Alhamdulillah,
selsesai sudah proses menempah t-shirt kelas untuk tahun ni. Ha, this is the first time so kitorang sangat excited. Sekarang ni, tinggal proses mengedarkan baju tu je. Ok, aku nak share lah pengalaman buat t-shirt ni, bagi yang nak buat t-shirt, ape yang ada ialah :
1. Minat: korang takkan berjaya buat t-shirt tanpa minat. Sebab procedure dia banyak. tak percaya? hmm. suka hatilah. Tanpa minat, korang akan bosan berulang-alik ke kedai tu dan last-last korang akan pass tugas ni kat orang lain atau cancel je terus.
2.Keihklasan: hanya hati yang ikhlas sahaja yang bole buat t-shirt ni. Kenapa? sebab, kalau korang sanggup untuk pegang amanah untuk buat t-shirt untuk kawan-kawan kerana ingin mendapatkan untung, tak berbaloi dengan usaha yang korang kene buat. Kalau nak untung, korang terpaksa charge harga yang mahal kepada orang yang nak beli t-shirt tu. Aku pun nak buat mcmtu, tapi bile difikirkan balik, dorang sume tu member aku, ape salahnyer aku buat amal sikit.Tahun depan maybe dah takboleh nak buat sebab ramai nak pindah. So, keputusan yang aku buat, biarlah aku mendapat ganjarannya dekat alam yang satu lagi.
3.kerjasama kawan-kawan : ni pun penting jugak, kawan-kawan yang liat nak keluarkan duit, cerewet dan lain-lain akan menyusahkan korang. Bagi yang cerewet tuh, kalau setakat kutuk baik tak payah. bagi la cadangan yang bernas.Baru bole improve.Kesian tau,ingat nk design tu senang?? kalau sketch kat kertas tu boleh tahan lagi. kat komputer?? leceh giler. banyak tool. nak insert bende nih, bende lain pulak rosak . data lost lah, macam2.
Oklah, dah ade 3 main things ni, bole teruskan next step,
Hmm, and this is my story:
" Idea nak buat T-shirt ni mula muncul pada tahun lepas. Tapi hanya sekadar idea sebab takde orang sanggup.Lagipun, dah terlambat. dah nak dekat akhir tahun.Masuk tahun nih, idea tu timbul balik awal tahun harituh, muqri yang timbulkan..pastu diam
haih, tak lama kemudian, da nak masuk bulan Julai, Mase aku jalan-jalan naek moto ngan kawan-kawan aku ternampak 2 kedai printing service.Wah, ini da bagus. Kedai tu dekat je dari rumah aku.Lepastuh, aku gi kedai survey harga t-shirt.
bentangkan kat kelas, sume setuju.aku pun go on dengan men-design corak baju. Fuyh, bukan main susah. bila tengok kos, 1 block warna=RM40 . bahagian depan/belakang dikira asing.. Search kat internet untuk dapat idea. Tapi tu sume complex sangat. mahal kalau print.
first draft yang aku letak dekat grup Facebook kelas merupakan idea fresh aku..Masa tu, aku rasa design tu da cukup cantik dah.
Bile ada yang kritik, panas la jugak hati ni sebab aku buat bende ni sampai aku tidur lewat malam tuh. bangun pagi sok mengantuk giler, tapi tahan jgak sebab nak gi sekolah.
a few days later, aku still takde idea, dalam masa yang sama, aku call kedai tuh, dia kata, kena tunjuk design baru boleh tentukan harga.So, i came out with new design. Yang ni aku nak tunjuk kat kelas,supaya semua bole tengok. Nak print, alarm printer menyala "run out of ink.Please replace catridge" aku pun macam, ya allah, dugaan, exam da nak dekat. masalah pulak tak pernah kurang. So, naseb baiklah ade bestest fren aku still on fb dia malam tuh. So, aku send kat dia. mintak dia print then bagi kat aku pagi esok.
Pagi tu, dia bagi aku design tu kat sekolah, aku pon tampal dekat papan kenyataan kat kelas, ade yang sokong, ade yang bantah. design tu yang draft, Aku kne buat satu lagi draft mirip dengan sebenar untuk dihantar ke kedai untuk di tentukan harga. kira punya kira, lelaki Rm29 perempuan Rm22. 1 week before puasa. Aku pun umumkan kat kelas untuk bayar. Fuyh terharu lah bile korang bayar cepat giler. Pagi tu aku cakap, Tusyen malam tu, Zainab terus bayar. Ur most sporting cendekians weyh!! lepastu Pidin bayar diikuti denagn Amir, Arif and so on..
Bila da tampal dekat kelas tuh, aku terima banyak sangat feedback. yang paling banyak dari Muqri lah, mengalahkan perempuan cerewet dia.haih.Mesti lambat kahwin nanti..Haha..ok tak lawak, aku harap ko jumpa jodoh pada waktu yang sepatutnya. Korang kene berterima kasih jugak kat muqri. Dia bagi komen disertai cadangan. Kire ok lah tuh. At least komen dia ade point.
