Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Tuesday, 29 November 2011

Hujan

Mengapa Hujan Boleh Membuatkan Kita Demam?

Sekarang sudah masuk musim hujan dan ramai juga yang mudah terkena demam jika terkena air hujan. Ketika masih kanak-kanak, emak selalu berpesan " jangan main hujan nanti demam!" jerit si emak sehingga kedengaran sampai kehujung rumah jiran sebelah.

Kenapa ya, kalau terkena hujan kita akan demam? sebenarnya apa yang membuatkan kita demam adalah kerana perbezaan suhu pada tubuh kita. Apabila terkena hujan, biasanya bahagian kepala akan kebasahan akan menjadi lebih dingin daripada bahagian tubuh yang lain. Sebab itu kadangkala kita akan rasa pening apabila terkena hujan.

Namun, jika seluruh badan kita yang terkena hujan, tidak mengapa pula, kita tidak akan demam.

Ini kerana tubuh kita mempunyai suhu yang sama. Tambahan pula jika kita bermain dalam hujan, tubuh kita akan menjadi panas. Dengan itu badan kita yang panas boleh menahan suhu sejuk yang disebabkan air hujan.

Jika terkena air hujan, maka kita harus mandi, lebih bagus jika dapat mandi dengan air panas. agar suhu badan kita kembali stabil. Tekanan udara yang rendah seperti hujan, mendung dan kelembapan tinggi adalah punca yang menyebabkan kanak-kanak mudah terkena demam.

Credit to someone :)
Copied and pasted from someone :)


No comments: