Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Tuesday, 14 June 2016

Reunion Tachdominians @ Pengkalan Balak


First thing first, ape tu tachdominian?
well, itu lah nama batch hybrid gabungan batch desi kmns tachinks leley 1415 dan fesi anak-anak dom 1516. okey, settle bab nama, kita go on ke fasa ceritatera kami. muehehe.

reunion kitorang ni diadakan pada hujung minggu mse akhir januari lepas. tak ngat lah tarikh exact. haha. sorreyh. okey, actually,  aku macam tak dapat pergi reunion ni sebab takde duit yang mencukupi. huhu. tapi bila dah reramai ajak, i couldnt resist laaa,

pum pang pum pang, maka tibalah malam sebelum reunion tu berlansung. semua rasa eksaited. huhu. bagi yang handle tu pulak mesti rase nerves lah. sebab takut reunion tu tak berjalan seperti yang dirancang. huhu, malam tu, kecoh kat group pasal transportation. Tapi, berkat ilmu dan pengalam masa jadi fesi dulu, bnde tu boleh ditackle kejap jeh. haha. settle. Kitorang car pool kereta, dalam 6-7 buah kereta yang join. bersempit-sempit lah sikit. jumlah yang hadir semua dalam 30 +-.

SABTU

Pagi tu, sape yang handle dah gerak ke pengkalan balak . untuk urusan chalet ape sume tuh, so, aku yang tak handle ni pergi lah basuh kereta dulu. balik tu bungkus-bungkus baju sikit, then gerak ke komuter Bangi untuk pickup am dengan jihah dengan bahirah. Next, kitorang gerak ke Seremban, tunggu member kat sana pulak. Dah complete semua penumpang, gerak kat tempat kumpul lepastu gerak ke pengkalan balak skali dengan kereta papa dengan kereta haikal. so, dari seremban, ade 3 kereta konvoi.

dalam tak lama sebelum asar, kitorang semua selamat sampai. peringatan, sape yang nk konvoi dengan papa, pastikan korang boleh keep up. Papa drive laju wooo. sampai-sampai sana, ape lagi huhahuha dengan memeber lama lahh. haha. lama beb tak jumpa.

lepak kat Warung makan depan chalet


masa ni sebenarnya ramai yang lapar tapi semua simpan perut untuk BBQ malam ni. OPSS!! terkantoi aktiviti malam ni. hehe. masing-masing bercerita pengalaman masing-masing kat U baru. ade yang dapat gepren baru. boipren baru pon ade gak. tak lupa jugak sedikit throwback kenangan mse kat banquet aka rumah tumpangan. huhu.

Next, bila matahari dan tak berapa panas, kitorang semua pon terjun ke laut lah. haha. Bagaikan mermaid ( Syu ) jumpa ayaq nohh..

Kat belakang tu ade papa. carilah. hehe


masa ni tak banyak ambik gambar. Huhu semua dok khusyuk enjoy the moment. kitorang maen bola tampar dalam air, main simbah-simbah air kat budak pmpuan yang taknak mandi. haha, cara dia? kitorang campak bola kat pasir, Pastu kitorang mintak la budak pmpuan kat tepi tu pass kan,. bila dia dah dekat ngan gigi air, haaa, SERAAAANG!!!!. hahaaahahah. jahat en? muehehe.

Dah basah, maka duyung-duyung pon naek ke darat

Duduk kat tepi pantai, borak-borak sambil tgk sunset.
 yang ada iPhone tu buat lew timeplase

Malam tu, lepas maghrib kita Start BBQ!!!! oyeah.. bbq nk cerita jugak ke mcm mana berlansung? takyah lah eh. nak makan. babai! hehe.

Ninja bakar ayam

sementara tunggu makanan masak, kitorang pun berkenalan lah dengan senior bacth2 lepas.

Ade lagi kat bilik tengah bersiap. hoho


Masa ni lah jugak baru tahu , oo senior ni sama u dengan aku. haha,

Lepas tu, makanan pon siaaap.. haha. sorry takde gambar. semorang sibuk melahap. haha. ape? alaa, jangan la sedih. okey la okey la, nah aku payung sekeping dua.

tak tahu la kenapa semua gambar ade syaff dalam tu


Habis tu, kitorang pon teruskan ke sesi karok bersama papa., 


tak tahu la ape yang papa tengah buat. kena tanya dia sendiri lah. hehe





karok punya karoks, malam tu jugak kitorang buat sepraise bithday Naja dengan Sarah Koh. hoho. tokojuit deme. tapi control. haha. Sorry ye kepada sesiapa yang menginap chalet tu malam tu, kitorang bising sikit je. sikit. hehe. 

Dah penat karok, sambung lepak dengar cerita Papa sampai pukul berape pagi tah. aku tidur awal . sebab dah koyak abes ni, mata pon sbelah je bukak. lagi satu dah tidur.


AHAD

Pagi tu, bangun awal,...lah sangat. bangun pepagi tu terus gi pantai buat akiviti senam robiks si yaya air yaya. haha. kitol yang ajar. sorry tak jumpa gmbar. huhu., 

Sarap pagi bersame-same

lepas dah kenyang, kitorang buat aktivti sukaneka pulak kat tepi pantai. kitorang bahagi group 1 2 3 4 pastu lawan ah. ade isi air dalam botol, tiup bola ping pong dan cari gula-gula dalam pasiaq. haha


yang ini isi air dalam botol
penat Jugak la sukaneka. lepas sukaneka, terjun laut lagi. haha. Masa ni, papa ajar anak-anak dom cara berenang. ala-ala kelas berenang gitu.
Gambar kenangan sebelum bersiap nk balik


agak-agak matahari dah tinggi, kitorang pon naek, dah beriap-siap untuk balik. Dah siap-siap, kitorang berkumpul untuk ucapan-ucapan terahir dan penyampaian hadiah kepada team yang menang.


Ni team yang menang sukaneka rasanya

Yang tak menang, jangan sedih, korang semua juga dapat cenderahati. iaitu warna kulit baru!!! haha. semua dah jadi abangla.

kejap sangat rasanya, semua tak puas nak gather, so, kitorang semua pon beransur lah ke MIBC untuk maen boling pulak.. wohoo. dalam kereta , kitorang karoks ah. bertolak ke sana dalam pkol 2 ptg. konvoi semua kereta.


ekceli,kitorang xde gambar yang semorang ada, tu yang nmpak sikit tu

Lepas maghrib mcm tu, semua bertolak ke destinasi masing. nanges? haha. sikit je. serius sikit. wuaaa wuaaa..
 
Malam tu dalam kereta senyap. semua ngantuk. aku yg drive pon koyak, keluar tol air keroh, aku boleh pulak amek jalan ke Johor. aduh! silaap. terpaksa la u turn kat exit Jasin. 30KM beb . Last-lepas dah hantar semua ke rumah masing-masing kat area Klang dan Shah Alam, aku pon balik lah ke bangi sorang-sorang. huhu. 

mse ni pikir katil jeh

Sampai rumah dalam pukul 2 pagi, mandi , terus tidur. koyak abis dah mase tu.


 




No comments: