Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Thursday, 7 June 2012

Ceritera KISAS #2 ( FITRAH )

Cuma nak share sedikit ilmu yang saya dapat semasa dok KISAS.



Allah telah menciptakan manusia dari kalangan lelaki dan perempuan.Dengan fitrah dan tanggungjawab masing-masing. Kadangkala kita sebagai remaja tidak mengambil berat tentang tuntutan fitrah kita masing-masing. Kita haruslah sedar bahawa fitrah kita tidak lagi sama dengan fitrah kita semasa kita di alam kanak-kanak. Sedar ataupun tidak, sejak bermula akil baligh, kita sudah mula berubah kearah kedewasaan dari segala aspek : jasmani, rohani, emosi dan inetelek. Jasmani kita sudah berbeza dengan kanak-kanak, Kita mula memahami aspek rohani di dalam diri, Emosi kita tidak lagi sama seperti kanak-kanak dan Kita mampu membuat keputusan yang tidak boleh difahami oleh kita sendiri 10 tahun yang lepas.

Di sini, saya ingin menyentuh tentang salah satu daripada fitrah-fitrah tersebut iaitu ; fitrah perempuan yang memerlukan kerana ingin diri mereka disayangi, dilindungi, dibelai, dibimbing dan dijaga. Begitu jugalah fitrah lelaki yang umumnya memenuhi segala fitrah perempuan tersebut iaitu mahu merasa diri ini diperlukan untuk menyayangi, melidungi, membelai, membimbing dan menjaga. Maha suci Allah yang telah menciptakan aturan yang saling melengkapi. Jalan yang disediakan oleh Islam untuk menzahirkan fitrah ini ialah melalui ikatan perkahwinan. Namun, di dalam konteks remaja, bukan masanya lagi untuk kita mengenali "Kaum" yang satu lagi. Kita mempunyai keutamaan yang lebih penting iaitu ilmu. Hal ini kerana di dalam Ceramah Ustazah Bahiyah dan suaminya di Masjid Sultan Sulaiman ( Berdekatan dengan KISAS) beliau pernah menyebut ; carilah suami kamu berdasarkan 3 perkara. ( Tak ingat semua. nanti check balik dekat buku tazkirah ) Salah satu daripadanya ialah ILMU. Nyatalah bahawa menuntut ilmu yang secukupnya adalah penting sebelum berkahwin.

Saya ingin membawakan satu situasi,
Kebanyakan pelajar sekolah menengah di asrama juga terkesan dengan tuntutan fitrah ini selagi mana mereka adalah makhluk bergelar manusia
.Pelajar perepmpuan tertamanya. Jika dahulunya, mereka di rumah ada ibubapa yang akan melengkapi fitrah tersebut. Tetapi di sekolah berasrama penuh? Mereka memerlukan seseorang untuk menyayanginya, melindunginya, membelainya, membimbingnya dan menjaganya. Ada yang menyatakan bahawa mereka ada kawan-kawan sama jantina yang akan mengambil alih tugas-tugas ini. Akan tetapi masih ramai yang tertarik dengan rakan berlainan Jantina. Mengapa? kerana ini adalah fitrah. Pelajar lelaki pula selalunya apabila mereka menyedari seseorang rakan perempuan mereka sering mendampingi mereka, meminta pertlongan mereka, meluahkan perasaan kepada mereka., mereka yang tertarik kepada rakan perempuan mereka tersebut kerana mereka rasa diperlukan kerana fitrah seorang lelaki yang mahu merasa diri mereka diperlukan.

Fitrah yang suci ini boleh membawa kepada keburukan jika tidak dikawal dengan betul.Ia boleh membawa kepada keburukan yang sangat banyak seperti pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa kepada kesan buruk lain yang anda semua sedia maklum. Beginilah, . Caranya, Kawal Nafsu. Bagaimana? Berpuasa. Ini adalah saranan daripada Nabi Muhamma SAW sendiri. seterusnya, mintalah nasihat daripada orang yang lebih mengetahui seperti guru, ibubapa atau adik-beradik yang lebih tua. Kebanyakannya, nasihat mereka lebih bernilai daripada nasihat rakan-rakan.

Saya ingin membawakan satu kisah yang dipetik dari majalah solusi yang terdapat di musolla saidina ali di aspura KISAS. Kisah tersebut memperihalkan sepasang suami isteri yang sudahpun mempunyai anak. Si isteri boleh dikatakan sebagai seorang SUPERWOMEN kerana dia melakukan hampir kebanyakan tanggungjawab dalam rumah tangga termasukalah tugas suaminya. Katanya, ingin meringankan tugas suaminya. Mengambil anak di sekolah, belanja dapur, makan,minum, bayar duit rumah, kereta. Jika ada seseorang menanyakan kepada suaminya tentang isterinya, maka sudah tentu dia akan menjawab bahawa isterinya cukup sempurna. Akan tetapi si suami mula merasakan dirinya tidak diperlukan lagi kerana si isteri telah melakukan kesemuanya.

DI tempat kerja, si suami mempunyai rakan sejawat yang merupakan seorang janda berank satu yang baru sahaja bercerai . Dia selalu meminta pertolongan terhadap si suami ini. Dia juga sering bertanya pendapat untuk menyelesaikan masalahnya. Selang beberapa lama kemudian, Si suami ini berkahwin dengan janda tersebut. Kerana dia merasakan dirinya diperlukan. Begitulah fitrah seorang lelaki. Tatkala si isteri pertama mengetahui hal ini. Hanur luluh hatinya. Apakah dengan segala yang telah dilakukanya masih lagi tidak cukup sehingga suaminya mencari isteri baru? Cukup. semestinya cukup. Tetapi dia telah melanggar fitrah yang telah ditetapkan dengan melakukan tanggungjawab seorang suami sehingga berlakunya peristiwa tadi.

SOrry For  ThE LOng POsT..
HArap dDapAt AMmbill MaNFaAt.
Kalau salah tolong tegur ye :)


No comments: