi dapat panggilan kecemasan dari kampung. Nenek aku sesak nafas, sume sepupu aku da blik kampung. sebab orang siap bace yasiin dah. Makcik aku yang dok sebelah rumah un da bertolak kol 4 petang tadi. Sepupu aku drive. Sorry la anak ibu ni kecik lagi. Kalau 2 tahun lagi, insyallah along drive balik kelantan.. Kalau korang tengok aku tak datang sekolah sok, maybe aku balik kampung.

Saturday 24 September 2011

Lagu Wali band diciplak?

Assalamualaikum..
Actually dah lama aku jumpa bende ni tapi tak terfikir nak post. Tapi hari ni aku post jugak. Just nak share dengan korang. Aku rasa ramai yang dah tau. Ok, di bawah ialah sebuah lagu daripada Fabrizio Faniello yang bertajuk I No Can Do. Lagu ni dikatakan "cover" lagu Wali Band iaitu Cari jodoh.. Atau sebaliknya.. Aku tak sure. So, kalau betul, kenapa dia pilih lagu indon? kenapa tak lagu malaysia?


The brand new single by Fabrizio Faniello has already been a huge hit for the artist "Wali" with more then 4 million downloads and more then 1 million sold CD´s and reached the top position in the charts in his home country Indonesia.

Ni komen yang ada dekat video youtube. Mungkin sebab dia pilih lagu ni ialah disebabkan kefeymesan lagu ni. Maybe la..Tapi ada juga yang mengatakan dia ni bukan orang indonesia. Aku tak tau lah kebenarannya, So, korang search sendiri lah ye..


Sony NEX-C3

Assalamualaikum...

aku bukan seorang professional photographer tapi bile aku tengok camera nih, woa..awesome! Ha. ...aku tak reti nak bagi ulasan panjang lebar mengenainya, so, korang layan lah video review kat bawah nih. Kalau nak tengok lebih detail bole usha dekat link yang aku bagi dekat bawah post nih.





Thursday 22 September 2011

Untuk saya dan kamu semua

ambil yang mana patut..korang ada akal yang pandai, so, pandai-pandailah fikir.

Note: dicopypaste dari forum halaqah.net

Aku taknak tukar font artikel ni sebab kajian mendapati font tulisan blog aku akan menyebabkan korang sakit mata bila baca post panjang-panjang., so, aku gunalah font yang sesuai.


"Kebelakangan ini kerap kita mendengar soalan tentang bolehkah sebenarnya bercinta dalam Islam, mungkin dek kerana terpengaruh dengan aluan nasyid nasyid longlai dan fatwa cinta di dalamnya, ramai pula orang ingin merasakan nikmat bercinta . Persoalan ini sebenarnya satu soalan yang agak sukar untuk dirungkai, apa lagi bagi orang yang tak punyai pengalaman .

Cinta boleh menjadi fitnah
Memang benar cinta itu adalah satu fitrah bagi semua manusia normal. Dan fitrah itu sesuatu yang suci. Maknanya cinta itu pada asalnya satu fitrah yang bersih, cuma bila dicemari oleh nafsu dan dicampurkan dengan perkara terlarang yang mendorong ke arah maksiat besar, fitrah
boleh berubah menjadi fitnah pula. Di antara tujuan diciptakan perasaan ini adalah untuk menguji perempuan dan lelaki, sepertimana firman Allah dalam surah Al-Furqan: (( dan kami telah jadikan sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain fitnah, adakah kamu
melihatnya? Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melihat )).

Seperti yang telah dinyatakan, Allah Taala telah menetapkan jalan yang halal mengikut syara' untuk memenuhi naluri fitrah ini iaitu melalui jalan perkahwinan, dan telah diharamkan segala jalan lain selain perkahwinan supaya manusia tidak terjebak dalam perkara haram
dan kotor yang dimurkai Allah Taala. Ini kerana manusia itu secara semulajadinya memang inginkan kepada keseronokan yang ditimbulkan oleh nafsu, dan syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan mendorong mereka ke jalan nafsu yang menjadikan manusia hilang akal dan bimbingan diri.

Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah bilamana ia dicampurkan dengan perkara perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Apabila larangan Allah diperlekehkan,nafsu lantas mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di dalam diri. Dek kerana itu, maka kebelakangan ini sering kita direntet oleh isu yang mengigit sukma lakunya. Antara perilaku sumbang yang semakin sebati dikalangan remaja hari ini.

1. Memandang kepada bukan mahram
Firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 30, mafhumnya: ((Katakanlah pada lelaki yang beriman: "hendaklah mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi merekaĆ¢€¦ ).

Apabila pandangan melihat benda yang tidak elok, maka manusia akan terdorong untuk melakukan maksiat seperti zina. Oleh sebab itu, Allah telah mengharamkan memandang kepada wanita yang bukan mahram dengan sengaja, maksudnya dengan shahwat dan tanpa sebab syar'ie, seperti kehakiman, muamalat harian tujuan untuk menikahi perempuan yang dilihat dengan syarat-syarat tertentu. (rujuk bab an-nazru tulisan dari. Abdul Karim Zaidan dalam "Al-mufassal fi ahkam almar'ah wa baitul muslim", jilid 3.) Ini kerana pandangan yang tidak bersebab itu boleh membangkitkan syahwat serta menimbulkan fitnah, juga mungkin akan mengikat hati lelaki pada wanita.

Wednesday 21 September 2011

"I got what you mean"

your're trying to say:

Jangan mudah melafazkan kasih, kasih itu untuk siapa...
Jangan mudah melafazkan sayang, sayang itu untuk siapa...
Jangan mudah melafazkan cinta, cinta itu pada yang Esa

Cintakan bunga, bungakan layu
 cintakan manusia, manusia kan pergi.

Tuesday 20 September 2011

the one




I thought u were the one....
but im wrong..

Rap paling laju yang aku pernah jumpa

Woaa...haha..spechless.. natural talent. sila fastfoward ke 1:40 untuk tidak membuang masa. nak layan the whole video pon boleh..


nO More!

"No more of you image appears in my mind"

Wednesday 14 September 2011

T-shirt kelas

Alhamdulillah,
selsesai sudah proses menempah t-shirt kelas untuk tahun ni. Ha, this is the first time so kitorang sangat excited. Sekarang ni, tinggal proses mengedarkan baju tu je. Ok, aku nak share lah pengalaman buat t-shirt ni, bagi yang nak buat t-shirt, ape yang ada ialah :
1. Minat: korang takkan berjaya buat t-shirt tanpa minat. Sebab procedure dia banyak. tak percaya? hmm. suka hatilah. Tanpa minat, korang akan bosan berulang-alik ke kedai tu dan last-last korang akan pass tugas ni kat orang lain atau cancel je terus.

2.Keihklasan: hanya hati yang ikhlas sahaja yang bole buat t-shirt ni. Kenapa? sebab, kalau korang sanggup untuk pegang amanah untuk buat t-shirt untuk kawan-kawan kerana ingin mendapatkan untung, tak berbaloi dengan usaha yang korang kene buat. Kalau nak untung, korang terpaksa charge harga yang mahal kepada orang yang nak beli t-shirt tu. Aku pun nak buat mcmtu, tapi bile difikirkan balik, dorang sume tu member aku, ape salahnyer aku buat amal sikit.Tahun depan maybe dah takboleh nak buat sebab ramai nak pindah. So, keputusan yang aku buat, biarlah aku mendapat ganjarannya dekat alam yang satu lagi.

3.kerjasama kawan-kawan : ni pun penting jugak, kawan-kawan yang liat nak keluarkan duit, cerewet dan lain-lain akan menyusahkan korang. Bagi yang cerewet tuh, kalau setakat kutuk baik tak payah. bagi la cadangan yang bernas.Baru bole improve.Kesian tau,ingat nk design tu senang?? kalau sketch kat kertas tu boleh tahan lagi. kat komputer?? leceh giler. banyak tool. nak insert bende nih, bende lain pulak rosak . data lost lah, macam2.

Oklah, dah ade 3 main things ni, bole teruskan next step, 
Hmm, and this is my story:

" Idea nak buat T-shirt ni mula muncul pada tahun lepas. Tapi hanya sekadar idea sebab takde orang sanggup.Lagipun, dah terlambat. dah nak dekat akhir tahun.Masuk tahun nih, idea tu timbul balik awal tahun harituh, muqri yang timbulkan..pastu diam 

haih, tak lama kemudian, da nak masuk bulan Julai, Mase aku jalan-jalan naek moto ngan kawan-kawan aku ternampak 2 kedai printing service.Wah, ini da bagus. Kedai tu dekat je dari rumah aku.Lepastuh, aku gi kedai survey harga t-shirt.

bentangkan kat kelas, sume setuju.aku pun go on dengan men-design corak baju. Fuyh, bukan main susah. bila tengok kos, 1 block warna=RM40 . bahagian depan/belakang dikira asing.. Search kat internet untuk dapat idea. Tapi tu sume complex sangat. mahal kalau print. 

first draft yang aku letak dekat grup Facebook kelas merupakan idea fresh aku..Masa tu, aku rasa design tu da cukup cantik dah.

Tuesday 13 September 2011

Video Lawak

Bile stress, terutamanya sebab masalah dan exam, aku suka layan video lawak. or cerita lawak or whatever yang lawak. Mari layan sama-sama video rooney ditemuramah ni. HAHAH. #LOL


BeatsPro


Sape ada nak try pinjam!! haha, nak beli sah-sah tak boleh.Tengok harga la..

Kalau korang nak tahu pasal safety tips bile dengat music guna earphone/headset, bole usya-usya link kat bawah

Fakta mengenai Virus

Video yang interaktif..Tak bosan..haha

Everytime We Touch Lyrics

Layan...

143

"Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, 
lepaskanlah dia pergi,
 jangan kau halang dia,
 andai sudah tersurat dia milikmu,
 suatu masa nanti dia pasti pulang kepadamu,
 walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa
 dan andai dikau sayangkan sesuatu benda,
 jangan genggamnya terlalu kuat,
 bimbang ianya pecah didalam genggamanmu sendiri"

Sunday 11 September 2011

Proton Saga Crash Test

Assalamualaikum..
Korang bangga dengan PROTON.. Yea, ada yang boleh dibanggakan. Ok, kali ni, aku nak tunjuk korang Video crash test yang dijalankan keatas Proton Saga. Aku tak sure berapa speed kereta ni waktu dia langgar, tapi biasanya crash test punya speed ialah 60-70 kmh. Result dia not bad la. Kereta ni bole dikatakan selamat jika bawak >60kmh..Ha, tu pun kalau korang insan yang tersangat sabar nak bawak slow mcm tuh.




Result dia aku tak nak translate. Nanti berubah maksud dia.


Occupant Protection Score 19.96 * out of 37
HIC:
Driver: 235
Passenger: 211

Model History and Safety Features:
The Proton S16 was introduced in Australia late in 2009.
The rating only applies to vehicles with dual front airbags.
These were introduced on some vehicles built from July
2010.
A pretensioner is fitted to driver seat belt to reduce slack in
the event of a crash. A two point seat belt is fitted to the
centre rear seat of some variants. This provides inferior
protection compared with a three point seat belt, as fitted to
the GXR variant.

OCCUPANT PROTECTION: 3 Stars
The S16 scored 9.29 out of 16 in the offset crash test. The
passenger compartment held its shape reasonably well.
Protection from serious chest and leg injury was marginal
for the driver.
The vehicle scored 10.67 out of 16 in the side impact crash
test. There was a high risk of serious chest injury for the
driver.

FRONTAL OFFSET CRASH TEST
Body region scores out of 4 points each: Head/neck 3 pts,
chest 2.18 pts, upper legs 1.75 pts, lower legs 2.36 pts.
The passenger compartment held its shape reasonably
well in the offset crash test. The brake pedal moved
rearwards by 136 mm and upwards 62 mm. The steering
wheel hub moved 64 mm rearward, 31 mm upward and 10
mm sideways. The front ("A") pillar moved 16 mm
rearwards. All doors remained closed during the crash.
After the crash the driver's door could be opened with high
manual effort.
The airbag cushioned the head of the driver but the head
twisted, increasing the risk of neck injury. Steering column
and dash components were a potential source of injury for
the driver's knees. The passenger's head was cushioned
by the airbag. The centre console was a potential source of
injury for the passenger's right knee.



