Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Thursday, 3 December 2015

Jenis manusia kat universiti

Fuhhh, lega test dah habes. Minggu ni test straight back to back subject statics , material science n engineering math. Huhuhu.  Hurm, semester ni pun dah makin tiba ke penghujung.  Jadi, assignment makin bertimbun.  Kalau tak reti manage masa, memang silap lah. Satu lagi, sifat malas. Kalau nk malas, malas lah sehari je dalam seminggu, lagi 6 hari yang selebihnya tu kena rajin lah. Kalau malam 24/7, memang akan merana lah di penghujungnya. Disebabkan kat universiti ni banyak assignment berkumpulan,  makan sikap negatif tadi tu akan effect mereka yang ada dalam kumpulan tu.

Dekat u ni, aku jumpa ramai orang. Banyak jugak perangainya. Meh aku share sikit supaya korang boleh amek input sikit. Hehe. Mula-mula sem start dulu, semua acah-acah bersemangat.  Bila dah nak habes sem,baru keluar perangai masing. Contohnya lah,lecturer aku bagi assignment kat budak kuliah dia. Then, tugasa. Tu kena email. Untuk lebih teratur, dia mintak semua budak kuliah tu send dekat wakil kuliah.  Then wakil tu akan compile jadi satu file kemudian baru send kat lecturer. Senang lecturer nak evaluate. Taapi tu lah.  awak yang jadi wakil tu, habislah. Bersedia utk sengsara, sebab apa? Sebab akan muncul lah pelbagai golongan manusia seperti:

1. Ahli last minute

golongan ni ramai dekar u, dan dorang ni boleh menjangkiti student lain yang tak bersalah. Haha. Bila dah dekat due date, mula lah orang akan tanya macam macam dekat kau. Dan soalan tu nampak sangat yang dia tu baru nak buat assigment. Lepas tu, bila lau lambat reply or jawab, mula lah dia melenting sbb stress. Kata kedekut ilmu, sombong,  penting kan diri sendiri dan sebagainya. Mane tak nye, dah dia buat kerja last minute, memang stress lah. Kalau dia ada hal penting, masalah keluarga,  atau dia pergi bersukan wakil universiti boleh lah jugak consider, ni tak, setiap malam keluar, gi karaoke tak pon tengok wayang. Lepas tu buat assignment last minute dengan alasan tak ade masa.Haish. Bila orang lambat tolong or bagi jawapan, kena ingat lah Orang lain pon ada benda laen nak buat. Sabar lah.

2. Ahli cnp (copy and past)

Golongan ni pun feymes jugak dekat u, kalau nak copy nota, takde masalah lah. Kalau nk salin kerja rumah mcm kat sekolah dulu pon boleh terima lagi sebab at least dia kena usaha ambil pen dan salin balik. Sedikit sebanyak dia akan faham lah jugak ape yang dia salin tuh, tapi ni tak. Ahli cnp ni tak guna pen pon. Dorang ambik assignment member, highlight, then tekan right click, copy and past, tak pun terus tukar nama kat page depan dan lansung tak tengok isi kat dalam. Huhu. Adil tak bagi member-member yang stay up malam semata-mata nk siapkan assignment, pastu datang ahli cnp ni senang-senang dapat hasil? Lu pikir lah sendiri.

3. Ahli ambil kesempatan

Golongan ni tak ramai sangat, kalau ada pon, dalam setiap group maybe cuma 1 atau 2. Bergantung kepada bilangan ahli group tu, tapi kalau ada, memang bole menyebabkan ahli lain menyirap lah. Biasanya,  golongan ni terdiri daripada awek2 cun, abam2 cemcem. Tapi Bukan semua Lah. Segelintir jee.hehe. Biasenye dorang akan mintak tolong orang lain buatkan kerja yang dorang malas nk buat. Kalau dorang ade hal lain, takpelah jugak. Ni orang tolong dia, dia pulak goyang kaki. Haih. Yang selalu jadi mangsa ialah ketua kumpulan yang baik sangat. Sebab kalau kerja grup tak jalan, dia yang kena jawab. Jadi, dia terpaksa lah buat.huhu. Yang tak cun dan tak cem pon ramai je jadi ahli golongan ni.  ambil kesempatan ni bagus, tapi kalau ambil kesempatan sampai menindas orang lain, tak boleh lah. Senang je nak detect orang mcm ni, kalau ade discussion, ade je alasan dia taknak datang. Pastu kalau dalam grup, bila ada benda yang dia tak reti buat, laju je dia suruh orang lain buat. Dia langsung tak try. Lagi satu, yang selalu ambil kesempatan ni selalunya member kita jugak. Tak tolong, kesian, nak tolong, kita pulak susah. Sebab tu dalam sesetengah keadaan, kita kena tegas.  Biarlah orang kata kita sombong atau pentingkan diri, asalkan kita tak merana di kemudian hari.

Cukuplah 3 golongan ni sahaja dulu setakat ni. Nak pegi discussions kat library lepas maghrib ni. Daaaa....

Tuesday, 15 September 2015

Ke Universiti kah kita?

salam bahagia saudara! Acewaah. Haha. Aku mula-mula tulis blog ni mse aku form 2 dulu. Lama dah. Sekarang aku dah jadi siswa universiti dah. Cepatnya masa berlalu..  Tsk tsk.  Okey overnyaa. So, kali ni nak share first impression aku berkenaan campus life ni lah.

Seperti kita tahu, masuk u ni tak sama ngn sekolah, matrik dah sebagainya. Paling obvious, pasal kewangan. Sebab korang akan guna alot lot lottak of money. Melainkan parents korang memang loaded, korang akan terasa kesempitan wang disitu. Jadi, aku ade kah buat persiapan sikit. Mase abes je matrik harituh, aku kerja part time kat dominos pizza. Jadi rider. Aku kerja dalam 3 bulan je, gaji dia bole tahan lah. Lepas lah nak beli fon baru pastu buat duit saku untuk survive kat u before duit ptptn diluluskan.

Kat sini, korang janganlah boros. Kawal nafsu beli tu. Kalau makan tu, jgn lah setiap hari melantak. Sekali sekala x salah, tapi kalau setiap hari, memang akan effect kewangan korang. Pastu, kurangkanlah makan makanan ringan mcm air kotak, air gas, coklat memahal, snickers, dan sebagainya. Pertamanya, ia tak sehad.lagi satu,.....nak bisik sikit ni. Pss.benda- benda tu akan menghakis duit korang. Sedar-sedar je wallet dah kosong. Huhuhu.

Pastu pasal study plak, kat u, kita bole susun jadual sendiri, bole pilih kat attend kuliah pagi, petang, or malam. Bergantung pada stok lah. Muahaha. Okey tak lawak. Korang susun jadual, daftar subjek mengikut kredit yang dah ditetapkan.  kelas aku biasanya start pukul 11. Paling lewat habes pkol 7 malam. Sebab? Haha. Sebab aku malas bangun pagi.  Kalau aku bangun pagi pun, aku malas nak keluar bilik. Lagi selesa duduk kat bilik, study. (acacah je..)

Opss, lupa nak cakap,  aku study kat Yutiecem. Ape? Taktahu? Alaa.. Universiti kat batu pahat tu la. Besaw besaw signboard UTHM kat tepi jalan tu. Kos? Hehe. Alhamdulillah kos Mechy.  Kolej kediaman aku kat luar kampus, kira-kira 1.5 kilometee daripada pintu pagar utama yutiecem.  Nak ke kelas, memang kena naek bas yang pihak u sediakan. Bas sikun jaya gitu. Hehe. Kalau time puncak, bole jadi 15 minit jugak perjalanan nak sampai ke bus stop dewan kuliah kat dalam kampus. Agak memenatkan dan memakan masa.

P/s: awek sini tak ramai, yang ada pon kebanyakan dah berpunya.  Haha. So, jangan expect tinggi2. Walaupon tinggi kau 1.8 meter. Hihi.

Okay, see ya again. Bye

Wednesday, 19 August 2015

Pengalaman Belajar Di KMNS.

Post ni, saya buat utk bakal2 pelajar kolej matrikulasi negeri sembilan.  Macam biasa lah, dah dapat tawaran tuh, mesti bebelah bahagi kan? Tak tahu nak accept yang mana. Bagi yang dapat tajaan ke luar negara tu, pergi lah. Bukan senang dapat peluang tu, dan bagi yang dapat program matrikulasi dan nak pergi, hehe, di sini saya sertakan beberapa persoalan yang sering bermain di minda acewaaah..haha. Harapnya, ia dapat memberi sedikit gambaran kehidupan di matrik supaya korang rasa tak sabar dan eksaited nak masuk ke alam matrik. Hehe.

Soalan-soalan:
1. Apa program/aliran yang ada kat kmns?
2. Mcm mana jadual belajar kat sana? Susah x?
3. Apa nak kena bawak?
4. Matrik ada elaun tak? Berapa? Mcm mana dia bagi?
5.  Minggu orientasi dia mcm mne ye?
6. Ade hantu tak kat sana?
7. Kemudahan kat sana macam mana ye?
8. Tips duduk matrik. Hehe

Ade lagi soalan? Haha. Bole pm wechat. 
Id:  iqbalderiri

Jawapan.

PERTAMA
Kat matrik negeri sembilan ade dua bidang,  iaitu sains dan akaun. Student dalam 2000 orang, majoriti adalag budak sains.  Under sains,  ade program satu tahun (PST) dan program dua tahun (PDT). Ape beza dia? Dua-dua ni belajar sama je. Tapi yang dua tahun tu, dia belajar relax sikit lah. Bagi yang bukan fast learner,  aku sarankan korang turunkan ego, pilih lah PDT, tak guna belajar laju tapi pointer bawah 3.0 kan? Under Sains ni jugak ada modul 1, modul 2 and modul 3. Subjek dia seperti dibawah :

Modul 1:
Math, Chemistry, Fizik, Bio

Modul 2:
Math, Chemistry, Fizik, Science Comp.

Modul 3:
Math, Chemistry, Bio, Science comp.

So mcm mana nak tahu kita modul berapa?,  sadly kita tak bole pilih, masa minggu orientasi nanti,  anda akan diberikan slip yang mengandungi praktikum, modul dan pensyarah mentor mentee anda. Kalau nk tukar jugak? Boleh. Jangan risau, masa orientasi tu anda akan diberitahu cara-caranya, just keep cool guys.

Untuk akaun? Maaf, aku bukan budak akaun. Tak tahu. Hehe.

Yang aku tahu, akaun ade program 1 tahun ja.
KEDUA
Well, matrik ni fast track, sebab kalau compare dengan diploma, korang sangat cepat. Jadi, jadual dia pack lah. Kalau nk tahu, compare kredit hour dia. Dalam bahasa mudahnya, kredit hour tu ialah berape jam korang akan belajar dalam seminggu.  contoh:

Modul 1: kredit hour dia 23
Fizik: kuliah 3, tutorial 2, amali 1
Kimia: kuliah 3,tuto 2, amali 1
Bio: kuliah 3, tuto 2, amali 1
Math: kuliah 3, tutor 2

Total: 23

Kalau diploma biasanya kredit hour dorang 18 jeh.

Disebabkan nak habis cepat,  maka terhasil lah jadual yang pack. Kuliah or tutorial korang akan bermula pukul 8 pagi sampai pukul 1. Then break. Sambung balik kelas pukul 2 sampai 4. Kelas petang selalunya ngantuk. Bawaklah air milo ais letak dlm botol air korang yang cantik-cantik tu. InsyaAllah tak ngantuk. Sebab minum milo anda bersemangat juaraa.. Haha. Okay. Hambar 😒.

Secara kasarnya, kelas korang akan meliputi kuliah, tutorial dan amali.

Dalam kuliah akan ada 5 hingga 8 kumpulan praktikum. Dalam kuliah, pensyarah akan ajar teori setiap subjek. Menggunakan slide show kat depan. Biasanya dalam kuliah akan belajar benda baru. Jadi pastikan korang fokus dan duduk kat bahagian depan. Taknak? Okay fine. Duduk bahagian kedua depan. Taknak lagi? Okay, ketiga. Taknak jugak? Lantaklah. Jangan cakap abang tak payung. Hehe. Sebab apa tak boleh duduk belakang? Sebab korang tak kan fokus. Percaya lah. 5 minit pertama korang akan tengok depan. Lepas tu mula lah macam2 korang nampak budak-budak kat bawah. Eh, budak tu tukar fon baru lah... Waah, jarangnya tudung pmpuan tu... Apesal budak tu buat assignment bio dalam kuliah fizik ye? Dah lah salah l, jawapan dia sepatutnya phylum ascomycota tu..  Eh, budak tu tidur lah. Padanlah, last seen whatsapp dia semalam pon pukul 3 pagi... Tatkala korang berada di awang awangan dengan semua persoalan2 tu, korang dah terlepas 5 hingga 10 slide kat depan. Banyak weyhhh.

Next kelas tutorial. Kelas tutorial ni ikut praktikum masing-masing. Korang akan berada di bilik tutorial dan akan ada sorang pensyarah.  Masa ni, korang bincang lah apa yang tak faham masa belajar kat kuliah berdasarkan buku latihan tutorial. Dalam tu ada baanyak sangat soalan konsep dan pengukuhan.  benda ni penting tapi ramai yang tak buat. Haih.

Last, amali. Amali ni akan diadakan dalam makmal. Bergantung lah. Makmal fizik, kimia or bio. Amali dia 2 jam. Eksperimen dia pon menarik dan lagi high level daripada kat sekolah dulu. terutamanya kimia dan bio. Kalau amek bio, sem 2 nanti korang akan bedah tikus. Hehe. Dua orang, sekoq tikus. Haha.

Jadi, sebenarnya belajar kat matrik ni susah tak? Jawapan dia, lagi senang dari SPM. Dengan syarat, korang rajin dan berdisiplin. Pandai -pandai lah cari masa nak study. Ada yang suka study malam, ada yang suka belajar pagi. Tak kisahlah. Asalkan korang study. Dan jangan bertangguh. Jangan nak tunggu study week baru nak pulun buat latihan.  takkan sempat.  Percayalah. Study week? Ape tu?. Study week tu minggu before final exam setiap sem dimana takkan ada sebarang kuliah dan tutorial. Untuk sepanjang minggu. Yang ada cuma open lecture. Tak wajib pergi. Bagi yang dah study awal, masa ni boleh lah tenangkan diri. Lepak-lepak, baca quran lebih sikit. Solat dengan tenang. Bagi yang tak study? Masa ni lah 24 jam korang akan berkepit dengan buku. Cuba teka result exam kedua jenis pelajar tersebut sape lagi cemerlang?.  Of kos lah yang pertama tadi.

KETIGA
Apa nak kena bawak? Bagi yang duduk asrama masa sekolah dulu,  korang dah ada gambaran kan? Ha, bagi yang sekolah harian, ni semua nak kne bawak ye;

1. Alat tulis, buku tulis kosong. Beli lah dalam 15 buah. Lebih takpe,  bole jual kat member. Haha. Saiz ikut selera masing-masing lah. A lot of test pad. Sebab assignment dan lab report nanti akan guna banyak test pad.

2. Baju, ha yang ni selalu nya perempuan lah yang dilema. Haha. Bagi yang lelaki, 3 baju kemeja dah cukup, 4 or 5 dah cantik. Haha. Orang tak kan perasaan korang pakai baju yang sama. Haha. Kalau bosan, swap lah dengan roomate, necktie banyak takpa. Kalau perempuan nk mekap, biarlah berpada2. Cukup sekadar nak cover muka pucat. Tak perlu lah tebal2.

3. Cadar 2 set, bantal disediakan, selimut sendiri. Alatan elektrik? Bawak hempon ngan charger sudah lah. Kettle, laptop,  ape semua tuh, bawak nanti nanti lah. Bila korang dah biasa dengan persekitaran matrik, korang bawaklah. Tapi benda tu barangan larangan tau. Bawa atas tanggungjawab sendiri ye.

4. Alatan mandi,membasuh kain seperti hanger. A lot of hanger. Mesin basuh ade disediakan di setiap blok.  Dua ringgi sekali basuh. 7kg muatan dia.

KEEMPAT
Yup. Ada elaun. RM250 sebulan bermula bulan 6 sampai lah bulan 4 tahun depan tu ha.

KELIMA

Tadi aku ade sebut orientasi. Mesti ade yang macam, alaaaaa nak kena orientasi ke? Macam budak form 1 laaa.. Korang jangan risau. Orientasi kat kmns ni tak macam kat sekolah, takde beratur lurus-lurus, jalan dalam barisan, kutip tanda tangan senior, tu sume takde. Hehe. Yang ada cuma ceramah, taklimat, ceramah pastu taklimat balik.

Jadual dia pack sikit, korang kena standby lah. Tahan sikit seminggu je. Korang akan habis program dalam pukul 10.30 malam, korang pegi lah nk makan ke nk ke kedai sebanika ke, asalkan tidur awal. Aku nasihatkan before 12 dah tidur lah. Sebab pagi esok, para fesi akan memekak pukul 4.30 pagi. Hoho. Awal? Yup. Awal. Sebab nanti xde air. Terutamanya blok perempuan. Ngantuk macam mana pon, korang mandi la dulu, lepas pakai baju nak tidur balik pon takpe. Dalam pukul 5.50 mcm tu lah, korang kne kumpul kat perkarangan blok, mase tu buat roll call kira cukup ke tak, check ade yang tak sihat ke tak, lepas tu gerak gi surau utk yang Muslim dan ke dewan kuliah untuk non muslim. Lepas solat subuh, kita ma'thurat jap, lepas tu korang bole bekpess. Dalam pukul 7.30, korang kena kumpul dah ikut arahan fesi lah. Nanti dorang bagi tawu lah nak buat ape. Tapi korang jangan risau, orientasi sini takde ragging, buli sume takde. Kenapa aku tampak begitu yakin menyatakan statement ini? Sebab utk sesi 15/16, aku salah sorang fesi dia. Hehe.

KEENAM
Hahaha. Entahlah. Cerita pasal tu banyak. Tapi takdak sapa yang berjaya rakam atau buktikan. Hanya cerita mulut ke mulut.  Kalau nak tahu, pm wechat: iqbalderiri

KETUJUH
Kat kemenes ade 4 cafe. Cafe asrama A dan cafe asrama C untuk perempuan.  Dan cafe asrama B untuk lelaki. Cafe D dekat dengan blok makmal. Bukak isnin sampai jumaat jeh. Pagi sampai petang. Tapi korang bebas je nak gi cafe mane2 pon. Sebab ada yang kata sesetengah cafe lagi sedap dan murah berbanding yang lain. Tapi, lepas pukul 7 malam, pelajar lelaki tak boleh pegi cafe perempuan dan begitu lah sebaliknya.

Kat kmns jugak ada kedai serbanika, souvenir shop dan koperasi serta cyber cafe untuk memenuhi keperluan korang.

Di kmns juga disediakan surau. Tapi ea seakan-akan tidak wujud bagi sesetengah warga kolej. Humph....😢.

KELAPAN
Tips dia:

1. Jangan culture shock.  Kat sini korang akan jumpan orang dari pelbagai latar belakang. Skola agama, harian, mrsm, sbp semua ada. Ade yang masuk sini jadi rajin dan ada sebaliknya. Ada yang masuk sini makin dekat dengan surau dan ada yang sebaliknya. Ada yang masuk sini dia lah yang paling menjaga ikhtikat dan ada yang sebaliknya. Pandai-pandai lah jaga diri.

2. Jangan abaikan ibu bapa. Selalu share dengan ibu bapa apa yang kita buat. Percayalah parents kita dekat rumah selalu terfikirkan kita, kita dah makan ke belum, kita sihat ke tak, dan mereka rindu nk dengar khabar dan cerita dari kita. Walaupon cerita tu tak best pon contohnya,  "ibu, hari ni abang/kakak main bola tampar kat court, pastu bole pulak terjumpa si A yang sama sekolah rendah dulu. Tak sangka dia study sini jugak. Haha."

3. Kawal aliran keluar duit. Jangan boros berbelanja. Kawal kawal kawal. Disiplin disiplin disiplin. Yup tak dapat dinafikan rm250 tu memang tak cukup untuk sebulan. Memang perlu duit lebih dari parents,  bila parents dah bagi tu, guna dgn jimat lah. Pastu,  amalkan amalan menabung. Walaupon 50sen sehari. Lagi banyak lagi bagus tapi jangan sampai menyeksa diri sampai tak makan.

4. Cari ramai kawan. Bina network yang besar. Kat mana nak cari kawan?  Cari kat kuliah, kat padang dan kat surau. Tempat laen? Terpulanglah tapi jarang lah nk buat kawan kat tempat laen mcm dekat library. Memang kena halau lah kalau asyik bising bersembang. Haha.

5. Jaga mata. Kat matrik ramai perempuan daripada lelaki, umur pulak dah 18 n 19. Body dah fully developed. Yang perempuan mohon pandai cover lah. Yang lelaki pulak pandai jaga lah. Disebabkan nisbah yang tak seimbang tadi, perempuan kat matrik senang terpikat dengan lelaki kat sini. Terutamanya yang badan tuff, sadur dan mulut manis berkata-kata. Kebanyakan lelaki ni saje je. Dorang tak serius pon. So, pasal ni, mohon letak tepi dulu ye. Nak kawan boleh. Tapi jangan smpai lalai lah. Otp sejam, wasep sepanjang hari tu dah sangat mengganggu korang daripada study. Percayalah. Tambah2 wasep sambil study. Ye. Mata tengah fokus kat buku tapi fikiran tengah fikir ayat nak reply lepas ni.

Apepun,selamat menempuh alam matrik. Korang akan dapat seribu satu pengalaman baru. Percaya lah. Kalau ade yang nak tanya, pm wechat sye ye.

Bye assalamualaikum. 😊