Dari Facebook saudara Fiq Mohd.
Assalamualaikum…ni ada sedikit ilmu daripa Sesi Sembang
Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan raja lawak pada malam
‘count-up’ (31/12/11,sabtu)..
1. Apakah Hukum sambut countdown…?
UAI:”countdown tu mende”…??
Zizan: !@#$*…emm..”count tu, kire..down tu, bawah…2011 ke
2012..”
UAI: “count up la gitu..11 ke 12….”
zizan: !@#*…. =)
Kata ulama’ countdown bukan perayaan…ianya jatuh haram
mengikut cara(perbuatan) kite…jatuh haram sekiranya sambut dengan buat
maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll….
2. Apakah hukum main bunga api…?
Ulama’2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada
membazir = tidak harus…samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun
kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir
berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2,beribu2 ringgit…kalau bunga
api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2
ribu ringgit, pembaziran yg nyata…
3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi…smpai kt lampu
isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika
itu,jalan sunyi…
Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan
rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu
isyarat x?tiada sbb jln kampung xsibuk… Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan
lain ketika itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd
org lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2 ALLAH(Quran),tak
boleh diubah sampai bile2…
4. Betul ke alat muzik tu najis..?? UAI:
“Betul…..sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu”…
Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan… kalau
binatang,anjing & babi..haiwan mati(bangkai) juga najis.. Jika main alat muzik
sampai lalai,tu yg jd haram… bunyi2-an ni dibenarkan… dalilnya, dalam kitab2
bab Nikmat Syurga = Allah ada sediakan bunyi2-an didalam syurga nanti…
5. “Isteri kena hiburkan suami dirumah…kalau suara isteri
xsedap kena nyanyi jugak ke…?”
Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan ksh syg dlm rmh
tgga… hiburkan suami bukan dgn nyanyi je.. mcm2 cara boleh…isteri hiburan suami
dr hujung rambut smpai hujung kaki.. dgn cara ckp boleh hiburkan
suami.. cara berjalan…ni tidak,bile kt opis berjalan “catwalk”..dlm rumah
plak “elephantwalk”…=) cara layanan juga hiburkan hati suami…dll…
6. Hiburan itu haram sebab melalaikan…ape pendapat ustaz…
Manusia mmg suke kpd permainan & hiburan.. Islam bukan
agama menghalang(semuanya haram) tetapi agama mendidik..hiburan dibenarkan cume
kite yg xpandai jaga diri (lalai dr perkara wajib,mabuk,maksiat)…tu yg jd
haram tu..Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja @ beribadah.. boleh
bermain supaya xbosan..Allah juga hendakkan supaya hamba2nya sihat n cergas
untuk melakukan kerja n kewajipan2 lain..niat dlm hati, hiburan kerana Allah…
7. “Saya tgk vcd kuliah Ustaz…ustaz kate,perempuan xwajib
pakai tudung..lepas tu vcd lekat..xleh nk tgk ayat seterusnya”.. betul ke
perempuan xwajib pkai tudung…??
Betul perempuan xwajib pakai tudung…yg WAJIB ADALAH TUTUP
SELURUH AURAT… aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat
oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat dalam
(tudung nipis bayang) haram jgk…kalau pkai tudung tp rambut keluar(jambul) haram
jgk.. pakai tudung tp pkai baju lengan pendek,haram jgk…pakai tudung
singkat,haram jugak..jd tutuplah aurat..WAJIB..faham molek..
8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas
peha…batal tak..?
UAI:”Batal…sekiranya si ayah terkentut”…
Tak batal sebenarnye..kecuali jika si anak itu dalam keadaan
bernajis… dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah sedang sujud,cucu baginda
iaitu saidina hussin tibe2 naik atas belakang baginda..baginda sujud
lama2..tidak terus bangun kerana fikirkan cucunya xpuas lg bermain dan
juga bimbang sekiranya saidina hussin terjatuh jika baginda bangun… dalam
solat,boleh meraikan kanak2…
9. “Babpe (sebab ape/kenapa) ustaz tak berpasangan ngan
zizan masuk raja lawak…?”
Ustaz mengajar untuk tarik minat orang muda..kalau mengajar
lurus mendata(straight) aje, orang muda xberapa suke…datang 2,3kali pastu xdtg
dh sbb bosan…kena pelbagaikan cara.. Alhamdulillah,orang muda datang
kuliah…yang xsuke datang kuliah,jadi suke datang kuliah…kite nk hasilnye….
10. “Saya suka tengok cerite hantu…sampai takut nk gi ke
dapur waktu malam..isteri saya lagi la takut…” Apa hukum
tengok cerite hantu…?
Sengaja tengok suatu bende yang buat kite takut, tetapi
bende takut tu xdk faedah = Makruh… Kalau tengok suatu benda yg membawa takut
kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati = Sunat… Jika takut pada
bende yang hanya lakonan(filem/drama)..? = maknenye kite ‘tak sihat’…=)
11. “Saya nak derma tabung masjid rm10..tetapi terambil
duit rm50 dan termasuk ke dlm tabung masjid..boleh tak saya nak mitak balik(baki)…?”
Boleh mitak balik…dengan syarat kena bersumpah dulu…jika
imam x yakin dengan dia,imam xwajib bagi… fikirkan hikmah…mungkin Allah nk bg
ganjaran yg besar pd kite…redha aje lah…
12. “Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji,
sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk”
wanita mcm bdk2…suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk
mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah…mcm juga wanita, padahal
baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg
cantik.. memang tugas suami cari duit, isteri habiskan duit..kalau bukan
isteri yg habiskan duit, siapa lg…kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli
periuk,kuali,dll…suami jgn marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak,
jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll…
13. “Saya rajin berkerja,taat perintah agama,solat
xtinggal…boleh tak nk jd menantu ustaz..?”
Boleh…dlm hadis pon nabi berpesan,jika ada seorang lelaki yg
beragama dtg meminta anakmu,maka segerakanlah menerimanya… nabi tak syaratkan
mengambil menantu yang PANDAI AGAMA ( ulama,ustaz,al- hafiz)…tetapi cukuplah yg
JAGA AGAMA(bersolat 5waktu,berpuasa penuh,dll)…
14. Apakah hukumnya mengambil wudhu’ dalam keadaan
bogel..?
“Ulama’ sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu’
berbogel….di khalayak ramai”…=) Jika didalam bilik air rumah hukumnya makruh…
*Ni je yang sempat saya ambil..Jika ada salah dan
silap..silalah tegur…kerana kesilapan itu dtgnye drpd kelemahan diri sy
sendiri…sama2 kite belajar(menuntut ilmu) mencari redha Allah dan juga
sama-samalah kita berkongsi2…=)…
Copied and Pastes from :
No comments:
Post a Comment