And this is Proton Waja:




Korang tengok ok tak?? ha sekarang ni cuba bandingkan dengan kereta import pulak.:





Crash test yang ni dilakukan pada kelajuan 40mph bersamaan 64 kmh.

Yang ni Bmw X5..Bandingkan dengan Proton Exora




Crash test exora ni 54kmh. Yang BmW X5 tu lagi laju tapi tak sure speed dia.
So, apa pandangan korang?? masing-masing ade pendapat masing-masing kan..
ok, got to go. Salam :)

Freecorder 4

Assalamualaikum..
 Nice day huh?
Ok, aku sure  korang banyak view video kat internet betul tak? dan kadang-kadang korang jumpa video best. Contohnya, Music Video k-pop btol tak? then korang nak download sebab nak tengok banyak kali, tapi takde button download. jadi korang terpaksa stream video tu dari internet untuk tengok.

Dalam kebanyakan kes, korang selalu tercari-cari "youtube video downloader" betul tak? lepastu selalu ter-download software yang salah. Kebanyakannya kena bayar. Korang pun frust. Jangan risau, disini ade penyelesaian dia.

Memperkenalkan Freecorder4.AND IT IS TOTALLY FREE !!!! No hidden charges.Ha, dengan mendownload serta menginstall software ni, korang bole save terus video yang korang view dekat internet tanpa perlu mendownloadnya semula. Berbaloi bukan? Tak faham? aku bagi contoh:


1: korang stream video sampai habis.


2: nampak tak icon-icon biru tu? tekan icon sebelah kanan icon youtube tuh untuk bukak video history.



3: dekat video history tuh, select video yang korang nak save, then tekan button save tuh. (yang kedua dari atas)



4: pilih samada korang nak save as video or as mp3. Kalau mp3, dia hanya akan save music video tu.




5: ok, thats it, video yang korang save bole diakses dia  Libraries>My Documents>Freecorder4


tak faham lagi??



Ni ade video tutorial dia..

nak download?? Klik Link bawah nih, dia akan bawa korang kat webpages freecorder. lepastu korang tekanlah button download kat webpages tuh. jangan risau. Software ni 100% free!!




Dengan software ni, korang juga bole convert video, serta record audio dan banyak lagi.




Genki Sudo "World Order"

Aku suka video nih, selalu tergelak bile tengok video nih. Lagu dia pun besz jugak. Sebenarnya Amirul Hafiz yang memperkenalkan video ni kat aku tahun lepas masa aku gi rumah dia..Enjoy!

Saturday 10 September 2011

Firefox

Siapa suka guna firefox untuk surf internet?? ade? oh. takpe. tapi aku tak suka. tak tau kenapa, tapi ade certain website yang lebih sesuai jika dipaparkan menggunakan firefox browser. Contohnyer, MOE.GOV.MY. Ha, bagi korang yang nak mohon sbp macam aku, aku recommend korang pakai firefox, lebih laju dan smooth. Mula-mula, aku pakai google chrome jugak, tapi slow dan selalu server error bile isi form tuh, tiba-tiba adik aku datang, "bakpo mu dop paka firefox? laju sikik".. Aku pon, "google molek sikik.Firefox lambat load" tapi aku still try, then, aku pun terkejut, betullah, laju sikit.( actually laju banyak).






Ok, back to the topic, aku nk bercerita skit, korang tahu tak asal usul firefox? Ha, da tau? tak tau? takpe, layan..


Firefox atau lebih dikenali sebagai red panda merupakan sejenis mamalia arborial ( tinggal bergerak diatas pokok). haiwan ni comel!. Nama saintifik dia, Ailurus Fulgens . Juga dikenali sebagai Shining Cats. atau Kucing berkilat dalam bahasa melayu.








Nama dan rupa macam kucing, tapi korang salah, haiwan ni bukanlah kucing, mahupun musang. Para saintis jug apada mulanya menyangka bahawa haiwan ini adalah kucing, Namun mereka silap, Firefox ini tergolong dalam golongan Ailuridae. Firefox juga merupakan satu-satunya spicies dari keluarga ni yang masih wujud di dunia ini.Abangnya yang paling mirip dengannya iaitu Parailurus telahpun pupus 3 juta tahun dahulu.


Jadi kenapa nama dia red panda??
Sebab, ia mempunyai tabiat pemakanan yang sama seperti panda iaitu memakan pucuk buluh. Dan juga bergerak dari pokok ke pokok.


Bila ahli biologi kaji haiwan ni dahulu, mereka mempunyai tanggapan bahawa firefox ada ciri-ciri biologi kucing,Namun setelah mengkaji DNA firefox, mereka tampil dengan kesimpulan bahawa firefox sangat unik. Sama dengan browser firefox yang berbeza daripada Internet Explorer, Google Chrome, Opera mahupun Flock. ok, sume browser ni ade dalam computer aku, kadang-kadang pening jugak, sume nak jadi default browser.Haih, takde toleransi betul!


Ok, got to go, Assalamualaikum..

Friday 9 September 2011

My word

You says that im ignoring you..
But i'm not.


you always come into my mind..
and i always realize your presence around me..
even if i cant see you..
i still can feel it.. :)

New Imported Blog

Assalamualaikum..
Sebenarya dah lama aku nak tukar blog baru ni. Sbb skin blog lame da rosak. CSS code dia rosak..haha. hajat aku nak edit je, last-last rosak.Jadi hari ni, aku berkesempatan untuk eksport blog tu ke sini. Lagipun, several sebab lain kenapa aku buat yang baru.
 
Kepada pembaca cas-cas setia sume, korang jangan risau. Post-post lama still ade. Blog lama pun still ada, aku taknak delete sebab ada kenangan aku kat situ. So, mulai sekarang sebarang post baru akan dipaparkan di blog ni ye! Harap maklum, sebelum tu, berkenaan cerpen "Coretan 2031" aku tuh, aku da draft. Tapi belum siap diolah. Ha, nanti da siap aku akan post. Maybe lepas PMR lbeh kurang 26 hari lagi. Cerita tu besz, insyallah korang akan terhibur.Jangan risau. Pasal T-hirt kelas pulak, Harituh, ade masalah design sikit, sebab tu lah sekarang masih tak dapat. So, design belakang aku da tukar. SUpriSe La!! haha, harap korang suka. Design depan still sama. 

Btw, Gud Luck semua untuk incoming eXam ni!! Usaha yang berterusan diikuti doa yang ikhlas. :)
Got to Go!
SAlam..

Wednesday 7 September 2011

My Raya Pic

Haha, ni sawah padi depan rumah nenek aku, Sape perasan aku edit gambar nih..Nampak tak aku edit kat mana??
Snap dengan fon adik aku Carl Zeiss 5MP AutoFocus Nokia 79
Ha, rumput ni sebenarnya jalanraya..rumput tu hanya kat kawasan kaki aku je..yang bahagian dekat bawah gambar ni ialah jalan tar. Ni amek mse Raya ke-2..Cite raya?? Nnti la ade mase insyallah aku post.

Listen to your heart

This is Lyrics Video untuk lagu Listen To Your Heart by Roxette
Lagu ni tahun 1988, tapi bagi aku, it's still nice lah..Boleh compete dengan lagu-lagu sekarang.Tapi aku lagi suka Techno Version yang dinyanyikan semula oleh Cascada.

Nak dengar/tengok video tu, klik sini :

my Pony Tail

Ini ialah ponytail versi ubahsuai menyerupai bintang sekarang,dibuat oleh Mari Kasurinen seorang pengukir dari Finland. ha, enjoy!



laporan asal BlogSerius

Create the next Nokia Tune

Kamu ada fon nokia?? haha.. kalau tak pun, korang mesti dengar Nokia tune kan? ha, default ringtone tu lah.. Ha, video ni berkenaan evolusi tune tersebut.1994 sampai 2011, Ha, nice disebabkan aku pun pengguna setia nokia sejak 2007.Ha.. Korang ada idea untuk compos tune baru untuk nokia tune?? Ha, take a look at this website http://nokiatune.audiodraft.com/

Everytime We Touch Lyrics

By Cascada