Kat sekolah, soal warna still tak settle..Haih.Susah sengoti. Dipendekkan cerita, warna settle, aku pun move on next step, Collect order, susah seyh! Data yang aku dapat tak sama lansung dengan anggaran. 34 helai menjadi 43, jenis kain pon dah berubah, lelaki nak yang round neck cotton. sebab murah sikit, haih, dah lah mase bulan puasa.Penat fuyh! takpe tahan, balik sekolah, aku gerak gi kedai nak conformkan harga sekali lagi.Bagi maklumat tempahan, jenis, contact. Dia kata dia akan cuba sebelum raya. Dan dia nak maklumat Saiz.
ya allah, part ni paling leceh, nak collect saiz, dorang pulak nak sample. aduyh, mane nak cari?? tapi aku taknak kata tak boleh sebelum mencuba, so, petang tuh, sebelum berbuka, aku gerak lagi kedai tuh, tanya pasal sample, sample dia gantung kat dinding kedai, aku cakap la nak pinjam, sebagai cagaran, aku nak bayar harga dia, tapi dia kata kena cakap ngan bos dulu. Bos pulak takde kat kedai tuh. Haih, so, aku tengok, agak-agak, aku pinjam baju adik aku, bawak kat sekolah. Settle bahagian nih.
da dapat maklumat saiz, aku call kedai bagi malumat tuh, dia kata, ok, design dia dah terima, maklumat tempahan lengkap, bile aku bayar deposit, da boleh start. so, oleh kerana malam tarawih, aku hanya bole gi kedai petang je lah, kadang2 stay kat skola, balik tak sempat. One day, aku balik awal naek komuter sebab nak bayar deposit nih, alhamdulillah, selesai 30%. Muqri kat sekolah selalu berangan pakai baju kelas, tapi aku tak bagi, aku cakap kat dia, ni baru 30%, lagi 70% of the process tak selesai, jangan sure sangat the remaining % tu takde masalah.
Kata-kata aku betul apabila 2 weeks later, kedai tu call, kata design belakang tak boleh pakai. Dia ada bagi design yang dia buat:
So, aku post kat grup cendekia kat facebook, dorang kata ok, tapi ade yang kata tak cantik, aku pun nampak macam tak cantik, aku pun berhempas-pulas cari idea ,simple tapi smart. Simple tu susah, idea kat dalam minda aku banyak, tapi complex sangat. Lebih kepada seni daripada t-shirt. So, aku berjaya design the final design yang kita guna sekarang. Fuyh, ingat tu suma! aku reka tu sambil mamai pada pukul 12.30 pagi.
Ok, submit.
On the next day, dia bagi aku design yang akan diprint.
Font dia tukar sebab font asal takleh didetect oleh software dia.
aku pun buat la a few adjustment.
Sehari kemudian, dia hanta lagi yang design confirm,
Aduhai, dia salah tulis nama pulak!!
aku pun betulkan dan mintak dia bawakkan corak tu keatas sikit.
Then 2 hari lepastuh, dia hantar lagi.
Alhamdulillah, ok pon, so, aku bagi green light untuk print. Memandangkan masa tu pun dah 4 hari sebelum raya, lambat lah dapat.
Seminggu kepas raya, aku tanya progress sebab member-member kat kelas sume dah menanya. Tak kurang juga yang tersasul.
"Bal, bile nak dapat baju raya?"
dan juga
"Bal, bile nak dapat baju sukan?"
gempak ah imaginasi korang. aku pun taktau.Then, aku mendapat khabar berita:
" Insyallah next week start print, baju dah sampai, block dah ready"
Whoa...asal cepat lah kan, tapi takpe.sabar.lagipun, mase tu trial, jadi sume busy, tak kesah pasal t-shirt.
2 weeks later, aku tanya lagi, "ape perkembangan tshirt?"
"Tshirt dah siap, selasa boleh datang collect. Hari ni dengan esok abang outstation"
Oh, alhamdulillah, aku tak sabar giler time tuh. Tak sabar untuk melepaskan beban tanggungjawab nih.
Keesokan harinya aku balik awal sebab ade exam,aku tidur atas katil pink aku tuh. Then, my phone rings. Aku anggkat, dengar suara perempuan, tapi aku cam tu suara akak yang jaga kedai tuh sebab da banyak kali call and jumpa kat kedai. Dia kate "tshirt dah ade kat kedai, bole ambil bila-bila u free."
Malam tu jugak, aku gerak gi kedai gi amek t-shirt.Wuah..Excited giler, sampai rumah, aku amek yang aku punya.haha, easy to spot sebab aku punya dengan muqri custom style, ade kolar.Haha,Then aku tag kan nama dekat plastik baju sorang-sorang supaya senang nak edarkan.Last-last, 1 baju kurang..Ya allah, ingatkan masalah da selesai, rupanya tak, so, aku inform kat kedai, dia kate nanti dia check denagn staff priduction dia, so, aku simpan dulu t-shirt tuh.Nak bagi sume. Baru adil kan?
Esoknya, adik aku bawak fon aku gi lawatan, kedai tu ade text aku tanya detail baju yg kurang tuh,.tapi aku lambat jawab.dah malam, so, kne tunggu esok baru bole.
Pagi tadi, mase gi seminar arab, dia ade call, tanya pasal tu lagi. aku pun bagitau. Hurm, maybe dalam seminggu bole dapat kot.
Kepada member-member sume! sabar tau!
This is the tshirt:
p/s: Sori tak clear, camera phone je..
3 comments:
brape punye banyak da name ak ko sebut...
sumpah style kau bal!!! shine2 gile, sabar mengharungi semuanya cehh. terharu aku bace cerita kau ni HAHAAHA
assalamualaikum .
saya nak tanya nihh
awak design baju kelas tu guna software ape ??
Post a Comment