Playlist lagu ada dekat bawah.. scroll down la kejap! and activate the playlist untuk lagi syok!:)

Tuesday, 8 November 2011

Hari Raya Aidiladha

بسم الله الرحمن الرحىم

sempena hari raya aidiladha tahun ni, aku dan keluarga berkesempatan untuk pulang beraya dikampung. Tapi tak boleh lama sangat sebab adik aku yang form 1 tu ade exam hari ni ( selasa ). 
Jumaat tu, skola aku da cuti tapi ayah aku still kerja, so kitorang terpaksa bertolak hari sabtu. 5.30 in the morning, kitorang bertolak dari rumah. Mula-mula masuk highway, jalan clear. sampailah dekat gombak, kereta dah makin banyak. dekat highway karak tu, banyak kereta dan lori tersadai kat tepi tuh. rosak la kot. sah, semalam jem giler ah. Jalan depan sikit, habis..highway lorong kanan dan kiri dua-dua kereta gerak slow-slow. dalam beberapa kilometer lepas tuh, baru jumpa punca jem. Ramai orang kat Petronas Bentong / Karak (x sure) rupanya.. stesen minyak tuh tepi highway, ramai gila yang stop kat sana, ade yang tido. yang nak isi minyak kena beratur panjang giler sampai masuk highway. 

Lepas je petronas tuh, jalan clear balik.. lepas tuh, masuk bandar bentong jem balik.. FAST FOWARD aku sampai kampung pukul 7 malam tuh. malas aku nak ceghite detail sangat. sebab banyak sangat jem. tak menarik langsung.

06/11
Bangun subuh, pastu nak mandi terus sebab taknak berebut dengan kasen2 yang laen, niat je lah.. last-last pukul 7.15 jugak mandinyer... sejuk dow !. Lepas tu iron baju melayu. Beasenya mak aku tolong iron kan tapi malam tuh, dia tidur kat rumah mak dia. aku pulak kat rumah mak ayah aku. So, kena la buat sendiri.

8.30, gi solat kat surau Silaturrahin Paksu Yajid kat sebelah rumah nenek belah mak. Pak Su Yajid tu nama arwah atuk aku. Dia dulu imam kat situ, Sekarang, pakcik dan sepupu aku imam kat situ. Lepas solat, gi rumah nenek belah mak, lepak kat sana jap. Tak lama selepas itu, balik ke rumah nenek belah ayah sebab nak gi tengok korban kembu. dekat rumah nenek belah ayah, 3 ekor lembu dikorbankan. Petang tu hujan, sejuknyer.. Bosan sungguh petang dan malam tu. Laptop pulak aku lupa nak bawak balik. memang bosan habis lah. Dok layan movie je lah. Bini-biniku gangster..haha. besz jugak cite tuh, Sape yang harapkan komedi, tengok lah, sape yang harapkan aksi macam file crow zero tuh, tak payah tengok lah. Gadoh dia tak menarik.

07/11
 Bangun pagi, packing barang-barang nak balik bangi.. Dalam pukul 12 lebih tu, kitorang bergerak ke rumah nenek belah mak. sebab hari ni, ade buat perjumpaan keluarga. Keluarga ayah kepada moyang perempuan aku. Lebih kurang macam tu lah. aku pon tak reti nak cerita. susur galur dia panjang sangat. Family tree dia banyak cabang.

Ni banner dia.

masa aku mula-mula sampai lauk tak masak lagi. Lepas zohor baru masak..




sori gambar tak clear sebab camera fon je pon. dekat perjumpaan ni, aku jumpa ramai ahli keluarga jauh yang aku tak kenal. ramai juga dok kat selangor. Haha. baru tahu..mungkin ade antara kawan-kawan aku kat skolah,jiran yang mempunyai pertalian dengan aku tapi aku tak tahu.. Who knows?

Dekat perjumpaan ni jugak lah aku tengok family tree keluarga aku. dia print kat atas major paper tapi tulisan tak clear sangat sebab kecik. ramai giler ahli keluarga aku. haha .. berapa ratus member entah. tak sempat kira.

Pukul 4 petang, aku bertolak balik bangi. dalam perjalanan tuh, banyak texting orang. haha. sebab bosan sangat. texting pon sebab nak bincang pasal jamuan and borak-borak kosong.haha. jalan jem dekat Kuala Krai, lepastuh....ah malas nak cite lah.

Pukul 2.45 pagi, aku sampai rumah, alhamdulillah. Akhirnya bole jugak tidur kat katil aku setelah sakit belakang tidur dalam kereta tadi.. Pagi esok, aku terbangun lewat. dah nak pukul 7. tak sempat gi sekolah. ayah aku cakap, tak payah pergilah hari ni. Rehat. aku pon rehatlah..

Mintak izin untuk beransur dulu lah. By! 
Assalamualaikum.

No comments: