Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Wednesday, 19 August 2015

Pengalaman Belajar Di KMNS.

Post ni, saya buat utk bakal2 pelajar kolej matrikulasi negeri sembilan.  Macam biasa lah, dah dapat tawaran tuh, mesti bebelah bahagi kan? Tak tahu nak accept yang mana. Bagi yang dapat tajaan ke luar negara tu, pergi lah. Bukan senang dapat peluang tu, dan bagi yang dapat program matrikulasi dan nak pergi, hehe, di sini saya sertakan beberapa persoalan yang sering bermain di minda acewaaah..haha. Harapnya, ia dapat memberi sedikit gambaran kehidupan di matrik supaya korang rasa tak sabar dan eksaited nak masuk ke alam matrik. Hehe.

Soalan-soalan:
1. Apa program/aliran yang ada kat kmns?
2. Mcm mana jadual belajar kat sana? Susah x?
3. Apa nak kena bawak?
4. Matrik ada elaun tak? Berapa? Mcm mana dia bagi?
5.  Minggu orientasi dia mcm mne ye?
6. Ade hantu tak kat sana?
7. Kemudahan kat sana macam mana ye?
8. Tips duduk matrik. Hehe

Ade lagi soalan? Haha. Bole pm wechat. 
Id:  iqbalderiri

Jawapan.

PERTAMA
Kat matrik negeri sembilan ade dua bidang,  iaitu sains dan akaun. Student dalam 2000 orang, majoriti adalag budak sains.  Under sains,  ade program satu tahun (PST) dan program dua tahun (PDT). Ape beza dia? Dua-dua ni belajar sama je. Tapi yang dua tahun tu, dia belajar relax sikit lah. Bagi yang bukan fast learner,  aku sarankan korang turunkan ego, pilih lah PDT, tak guna belajar laju tapi pointer bawah 3.0 kan? Under Sains ni jugak ada modul 1, modul 2 and modul 3. Subjek dia seperti dibawah :

Modul 1:
Math, Chemistry, Fizik, Bio

Modul 2:
Math, Chemistry, Fizik, Science Comp.

Modul 3:
Math, Chemistry, Bio, Science comp.

So mcm mana nak tahu kita modul berapa?,  sadly kita tak bole pilih, masa minggu orientasi nanti,  anda akan diberikan slip yang mengandungi praktikum, modul dan pensyarah mentor mentee anda. Kalau nk tukar jugak? Boleh. Jangan risau, masa orientasi tu anda akan diberitahu cara-caranya, just keep cool guys.

Untuk akaun? Maaf, aku bukan budak akaun. Tak tahu. Hehe.

Yang aku tahu, akaun ade program 1 tahun ja.
KEDUA
Well, matrik ni fast track, sebab kalau compare dengan diploma, korang sangat cepat. Jadi, jadual dia pack lah. Kalau nk tahu, compare kredit hour dia. Dalam bahasa mudahnya, kredit hour tu ialah berape jam korang akan belajar dalam seminggu.  contoh:

Modul 1: kredit hour dia 23
Fizik: kuliah 3, tutorial 2, amali 1
Kimia: kuliah 3,tuto 2, amali 1
Bio: kuliah 3, tuto 2, amali 1
Math: kuliah 3, tutor 2

Total: 23

Kalau diploma biasanya kredit hour dorang 18 jeh.

Disebabkan nak habis cepat,  maka terhasil lah jadual yang pack. Kuliah or tutorial korang akan bermula pukul 8 pagi sampai pukul 1. Then break. Sambung balik kelas pukul 2 sampai 4. Kelas petang selalunya ngantuk. Bawaklah air milo ais letak dlm botol air korang yang cantik-cantik tu. InsyaAllah tak ngantuk. Sebab minum milo anda bersemangat juaraa.. Haha. Okay. Hambar 😒.

Secara kasarnya, kelas korang akan meliputi kuliah, tutorial dan amali.

Dalam kuliah akan ada 5 hingga 8 kumpulan praktikum. Dalam kuliah, pensyarah akan ajar teori setiap subjek. Menggunakan slide show kat depan. Biasanya dalam kuliah akan belajar benda baru. Jadi pastikan korang fokus dan duduk kat bahagian depan. Taknak? Okay fine. Duduk bahagian kedua depan. Taknak lagi? Okay, ketiga. Taknak jugak? Lantaklah. Jangan cakap abang tak payung. Hehe. Sebab apa tak boleh duduk belakang? Sebab korang tak kan fokus. Percaya lah. 5 minit pertama korang akan tengok depan. Lepas tu mula lah macam2 korang nampak budak-budak kat bawah. Eh, budak tu tukar fon baru lah... Waah, jarangnya tudung pmpuan tu... Apesal budak tu buat assignment bio dalam kuliah fizik ye? Dah lah salah l, jawapan dia sepatutnya phylum ascomycota tu..  Eh, budak tu tidur lah. Padanlah, last seen whatsapp dia semalam pon pukul 3 pagi... Tatkala korang berada di awang awangan dengan semua persoalan2 tu, korang dah terlepas 5 hingga 10 slide kat depan. Banyak weyhhh.

Next kelas tutorial. Kelas tutorial ni ikut praktikum masing-masing. Korang akan berada di bilik tutorial dan akan ada sorang pensyarah.  Masa ni, korang bincang lah apa yang tak faham masa belajar kat kuliah berdasarkan buku latihan tutorial. Dalam tu ada baanyak sangat soalan konsep dan pengukuhan.  benda ni penting tapi ramai yang tak buat. Haih.

Last, amali. Amali ni akan diadakan dalam makmal. Bergantung lah. Makmal fizik, kimia or bio. Amali dia 2 jam. Eksperimen dia pon menarik dan lagi high level daripada kat sekolah dulu. terutamanya kimia dan bio. Kalau amek bio, sem 2 nanti korang akan bedah tikus. Hehe. Dua orang, sekoq tikus. Haha.

Jadi, sebenarnya belajar kat matrik ni susah tak? Jawapan dia, lagi senang dari SPM. Dengan syarat, korang rajin dan berdisiplin. Pandai -pandai lah cari masa nak study. Ada yang suka study malam, ada yang suka belajar pagi. Tak kisahlah. Asalkan korang study. Dan jangan bertangguh. Jangan nak tunggu study week baru nak pulun buat latihan.  takkan sempat.  Percayalah. Study week? Ape tu?. Study week tu minggu before final exam setiap sem dimana takkan ada sebarang kuliah dan tutorial. Untuk sepanjang minggu. Yang ada cuma open lecture. Tak wajib pergi. Bagi yang dah study awal, masa ni boleh lah tenangkan diri. Lepak-lepak, baca quran lebih sikit. Solat dengan tenang. Bagi yang tak study? Masa ni lah 24 jam korang akan berkepit dengan buku. Cuba teka result exam kedua jenis pelajar tersebut sape lagi cemerlang?.  Of kos lah yang pertama tadi.

KETIGA
Apa nak kena bawak? Bagi yang duduk asrama masa sekolah dulu,  korang dah ada gambaran kan? Ha, bagi yang sekolah harian, ni semua nak kne bawak ye;

1. Alat tulis, buku tulis kosong. Beli lah dalam 15 buah. Lebih takpe,  bole jual kat member. Haha. Saiz ikut selera masing-masing lah. A lot of test pad. Sebab assignment dan lab report nanti akan guna banyak test pad.

2. Baju, ha yang ni selalu nya perempuan lah yang dilema. Haha. Bagi yang lelaki, 3 baju kemeja dah cukup, 4 or 5 dah cantik. Haha. Orang tak kan perasaan korang pakai baju yang sama. Haha. Kalau bosan, swap lah dengan roomate, necktie banyak takpa. Kalau perempuan nk mekap, biarlah berpada2. Cukup sekadar nak cover muka pucat. Tak perlu lah tebal2.

3. Cadar 2 set, bantal disediakan, selimut sendiri. Alatan elektrik? Bawak hempon ngan charger sudah lah. Kettle, laptop,  ape semua tuh, bawak nanti nanti lah. Bila korang dah biasa dengan persekitaran matrik, korang bawaklah. Tapi benda tu barangan larangan tau. Bawa atas tanggungjawab sendiri ye.

4. Alatan mandi,membasuh kain seperti hanger. A lot of hanger. Mesin basuh ade disediakan di setiap blok.  Dua ringgi sekali basuh. 7kg muatan dia.

KEEMPAT
Yup. Ada elaun. RM250 sebulan bermula bulan 6 sampai lah bulan 4 tahun depan tu ha.

KELIMA

Tadi aku ade sebut orientasi. Mesti ade yang macam, alaaaaa nak kena orientasi ke? Macam budak form 1 laaa.. Korang jangan risau. Orientasi kat kmns ni tak macam kat sekolah, takde beratur lurus-lurus, jalan dalam barisan, kutip tanda tangan senior, tu sume takde. Hehe. Yang ada cuma ceramah, taklimat, ceramah pastu taklimat balik.

Jadual dia pack sikit, korang kena standby lah. Tahan sikit seminggu je. Korang akan habis program dalam pukul 10.30 malam, korang pegi lah nk makan ke nk ke kedai sebanika ke, asalkan tidur awal. Aku nasihatkan before 12 dah tidur lah. Sebab pagi esok, para fesi akan memekak pukul 4.30 pagi. Hoho. Awal? Yup. Awal. Sebab nanti xde air. Terutamanya blok perempuan. Ngantuk macam mana pon, korang mandi la dulu, lepas pakai baju nak tidur balik pon takpe. Dalam pukul 5.50 mcm tu lah, korang kne kumpul kat perkarangan blok, mase tu buat roll call kira cukup ke tak, check ade yang tak sihat ke tak, lepas tu gerak gi surau utk yang Muslim dan ke dewan kuliah untuk non muslim. Lepas solat subuh, kita ma'thurat jap, lepas tu korang bole bekpess. Dalam pukul 7.30, korang kena kumpul dah ikut arahan fesi lah. Nanti dorang bagi tawu lah nak buat ape. Tapi korang jangan risau, orientasi sini takde ragging, buli sume takde. Kenapa aku tampak begitu yakin menyatakan statement ini? Sebab utk sesi 15/16, aku salah sorang fesi dia. Hehe.

