Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Saturday 10 September 2011

Firefox

Siapa suka guna firefox untuk surf internet?? ade? oh. takpe. tapi aku tak suka. tak tau kenapa, tapi ade certain website yang lebih sesuai jika dipaparkan menggunakan firefox browser. Contohnyer, MOE.GOV.MY. Ha, bagi korang yang nak mohon sbp macam aku, aku recommend korang pakai firefox, lebih laju dan smooth. Mula-mula, aku pakai google chrome jugak, tapi slow dan selalu server error bile isi form tuh, tiba-tiba adik aku datang, "bakpo mu dop paka firefox? laju sikik".. Aku pon, "google molek sikik.Firefox lambat load" tapi aku still try, then, aku pun terkejut, betullah, laju sikit.( actually laju banyak).






Ok, back to the topic, aku nk bercerita skit, korang tahu tak asal usul firefox? Ha, da tau? tak tau? takpe, layan..


Firefox atau lebih dikenali sebagai red panda merupakan sejenis mamalia arborial ( tinggal bergerak diatas pokok). haiwan ni comel!. Nama saintifik dia, Ailurus Fulgens . Juga dikenali sebagai Shining Cats. atau Kucing berkilat dalam bahasa melayu.








Nama dan rupa macam kucing, tapi korang salah, haiwan ni bukanlah kucing, mahupun musang. Para saintis jug apada mulanya menyangka bahawa haiwan ini adalah kucing, Namun mereka silap, Firefox ini tergolong dalam golongan Ailuridae. Firefox juga merupakan satu-satunya spicies dari keluarga ni yang masih wujud di dunia ini.Abangnya yang paling mirip dengannya iaitu Parailurus telahpun pupus 3 juta tahun dahulu.


Jadi kenapa nama dia red panda??
Sebab, ia mempunyai tabiat pemakanan yang sama seperti panda iaitu memakan pucuk buluh. Dan juga bergerak dari pokok ke pokok.


Bila ahli biologi kaji haiwan ni dahulu, mereka mempunyai tanggapan bahawa firefox ada ciri-ciri biologi kucing,Namun setelah mengkaji DNA firefox, mereka tampil dengan kesimpulan bahawa firefox sangat unik. Sama dengan browser firefox yang berbeza daripada Internet Explorer, Google Chrome, Opera mahupun Flock. ok, sume browser ni ade dalam computer aku, kadang-kadang pening jugak, sume nak jadi default browser.Haih, takde toleransi betul!


Ok, got to go, Assalamualaikum..

No comments: