Rezeki daripada Allah. yup, kita kena yakin bahawa rezeki daripada Allah. Pernah tak anda berada dalam situasi di atas? pernah? macam mana anda kendalikan? kalau majikan anda memahami, Alhamdulillah. sebaliknya, kalau majikan kita tak faham? ketika itulah kebijaksanaan, ilmu cara yang berhikmah mampu menyelamatkan kita.
Sebenarnya, banyak lagi situasi yang akan kita hadapi. sebagai cintoh, seorang pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang agama, tetapi dia sangsi. Adakah bidang ni mudah untuk dapat kerja kelak? Kalau dapat, adakah gaji dia masyuk macam engineer, doctor, pilot dan sebagainya? Macam mana nak hidup senang kalau masalah kewangan? Siapa nak jadi isteri kalau mampu pakai kereta murah-murah je?
Kadang-kadang kita terfikir macam tuh, keyakinan kita terhadap Allah masih belum mantap rupanya. Kalau sudah itu rezeki kita, orang lain takkan boleh ambik. yakinlah. Nak murah rezeki, amalkan lah amalan-amalan yang boleh memurahkan rezeki. Cubalah cari. Banyak yang Nabi ajar. salah satunya, Solat sunat Dhuha. Antara fadhilat solat sunat dhuha ialah memurahkan rezeki. Yang penting, buat dengan ikhlas dan istiqamah. :D
No comments:
Post a Comment