Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Tuesday 18 December 2012

Bring Phone to school?


Yes , belum timbul keperluan mendesak untuk menggunakan telefon bimbit or henset dekat sekolah, Tapi membawanya ke sekolah hampir menjadi keperluan. Why? sebab kegunaannya bertukar daripada menganggu kepada keperluan selepas waktu sekolah. Sebab apa? Kalau sekolah harian, bukan semua orang   rumah dia sekat sebelah sekolah. ada yag naek bas,ade yang jalan kaki,ade yg bawak moto ke sekolah, ade yg parents hantar. Ade beberapa situasi yg boleh dielakkan dengan membawa telefon ke sekolah.

1. Moto rosak tengah jalan. kalau rumah dekat takpelah. kalau jauh? nak buat ape? tolak moto sampai kedai? kalau takde kedai? Mintak tolong orang lalu lalang? <- its not safe mengikut pengalaman aku sendiri. Lepastu lambat sampai rumah, Parents risau. parent gi cari. lepastu jumpa kat tepi jalan. Tapi ia memakan masa. start daripada moto rosak sampai lah mak ayah dia jumpa dia. paling-paling kejap pun 2 jam lebih.

 Tapi kalau bawak fon, boleh contact terus bgitau moto rosak. Kalau ade member yg reti bab-bab moto, boleh hello terus. Bende insyaAllah boleh selsesai lebih kurang 30 minit je.

2. Perents ade urgent meeting. Takde sesape boleh amek. Dua-dua ade hal . memang jarang berlaku tapi still bole berlaku. tak sempat nak inform. anak dia dok tunggu lah kat depan pagar. kalau dia tau parents dia ade meeting maybe dia dah usaha tumpang kawan awal2 tadi. sekarang semua dah balik..nak guna Public phone ade duit syiling. dia pun pergi lah ke dalam sekolah mencari cikgu yg masih belum balik or terus ke pejabat call mak ayah. Ayah tak angkat sebab tengah meeting. Emak angkat bagitau ade hal, stay lah rumah kawan kat depan sekolah sampai petang, mak ambik lepas balik kerja. Memang boleh selesai masalah nih tapi lambat dan menyusahkan diri dan orang lain.

Tapi kalau bawak hanset, sebelum ayah dia masuk billik mesyuarat. dia boleh text anak dia.
 " Daddy ada meeting, Mama Ade hal, tak boleh ambil ________.
   Tumpang jiran sebelah. Daddy dah bagitau dia. Keluar cepat sikit
   Sebab di anak amek anak dia pulak dekat SK*blablabla*.
   Love you, Dad                                                                          "

3. Kalau duduk kat asrama, nak call mak ayah dekat rumah kena beratur dekat public phone. Kadar panggilan sangatlah mahal. iTalk pun lebih kurang jugak. Duit syiling kena standby banyak. Baru cakap 5minit dah habis duit. Baru lepas call mak. belum lagi Kakak dekat U, Kawan-kawan ....aduhai.

Tapi kalau bawak henset, mudah, Banyak pakej-pakej yg ditawarkan. Maxis Activ10, YouthClub, Celcome School of X. semuanya murah-murah. Kalau tak sempat call, boleh text je. baru 1sen. paling mahal pun 7sen.

Tapi tak dapat dinafikan banyak jugak keburukan yang disebabkan oleh pembawaaan telefon bimbit ke sekolah.

1. Pelajar kurang fous dalam kelas
 Kalau dah bawak hanset, mesti nak guna. dalam kelas pun tak berkecuali. masa cikgu tengah mengajar dok sibuk texting,calling,maen game,internet.

cadangan penyelesaian: HARAMKAN pada waktu pembelajaran. Hanset kena letak dekat locker belakang.

2. Kehilangan
Pelajar zaman sekarang punya hanset memang tak dapat dinafikan. mau beribu hargenye. dengan GalaxySIII, iPhone5, dan sebagainya lah. Jadi kalau hilang memang akan mencetuskan kerugian yang besar, perasaan pelajar mungkin terjejas. lepastu boleh timbul kes tuduh menuduh, dan kemudiannya boleh mengakibatkan pergaduhan.

cadangan penyelesaian: tetapkan harga maximun bagi hanset yg boleh dibawa ke sekolah/asrama. Bawah RM150 pun dah boleh dapat banyak model handfon. Hilang tak terasa sangat.

3. Hiburan yang melampau (situasi asrama )
Henset sekarang mempunyai pelbagai apps seperti games, music player, video player, camera dan sebagainya. Sudah tentulah pelajar banyak menghabiskan masa dengannya. Akibatnya, tidur malam akan menjadi lambat, masa lapang tidak digunakan dengan berfaedah. Menyebarkan benda-benda tak senonoh seperti video lucah melaui bluetooth. Merakan aksi-aksi yang boleh mengaibkan orang. dan menggunakannya untuk tujuan ugutan.

cadangan penyelesaian : tetapkan ciri-ciri henset yang hendak dibawa ke sekolah hanya mempunyai kebolehan SMS dan Call sahaja, yang lain-lain tidak dibenarkan.

4. Bill elektrik 
Mahal sebab pelajar dok charge henset.

cadangan penyelesaian : Kenakan Yuran charge henset RM5 ringgit sebulan contohnya. Dikenakan kepada pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah.

5.Penggunaan tidak terkawal
pelajar akan menggunakan hanset secara tak terkawal.

cadangan penyelesaian : Wujudkan garis panduan penggunaan Hanset kat sekolah. Tempat larangan henset, Waktu larangan henset dan sebagainya.

Banyak lagi kalau nak cakap pasal bawa henset ke sekolah nih. tapi cuba kita tengok MRSM,  mereka membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah dengan peraturan. pelajar-pelajar mereka tetap cemerlang dalam pelajaran.

Peraturan Hanset MRSM :






3 comments:

cik joyah said...

mrsm mersing ni sblh skola aku je and yes, dorg ok je bwk. xprnh lak aku dgr fon hilang ke apa

Kuih kering wan noriah alor gajah said...

Tu sbb mrsm mersing ranking 40 dr 51 mrsm seluruh malaysia. Terlalu bebas pengunaan hp pun melalaikan. Kalau mrsm ada hp baik anak2 duduk sekolah dirumah ibubapa boleh pantau. Kalau asrama siapa nak pantau kalau tengok bahan2 lucah, bercinta bagai.

Anonymous said...

mrsm kkb pun boleh bawa handphone tapi ranking ke 10 ...