KEENAM
Hahaha. Entahlah. Cerita pasal tu banyak. Tapi takdak sapa yang berjaya rakam atau buktikan. Hanya cerita mulut ke mulut.  Kalau nak tahu, pm wechat: iqbalderiri

KETUJUH
Kat kemenes ade 4 cafe. Cafe asrama A dan cafe asrama C untuk perempuan.  Dan cafe asrama B untuk lelaki. Cafe D dekat dengan blok makmal. Bukak isnin sampai jumaat jeh. Pagi sampai petang. Tapi korang bebas je nak gi cafe mane2 pon. Sebab ada yang kata sesetengah cafe lagi sedap dan murah berbanding yang lain. Tapi, lepas pukul 7 malam, pelajar lelaki tak boleh pegi cafe perempuan dan begitu lah sebaliknya.

Kat kmns jugak ada kedai serbanika, souvenir shop dan koperasi serta cyber cafe untuk memenuhi keperluan korang.

Di kmns juga disediakan surau. Tapi ea seakan-akan tidak wujud bagi sesetengah warga kolej. Humph....😢.

KELAPAN
Tips dia:

1. Jangan culture shock.  Kat sini korang akan jumpan orang dari pelbagai latar belakang. Skola agama, harian, mrsm, sbp semua ada. Ade yang masuk sini jadi rajin dan ada sebaliknya. Ada yang masuk sini makin dekat dengan surau dan ada yang sebaliknya. Ada yang masuk sini dia lah yang paling menjaga ikhtikat dan ada yang sebaliknya. Pandai-pandai lah jaga diri.

2. Jangan abaikan ibu bapa. Selalu share dengan ibu bapa apa yang kita buat. Percayalah parents kita dekat rumah selalu terfikirkan kita, kita dah makan ke belum, kita sihat ke tak, dan mereka rindu nk dengar khabar dan cerita dari kita. Walaupon cerita tu tak best pon contohnya,  "ibu, hari ni abang/kakak main bola tampar kat court, pastu bole pulak terjumpa si A yang sama sekolah rendah dulu. Tak sangka dia study sini jugak. Haha."

3. Kawal aliran keluar duit. Jangan boros berbelanja. Kawal kawal kawal. Disiplin disiplin disiplin. Yup tak dapat dinafikan rm250 tu memang tak cukup untuk sebulan. Memang perlu duit lebih dari parents,  bila parents dah bagi tu, guna dgn jimat lah. Pastu,  amalkan amalan menabung. Walaupon 50sen sehari. Lagi banyak lagi bagus tapi jangan sampai menyeksa diri sampai tak makan.

4. Cari ramai kawan. Bina network yang besar. Kat mana nak cari kawan?  Cari kat kuliah, kat padang dan kat surau. Tempat laen? Terpulanglah tapi jarang lah nk buat kawan kat tempat laen mcm dekat library. Memang kena halau lah kalau asyik bising bersembang. Haha.

5. Jaga mata. Kat matrik ramai perempuan daripada lelaki, umur pulak dah 18 n 19. Body dah fully developed. Yang perempuan mohon pandai cover lah. Yang lelaki pulak pandai jaga lah. Disebabkan nisbah yang tak seimbang tadi, perempuan kat matrik senang terpikat dengan lelaki kat sini. Terutamanya yang badan tuff, sadur dan mulut manis berkata-kata. Kebanyakan lelaki ni saje je. Dorang tak serius pon. So, pasal ni, mohon letak tepi dulu ye. Nak kawan boleh. Tapi jangan smpai lalai lah. Otp sejam, wasep sepanjang hari tu dah sangat mengganggu korang daripada study. Percayalah. Tambah2 wasep sambil study. Ye. Mata tengah fokus kat buku tapi fikiran tengah fikir ayat nak reply lepas ni.

Apepun,selamat menempuh alam matrik. Korang akan dapat seribu satu pengalaman baru. Percaya lah. Kalau ade yang nak tanya, pm wechat sye ye.

Bye assalamualaikum. 😊

4 comments:

dayat acap said...

Assalamualaikum. Thanks tips diatas. Saya pelajar kmns 15/16. Penat gila babun. Sambung mana?

Mohamad Iqbal Coriole said...

Tahniah sbb dpt kmns. Haha. Walaupon matrik lama, tapi rekod akademik dia baguih. Penat tu semestinya. Sambung kat UTHM. Mechanical engineering.

Anonymous said...

Ada lampu belajaq ka kat setiap meja???

ika said...

Boleh ke kalau nak tukar daripada program satu tahun ke dua tahun ?