Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Thursday 3 December 2015

Jenis manusia kat universiti

Fuhhh, lega test dah habes. Minggu ni test straight back to back subject statics , material science n engineering math. Huhuhu.  Hurm, semester ni pun dah makin tiba ke penghujung.  Jadi, assignment makin bertimbun.  Kalau tak reti manage masa, memang silap lah. Satu lagi, sifat malas. Kalau nk malas, malas lah sehari je dalam seminggu, lagi 6 hari yang selebihnya tu kena rajin lah. Kalau malam 24/7, memang akan merana lah di penghujungnya. Disebabkan kat universiti ni banyak assignment berkumpulan,  makan sikap negatif tadi tu akan effect mereka yang ada dalam kumpulan tu.

Dekat u ni, aku jumpa ramai orang. Banyak jugak perangainya. Meh aku share sikit supaya korang boleh amek input sikit. Hehe. Mula-mula sem start dulu, semua acah-acah bersemangat.  Bila dah nak habes sem,baru keluar perangai masing. Contohnya lah,lecturer aku bagi assignment kat budak kuliah dia. Then, tugasa. Tu kena email. Untuk lebih teratur, dia mintak semua budak kuliah tu send dekat wakil kuliah.  Then wakil tu akan compile jadi satu file kemudian baru send kat lecturer. Senang lecturer nak evaluate. Taapi tu lah.  awak yang jadi wakil tu, habislah. Bersedia utk sengsara, sebab apa? Sebab akan muncul lah pelbagai golongan manusia seperti:

1. Ahli last minute

golongan ni ramai dekar u, dan dorang ni boleh menjangkiti student lain yang tak bersalah. Haha. Bila dah dekat due date, mula lah orang akan tanya macam macam dekat kau. Dan soalan tu nampak sangat yang dia tu baru nak buat assigment. Lepas tu, bila lau lambat reply or jawab, mula lah dia melenting sbb stress. Kata kedekut ilmu, sombong,  penting kan diri sendiri dan sebagainya. Mane tak nye, dah dia buat kerja last minute, memang stress lah. Kalau dia ada hal penting, masalah keluarga,  atau dia pergi bersukan wakil universiti boleh lah jugak consider, ni tak, setiap malam keluar, gi karaoke tak pon tengok wayang. Lepas tu buat assignment last minute dengan alasan tak ade masa.Haish. Bila orang lambat tolong or bagi jawapan, kena ingat lah Orang lain pon ada benda laen nak buat. Sabar lah.

2. Ahli cnp (copy and past)

Golongan ni pun feymes jugak dekat u, kalau nak copy nota, takde masalah lah. Kalau nk salin kerja rumah mcm kat sekolah dulu pon boleh terima lagi sebab at least dia kena usaha ambil pen dan salin balik. Sedikit sebanyak dia akan faham lah jugak ape yang dia salin tuh, tapi ni tak. Ahli cnp ni tak guna pen pon. Dorang ambik assignment member, highlight, then tekan right click, copy and past, tak pun terus tukar nama kat page depan dan lansung tak tengok isi kat dalam. Huhu. Adil tak bagi member-member yang stay up malam semata-mata nk siapkan assignment, pastu datang ahli cnp ni senang-senang dapat hasil? Lu pikir lah sendiri.

3. Ahli ambil kesempatan

Golongan ni tak ramai sangat, kalau ada pon, dalam setiap group maybe cuma 1 atau 2. Bergantung kepada bilangan ahli group tu, tapi kalau ada, memang bole menyebabkan ahli lain menyirap lah. Biasanya,  golongan ni terdiri daripada awek2 cun, abam2 cemcem. Tapi Bukan semua Lah. Segelintir jee.hehe. Biasenye dorang akan mintak tolong orang lain buatkan kerja yang dorang malas nk buat. Kalau dorang ade hal lain, takpelah jugak. Ni orang tolong dia, dia pulak goyang kaki. Haih. Yang selalu jadi mangsa ialah ketua kumpulan yang baik sangat. Sebab kalau kerja grup tak jalan, dia yang kena jawab. Jadi, dia terpaksa lah buat.huhu. Yang tak cun dan tak cem pon ramai je jadi ahli golongan ni.  ambil kesempatan ni bagus, tapi kalau ambil kesempatan sampai menindas orang lain, tak boleh lah. Senang je nak detect orang mcm ni, kalau ade discussion, ade je alasan dia taknak datang. Pastu kalau dalam grup, bila ada benda yang dia tak reti buat, laju je dia suruh orang lain buat. Dia langsung tak try. Lagi satu, yang selalu ambil kesempatan ni selalunya member kita jugak. Tak tolong, kesian, nak tolong, kita pulak susah. Sebab tu dalam sesetengah keadaan, kita kena tegas.  Biarlah orang kata kita sombong atau pentingkan diri, asalkan kita tak merana di kemudian hari.

Cukuplah 3 golongan ni sahaja dulu setakat ni. Nak pegi discussions kat library lepas maghrib ni. Daaaa....

No comments: