Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Sunday, 1 January 2012

Natural Resources


Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Sesi Soal Jawab bersama Zizan dan Ustaz Azhar Idrus semasa Countdown 2012 di Shah Alam


Dari Facebook saudara Fiq Mohd.
Assalamualaikum…ni ada sedikit ilmu daripa Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan raja lawak pada malam ‘count-up’ (31/12/11,sabtu)..



1. Apakah Hukum sambut countdown…?
UAI:”countdown tu mende”…??
Zizan: !@#$*…emm..”count tu, kire..down tu, bawah…2011 ke 2012..”
UAI: “count up la gitu..11 ke 12….”
zizan: !@#*…. =)
Kata ulama’ countdown bukan perayaan…ianya jatuh haram mengikut cara(perbuatan) kite…jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll….

2. Apakah hukum main bunga api…?
Ulama’2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada membazir = tidak harus…samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2,beribu2 ringgit…kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran yg nyata…

3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi…smpai kt lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi…
Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x?tiada sbb jln kampung xsibuk… Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan lain ketika itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd org lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2 ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bile2…